Air Pollutant Index Apps | Jom Download!!!

Tuesday, September 15, 2015

Baru jer tau ada Apps untuk kita check tahap API atau Air Pollutant Index atau dalam bahasa melayunya Indeks Pencemaran Udara. Ketinggalan jaman betul kan. Tak yah nak check kat website lagi dah. Download jer Apps API ni kat Play Store.


Ni pagi semalam punya bacaan. Sangat tak sihat hokay. 


Senarai² kawasan yang terlibat. Macam Cyberjaya dan Bangi tak der dalam senarai sebab dia amik kawasan yang terdekat. Jadinya...kawasan yang terdekat adalah Putrajaya.


Dalam bentuk map. Dah tersedia berapa bacaannya.


Permandangan di Cyberjaya pagi semalam. Tersekat nafasku. Kabur pandangan mataku. Amat tersiksa diriku. Dengan jerebu itu...erkkkk...dah macam lagu terasing plak...ngeeeee...

Permandangan yang makin kabur
Pernafasan yang semakin menyesakkan
Mungundang penyakit datang
Hidung dah start gatal²...bersin²...mata pedih...tekak perit
Jerebu oh! Jerebu...cepatlah berlalu
Risaukan kesihatan anak²
Ya! Allah....lindungilah kami dan anak² kami dari bala penyakit

Ahad haritu Bangi hujan dengan harapan dapat mengurangan jerebu. Sangkaan meleset sama sekali. Makin teruk jadinya. Tak dapat mengurangkan jerebu yang makin berlelasa. Jaga kesihatan semua. Minum air secukupnya. Kurangkan aktiviti luar. Pakai mask dan jangan lupa pantau kesihatan diri sendiri dan anak². Especially utk mereka yg ada penyakit asthma/lelah.

Pagi ni plak kelam kabut bila husband hantar anak gi skolah tapi skolah tutup. Data tenet dah habis. Tak tau apa citer. Rupanya kementerian umum sekolah cuti tengah malam semalam....ppffttt...Bila IPU dah cecah 200 baru nak istihar cuti. Nasib daycare bukak. Tapi malam tadi memang teruk IPU kat bangi. Kelabu asap jer permandangan.

Note: Alhamdulillah...pagi ni hujan. IPU pon nampak lebih ok dari semalam. 


You Might Also Like

12 komen

  1. ye betul hari ni tak seteruk jerebu smlm

    ReplyDelete
  2. Walaupun hujan lebat Fiza JB masih suram lagi sebab jerebulah
    Oh... kakak baru tahu application tu. Senang nak tahu reading IPU berapa ye.

    ReplyDelete
  3. Macam mana ko masih maintain berblogging ye..lepas 3 tahun aku tak bukak blog & jalan2 ke blog..rupenye, ko masih setia! kagum gila aku.. hai fiza!:))

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Melaka semakin pulih, tapi still berjerebu.

    ReplyDelete
  5. bacaan IPU mmg mcm dah ok sikit...tapi still terhad pandangan mata ni...moga jerebu cepat berlalu pergi...

    ReplyDelete
  6. Yg ni pun dah ada yer hehehe.. good2
    Singgah dari blogwalking emas putih....

    ReplyDelete
  7. Ehh, ada eak app tu ... Kita bukak website depa jer terus ...

    ReplyDelete
  8. Dah ada aplikasi... Sungguh memudahkan!
    Alhamdulillah, kini sudah tiada lagi jerebu.

    ReplyDelete
  9. Bila la nak abis jerebu ni kan?
    Sesak napas!!!

    ReplyDelete
  10. Bila la nak abis jerebu ni kan?
    Sesak napas!!!

    ReplyDelete
  11. tngk kawan post.. dah macam brkurang sikit rini..
    harap2 cepatlah reda.. utk kesejahteraan semua..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive