Tips Keselamatan | Adab² Berhari Raya Di Zaman Internet
Tuesday, July 14, 2015
Topik pagi di IKIM FM pagi semalam. Sekadar perkongsian dari SKMM yang sangat berguna untuk kita. Antara tips² yang sempat didengar.
1) Jangan berkongsi maklumat diri sendiri
Skang kan kita tengah sibuk nak buat preparation untuk raya. Masa ni lah penyagak² nak ambil kesempatan. Kalau dapat call dari orang yang memperkenalkan diri dari bank. Katanya account anda ada masalah. Ataupon account suspended. Jangan di layan. Kita yang tengah kalut ni bila dengar macam tu lagi lah kalut kan. Relax…jangan mudah percaya. Kalau dia minta no ic atau no account, tolong jangan bagi. Kata pada si penyangak tu yang anda akan call bank sendiri untuk pengesahan
2) Awasi pergerakan
Biasalah kan, bila nak raya ni suma nak dikongsi. Ok…dah siap² nak balik kampong ni. Selamat tinggal rumah. Sminggu beraya dikampung. Haaaa…memang mengundang pencuri datang kerumah anda lah nampaknya. Lepas tu, update plak status berhenti rehat jap kat R&R Tapah *contoh. Kebetulan ada plak penyagak yang baca status tu ada kat tempat yang sama. Tak pon ada sindiket towing haram yang buat² tabur paku kat jalan pon ada kat situ jugak. Lompat bintang lah dorang sebab ada rezeki masuk haritu. Ingat…pengayak cyber ada dimana².
Pastu…bila beraya, mesti nak update status jugak kan. Beraya di rumah sepupu di Damansara. Siap dengan check in kat mana tempat tu. Anda bukan membahayakan diri sendiri. Tapi juga membahayakan saudara mara anda. Kalau pergi bercuti dengan kawan², pesan kat kawan tu kalau nak update status dengan check in kat mana, jangan TAG nama anda. Ni bila gi bercuti siap update…bercuti di Penang dan menginap di Hard Rock Hotel bersama si polan pastu TAG. Bahaya tak? Jangan buat macam tu tau.
3) Bahaya Public Wifi
Kalau nak buat transaction, jangan pakai public wifi yang ada kat restaurant² dan juga kat hotel². Ini boleh mengundang penjenayah cayber mencuri info² anda. Kata pegawai SKMM tu lagi, penjenayah² cyber ni suka melepak kat lobi² hotel dah juga kedai² yang ada wifi.
4) Selfie
Haaaaa…suma suka selfie kan. Tapi kalau nak selfie tu, perhatikan keadaan sekeliling dulu. Kalau kat umah sendiri atau kat umah sedara mara, tengok² lah kalau ada mak atau makcik anda kat belakang tu yang masih terdedah auratnya. Lepas tu, berhati² dengan gambar yang kita kongsikan. Jangan kongsikan gambar² yang mendedahkan indentiti macam alamat rumah atau gambar kunci rumah.
Orang zaman skang buat apa suma nak sharing kan. Tapi berpada² lah. Peringatan lebih kepada diri sendiri jugak ni.
Orang zaman skang buat apa suma nak sharing kan. Tapi berpada² lah. Peringatan lebih kepada diri sendiri jugak ni.
Note: SHARING IS CARING. But OVER SHARING IS CARELESS
19 komen
great tips
ReplyDeleteBetul tu kak. Kena berhati hati sekarang ni
ReplyDeletehuhuhu zaman teknologi katanyakan.. kena berhati². kerana jari badan binasa...
ReplyDeletelagi canggih teknologi..lagi terbuka kita
ReplyDeleteselamat hari raya fiza..:)
ReplyDeleteBetul.. nampak macam takde apa-apa tapi kita tak nampak kesannya.. ;)
ReplyDeletetq for reminding, fiza.
ReplyDeleteyes... dlm kemeriahan tu, kekadang terlupa, kan?
tq for sharing
ReplyDeleteCT suka check in.. tapi apa yang CT buat adalah.. CT check in bila dah balik..
ReplyDeletehehehe.. memang bila dah naik kereta da tinggal tempat tu baru check in.. sbb mmg tak akan check in while ada kat tempat tu.. walaupun kawan2 fesbuk semua CT kenal tapi kita x pernah tahu kan niat hati manusia macam mana..
hehe..selfie tu best
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan. Bila dah suka sangat ketika raya ni, memang jadi lupa dunia sat. Semoga diri ni sentiasa diperingatkan
ReplyDeleteItu sangat betul, memang kene selalu beringat.
ReplyDeleteBetul sangat dengan semua peringatan ni
ReplyDeleteNice sharing nie..
ReplyDeleteJgn sibuk nk selfie je pastu aurat x terjaga.. Ceyh..
Blogwalking sini.
Surau Di Suria KLCC
KAlau keluar balik kg. nak update at status takut balik rumah semua tak de
ReplyDeletetq berkongsi info yg berguna ni terutama public wifi tu...tak terfikir pun kan
ReplyDeleteNice sharing akak..=D
ReplyDeleteyang paling bahaya adalah selfie.. hhaha sangat bahaya pnyakit ni
ReplyDeleteya betul tu.
ReplyDeletesamasamalh saling ingat mengingati