Kenapa Baju Muslimah MAHAL!!!
Friday, July 10, 2015
Ok...nak tergelak bila baca tweet nih. Tapi tak pernah lah aku jumpa orang jual telekung atua jubah sampai RM400. Bagi aku yang RM100 pon dah kira mahal. Apatah lagi lebih daripada tu. Tapi mungkin ada kot yang jual mahal macam nih. Tengok pada material dan jugak corak kot. Mungkin buat dari kain yang di import kan.
Teringat kata seorang teman. Nak suruh orang menutup aurat. Tapi baju² muslimah macam jubah dan juga blouse sumanya mahal² belaka. Kalau ada yang murah pon, kualitinya tak seberapa. Nak beli yang berkualiti, harga tak mampu poket.
Tapi memang betul lah. Ko tengok jer lah harga jubah dan blouse muslimah yang ada ni. Kebanyakkan nya mahal. Tu belum tengok jubah budak lagi. Harga mengalahkab jubah dewasa. Tapi pakainya tak lama pon. Kalau yang berkemampuan, tak per lah beli baju mahal².
Yang tak berkemampuan ni, tumpang tengok jer lah. Ukur baju dibadan sendiri sudah. Nak beli pon fikir banyak kali. Tapi kalau dah berkenan sangat, apa ada pada harga kan. Sekali sekala berbelanja untuk diri sendiri. Tak salah kan. Ada jugak yang jual jubah dan blouse yang materialnya cantik dengan harga yang berpatutan. Tapi kena pandai cari lah. Masalahnya nak cari tu lah. Bila dah jumpa cepat sangat sold outnya. Pastu saiz tak der...haishhhh...
Untuk raya ni, aku ngan anak dara tu pakai jubah jer. Tapi tak sama kaler mak ngan anak. Tu pon jubah tahun lepas yang tak pakai sebab tak alter lagi. Rasa macam nak cari jubah yang sama kaler ngan anak dara tu. Bebaru ni ada kluar statement katanya jubah mengikis jiwa melayu sebab kita lebih utamakan jubah dari memakai baju kurung di Hari Raya. Apa punya statement lah.
Note: Untuk orang yg petite macam aku ni, kalau beli jubah memang kena alter.
10 komen
kita nak beli sesuatu tu ikut kemampuan kita lah kan..kalau tak mampu tu akak tengok je la sambil meleleh airmata...sob2
ReplyDeletebetoi.. betoi... baju muslimah mesti mahal yang kualitiler.. kalau murahtu pulak der yang tak muslimah sangat means nipis, nampak susuk badan walaupun rupa dah muslimah...
ReplyDeleteakak setuju gak statementtu sebab melayu memang baju kurung, baju kebaya, kurung moden gituler gamaknya... tak baca statementtu jadi tak leh komen lebih2....
betul2,100 tu pun mahal dah rasanya..yang statement mengikis jiwa melayu tu memang ntah pape..huhu
ReplyDeletejubah la elok dr pakai bju kurung kain terbelah.. apa daaa...
ReplyDeletebtl la kak, baju skang mahal giler.. telan air liur je tgk..
sekarang ni macam2 kan....
ReplyDeleteManusia hidup dengan pilihan.. Tak mampu yang mahal, belilah yang murah.. Pilihan di tangan anda.. :)
ReplyDeleteMemang ada... telekung berjenama.. hrga sampai ke 400.. baju siap tudung labuh harga yang 400... hmm.. mmg mmp tengok je la... tapi kalau orang yang design dan buat ni, fikirkan dakwah melebihi harta. Pasti dia pentingkan akhirat berbanding dunia...
ReplyDeleteBanyak jubah-jubah yang cantik gile saya tengok, berkenan sangat nak beli. Tapi bile tengok harga, MasyaAllah tak sanggup rasanya nak beli. Beli sehelai jubah mahal tu boleh beli juadah berbuka puasa untuk seminggu. Nak nak lagi kalau yang jubah under brand artis. lagi lah mahal
ReplyDeleteJemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!
pada aida x timbul ilang tradisi melayu.
ReplyDeletebaju kurung masih meluas di pakai.
aida masih lagi maintain berbaju kurung di aidilfitri.
aidiladha aida and famili berjubah :)
hahaha tweet tu memang lawak.. kalis api neraka ke.. wakaka..
ReplyDeletetapi mmg mahal pun baju2 muslimah.. tshirt muslimah yang labuh tu pun mahal..
kalo kain tebal n sedap pakai xpe gak nak mahal.. ni nipis je pun.. kena cr yg betol2 berbaloi
baru beli..