Cerita Ramadhan

Tuesday, June 30, 2015

Assalamu'alaikum...Macam dah lama jer tak up entry khenn, Rasa rindu plak dengan blog ni. Maklumlah...bulan puasa ni, blog pon puasa macam owner dia gak. Rasa lemau dan lesu jer...hehehe...


Dah masuk 13 hari kita berpuasa kan. Baru lah terhegeh² nak citer pasal puasa. Bagi aku puasa kali ni agak mencabar sikit lah. Sebab cuaca teramat panas dan terik. Masuk jer keta suma panas...steering, pedal, seat dan sumanya panas lah. Nasib bukan leather seat. Tapi apalah sangat panas kat sini kalau nak dibandingkan dengan panas kar SANA kan *insaf. 

Bila puasa ni balik awal. Pukul 4.30 pm dah habis kerja. Tapi nama jer ballik awal. Sampai rumah tetap lewat. Jalan tetap sesak macam biasa. Iman Hakimi plak habis skolah pukul 5.30 pm. Sampai sekolah qahirah dalam pukul 5.20 pm. Dah keluar bebudak sekolah, sesak lagi jalan....ppffftttt...

Sampai umah pukul enam lebih. Ini lah yang mencabarnya. Mana ko nak masak, nak solat, nak buat semuanya sebelum buka posa. Merungut?? Tak...happy sebab dapat sedia kan juadah berbuka untuk family. Alhamdulillah...masih memasak juadah untuk berbuka even agak kelam kabut. Last week jer berbuka kat kedai. Sahur plak memang jarang masak. Sebab dah siap masak lebih masa berbuka. Cuma masak nasi jer. 

Gittew lah kisahnya. Dah tak tau nak citer apa kan. Citer pasal puasa pon boleh. 

Note: Bilalah nak start buat kuih raya nih.


You Might Also Like

18 komen

  1. Bagus.. Masak sendiri lagi bagus.

    ReplyDelete
  2. same la kita..
    kuar awal 4.30..
    tapi sampai rumah dalam kul 6 gak..
    lepas tu 6.30 pulak asben ajak g bazaar bli kuih....
    kelam kelibut nak memasak..
    kadang2 boleh jadi baran..hahaha

    ReplyDelete
  3. salam ramadan selamat berpuasa fiza...sibuk2 ni hrp sempat msk berbuka puasa nanti...

    ReplyDelete
  4. SOYA DAH BUAT KUIH RAYA DAH...MMMM..TU LA GAYA KALO MAK BANYAK ANAK KAN..MUTIPURPOSE KITER KAN

    ReplyDelete
  5. Nani dekat sini hari hari beli. Huhu T.T

    ReplyDelete
  6. Selamat menjalani ibadah puasa... amin

    ReplyDelete
  7. Betul ramadhan tahun ini tersangatlah panas. Ujian buat kita semua. Kesian pada anak-anak sekolah balik tengahari teriknya panas Fiza. Balik masuk bilik terus on aircond.

    ReplyDelete
  8. Selamat berpuasa sis.. kejap je kan

    Jemput join GA kad raya nina

    ReplyDelete
  9. balik awal pon sama juga kan.
    masa byk hbs di atas jln raya.
    sabar je la.kita kan puasa. hihihi

    cdng cdng tu brpa jns nak buat sekut raya

    ReplyDelete
  10. kan.. jem musim ramadhan ni memang luar biasa.. keluar pukul 5, pukul 6.30 baru sampai rumah.. lepas tu baru nak hegeh2 masak.. ada jugak la yg membeli je.. tak sempat sungguh..

    ReplyDelete
  11. sama ler kita.
    balik umah kul 6.30 merempit la aida memasak.
    yes xde kesal or merungut pun.
    anak2 dara aida da pandai demand nak ibu masak.
    gembira hati ni sebeno nyer :)

    ReplyDelete
  12. Rajin ke nak buat kuih raya tu, Fiza? Saya dah lama tak rajin. Dah bertahun-tahun rasanya. Main tunjuk aje. Itu pun bukan banyak mana sebab akhirnya sendiri juga yang melahap kuih raya hasil belian sendiri ^_^

    Bulan puasa ni memang tau, menduga betul. Walaupun menaip entri guna jari jemari mulus aje tapi dek kerana lapar dan dahaga, terus lesu mood nak datang.... Itu pun berjaya juga update blog. Bab nak blogwalking aje banyak tergendala!

    ReplyDelete
  13. seronok bila dapat sediakan juadah untuk family kan...biar penat pun takpe

    ReplyDelete
  14. kannnn bulan posa jalan jem lain macam masing2 pun nak cepat huuuu

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive