Family Day @ Sunway Lagoon Theme Park

Wednesday, May 27, 2015

Chaakkkkk!!!! Rasa macam dah lama tak update blog. Macam dah banyak habuk jer. Mood nak blogging merudum lah. Dari last week asyik bukak...tutup...taip...padam dan begitu lah asyik ulang benda yang sama. Alaaaaa...kalau lama tak update pon bukan orang cari pon. Blog sendu jer. Jadinya...kita jalan² kat blog kawan² dan buat komen marathon jer lah. Ok...ni nak citer pasal apa ni? Pasal mood ker pasal family dah...hahahhaa...


Dah sminggu aku perap. Pegi nya sabtu lepas @ 16 May 2015. Tapi maca aku cakap lah. Mood tak der. Dengan nak make up gambar lagi. Nak letak watermark lagi. Nak pilih gambar yang cun². Pada hal tak banyak mana pon gambarnya....muahahaha...Beberapa minggu sebelum tu dah bagitau anak² yang kita akan ke Sunway Lagoon. Reaksi dorang jangan cakap lah. Happy bukan main. Happy dorang tu sampai boleh dikatakan hari² dok bertanya 'bila kita nak gi Sunway Lagoon???'. Pada hal dah cakap banyak kali dah tarikhnya...ppfftttt...Excited tak hingat namanya tu.


Tiba hari yang dinanti². Pukul 7.30 am dah kluar rumah. Rezeki adik² ipar sebab dapat join skali. Mana yang tak boleh pergi tu, kita amik lah tiket dia kan. Nak masuk parking pon berderet² kereta. Apatah lagi nak masuk kat dalam Sunway Lagoon tu. Dah nama pon UEM Group punya Family Day kan. Lebih 18 ribu staff wei. Orang macam semut. Belum terjun kolam lagi memasing dah basah sebab bermandi peluh. Acaner tu??? Kesian kat bebudak lah.

Dah masuk dalam tu pon ada masalah gak. Masalah nak mencari tempat duduk. Jadinya....kita duduk jer lah kat memana kan. Asalkan ada tempat nak parking barang. Ikut hati rasa macam nak mandi. Tapi pengalamam terdahulu, tak per lah...aku jadi pemerhati anak² mandi dan juga jadi penjaga harta benda berharga jer lah. 

Kalau ikut kan memang teringin sangat nak mandi. Tapi bila fikir² balik, pengalaman terdahulu yang terpaksa beratur panjang sebab nak tukar baju rasa hazab plak. Ko bayangkan lah umat manusia dalam tu berbelas ribu. Toiletnya ada berapa jer. Lagi pon sapa nak jaga barang² ngan anak² kan. 

Kakak dengan adik jer. 


Si Qahirah dengan Qhalif jer yang aku pantau. Si iman hakimi dengan abah dengan makcik² nya dah hilang. Pandai si kakak ni jaga adik dia. Di heret adik dia dari kolam ke kolam yang lain. Aku perhati jer dari jauh. Dalam perhati² tu. Tiba²..... 

Anak² aku ni hilang dari radar. Aku punya menggelabah jangan cakap lah. Bebudak yang mandi pon baju lebih kurang sama kalernya dengan Qahirah ngan Qhalif. Berpusing² aku mencari. Mana lah anak² aku ni. Akhirnya jumpa jugak. Lega. Pesan dah jangan main kat tempat lain. Dah lah cuaca agak panas. Tempat berteduh pon nan hado. Berteduh dicelah² pokok jer. Pantau punya pantau sekali si Qhalif plak hilang dari pandangan. Ya! allah...Berderau balik jantung aku. Dah macam main peek-a-boo plak bebudak ni. Tanya si kakak, dia pon tak tau adik dia kat mana. Tak perasan adik dia dah hilang gamaknya.


Haishhhhh...Memang menguji kelajuan degupan jantung si ibu betul tau. Nasib tak lama lepas tu nampak kelibat qhalif...phewwwww...lega mak nak. Dahhhh...stop mandi dulu. En. somi, kimi dengan makcik² nya dah dekat sejam lebih tanpa khabar berita. Tengah rilex² dorang muncul. Ingatkan dah lupa kat kitorang ni ha...hehehe...


Rupa² dorang gi beratur sejam lebih sebab nak naik VUVUZELA. Perghhhh...tabah betul beratur panjang². Dengan si kimi join main sekali. Tak sangka plak aku berani juga si kimi tu naik gelongsor besar nih. Bila dah sejuk tu perut pon lapar khenn. Makanya...isi perut dulu sebelum main game yang lain plak.


Dah kenyang perut, gi cari port untuk letak barang² dan jugak stroller. Dah jumpa port, sambung main. Gi main slide yang masuk terowong bengkang bengkok panjang ni haaa. Tak sempat nak snap gambar kimi ngan abah dia. Laju bebenar turunnya.


Lepas tu sambung main lagi slide yang panjang ni plak. Nampak tak anak bujang sorang tu. Berani plak dia main. Aku ngan anak² jadi tukang tengok jer lah. Pastu rasa nyesal sebab tak mandi...hahahaha...


Lepak jap kat kolam mainan kanak² ni. Si abah sado sedang memanaskan badan anak² yang kesejukan...hehehe...


Pindah plak kat kawasan persisiran pantai berpasir dalam Sunway Lagoon tu. Baru lah dapat snap adik beradik nih ha. Tengoklah tu...bukan main terbaring lagi. Dengan cuaca panas berdeting. Kulit pon gelap. Lagi sekali En. somi ngan adik² nya @ makcik² #ImanQahirahQhalif hilang dari radar. Kali ni si kimi tak join. Bila tak join tu, mulalah dia tanya mana abah ngan makcik² dia pergi.

Kali ni lagi lama dorang hilang. 2 jam jugak kot. Naik bosan aku menuggu. Apsal lah lama sangat nih. Dengan si kimi tanya soalan yang sama banyak² kali...ppffttt...Tengah dok termenung atas batu, sekali nampak macam susuk tubuh yang aku kenali tengah turun dari Malaysia’s Longest Flying Fox dari ketinggian 206 meters. 

Patut lah lama. Gi Extreme Park. Main paintball pastu tak tau dorang main apa lagi lah. Last sekali tu yang naik Flying fox. Nak naik tu jer kata en somi beratur dekat 2 jam. Lagi lama dari nak naik vuvuzela. Macam² lagi lah dorang main kat dalam tu.


Macam² lagi lah dorang main kat dalam tu. Surf Simulator or ‘FlowRider’ ni pon en somo main. Sampai 2 kali. Nasib tak berapa ramai sangat orang. Yang kelakarnya, ada yang sampai tercabut seluar wei. Nasib cepat² cover...hahaha...


Seronok tengok mereka semua happy. Rasa macam tak cukup jer masa tu sebab ada lagi game yang tak sempat main. Macam rumah hantu tu memang tak der lah aku nak masuk. Tengok hantu² palsu berkeliaran kat situ pon aku dah ngeri. Tunggu group UEM punyer family day for the next 2 years kalau nak ke sini lagi. 

Ok...dah tamat. Tapi aku tau ada yang skip membaca bila entry panjang² ni kan...muahahaha...Mekasih lah kalau ada yang baca sampai habis ☺☺

Note: Mood malas ni tak boleh dilayan sangat. Kalau dilayan memang malas jer memanjang.


You Might Also Like

14 komen

  1. Seronoknya main air... tak pernah smpai lagi ke sunway lagoon ni...

    ReplyDelete
  2. SAYA BELUM PERNAH KE SUNWAY LAGOON LAGI..

    ReplyDelete
  3. bestnye lama xg sunway
    dulu sebelum kawen mmg kerap g sane ng kawan2
    mmg ramai btl kan mase tu

    ReplyDelete
  4. meriahnya family day kat sunway lagoon best tu..

    ReplyDelete
  5. aku baca semua nyer sb aku bnyk mase hari ni ;) lama aku tak jejak sini..dekat 12 thn ade kot..

    ReplyDelete
  6. Kakak kalau turunkan komen bermakna kakak baca tak skip Fiza. Lagi satu kakak suka baca aktiviti bebudak kecik - seronok mereka bermain air nampaknya. Ibu jadi radar pun oklah. Qhalif tu tak padan kecik ligat juga:)

    ReplyDelete
  7. Sama la sis.. Kathy pun dah makin malas menaip entri.

    ReplyDelete
  8. dah lama tak masuk sunway. bestnyaaa main air :D

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,
    seronoklah berkubang dalam air cenggini

    ReplyDelete
  10. sama la kite. kekadang tau tau nak wat entry apa. blur sekejap. anyway bestnya mandi manda kat sunway lagoon ^_^*

    ReplyDelete
  11. sungguh da lama tak gi sunway lagoon.
    last pegi dgn kawan2 uia...
    nak bwk anak2 ntah bila tarikhnyer ...
    ibu busy memanjang!

    ReplyDelete
  12. hoyehh !! lama tak mandi sini. agak2 tiket dh naik harga tak? ehhee
    smua gmbar ada sensor eh. heee

    ReplyDelete
  13. Kita baca sampai habis, tak pernah skip ~_^

    Lama betul tak pergi Sunway Lagoon ni. Nak harapkan family day, memang sampai pencen pun tak merasalah! Ramainya Fiza sampai 18 ribu. Tengok kepala sikit punya banyak pun, rasa macam nak pitam. Tapi awat tempat-tempat yang anak-anak, en. suami dan keponakannya pergi macam tak penuh orang jerk? Saya pernah sekalilah pergi SL ni masa tu sehari selepas Krismas. Gempak ahkak beratur nak beli tiket. Lagi gempak bila dah masuk tengok orang ramai. Bertambah gempak bila kena beratur nak tukar baju. Terus tobat tak nak masuk lagi masa cuti sekolah! Itu pun cerita 4 tahun lepas sudah!

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive