Taman Tasik Shah Alam | Jom Berkayak

Wednesday, April 15, 2015

Happy muka bebudak ni dapat ber canoe kat tengah² tasik tu. 

Aktiviti weekend haritu. Kebetulan ada wedding kat Shah Alam. Sebelum tu en somi ada bagitau yang dia nak berkayak sebab dah lama tak buat aktiviti ni. Masa bujang dulu berkayak kat UIA. Tapi bila balik gombak tak der plak dia singgah UIA gi berkayak...ppffttt...Pastu dapat tau yang kat Taman Tasik Shah Alam ada aktiviti ni, apalagi kan. Bawak baju spare lah aku sebab dari wedding tu pakai baju kurung. Takkan ko nak gi tasik dengan berbaju kurung khenn. 

Abam sado 

Memula en somi sorang yang berkayak. Nak berkayak beduet sambil fefeeling bercinta ditengah tasik tak boleh. Sapa nak jaga #ImanQahirahQhalif? Aku pon tak tau yang dia dah berkayak. Tetiba call masuk soh toleh kat tasik tu. Anak² plak tengah main kat playground. Bila nampak abahnya apalagi, memanggil² dari tepi tasik. Dah macam si abah baru balik belayar plak...ekekeke...


Lepas dah berkayak secara solo, di ajaknya Iman Hakimi ber canoe. Tapi anak bujang ni tak nak. Takut katanya. Qahirah plak yang over excited nak naik. Memang aku salute ngan anak dara ni sebab berani. Be canoe lah dua beranak nih. Si abahnya ajak lagi Iman Hakimi. Dek kerana tercabar dengan keberanian si adik, si abang sahut cabaran. Dia gi sendiri kat kaunter, bayar and pakai life jacket. Si abah tunggu kat jeti *jeti lah kan. 


Ber canoe anak beranak di tengah² tasik sambil tengok burung. Memang tempat persinggahan burung kot kat situ sebab banyak burung. Macam burung flamingo.


Sementara abah, abang Kimi and Kakak Qahirah ber canoe, kita wefie dulu. Sian qhalif tak dapat naik skali. Merajuk dia nak naik jugak. Nasib tak berguling² kat situ. Bawah umur lah dik. Nanti kita naik cruise boat yerp.


Kat situ bukan ada kayak ngan canoe jer, ada macam² lagi. Macam dalam gambar ni. Memang best. Kalau ada rezeki ke sini lagi, nak try berkayak. Tapi kena berduet lah. Sesorang memang aku tak berani. Kalau uolls tak der aktiviti weekend ni, bley terjah Taman Tasik Shah Alam dan join aktiviti yang dikendalikan oleh [Antan Batura Watersports] nih. Harga pon rasanya masih berpatutan.

Sekadar peringantan. Kalau nak berkayak atau ber canoe, jangan lupan bawak baju/seluar lebih. Takut lencun plak nanti. Kalau dah expert tak per kot. Kalau baru 1st time main, better bawak ☺

Note: Tengah risau. Deman qhalif dtg balik petang smalam :-(



You Might Also Like

21 komen

  1. oh macam menarik jugak.. ada rupanya kayak kat shah alam ni.. kalau tasik berani sikit sbb airnya tenang.. kalau laut takut nak bagi bebudak ni naik kan..

    budak pompuan kecik2 berani berbanding budak lelaki kan.. sama lah anak kami.. hehehe

    ReplyDelete
  2. xtvt ok, tp kedai makan kt situ x ok.. kuciwaaaa..!

    get well soon imam muda qhalif

    ReplyDelete
  3. lepas ni bleh try water zorbing plak kat titiwangsa.. hehe

    ReplyDelete
  4. Bestnya tengok. Tak pernah lagi berkayak dgn anak2

    ReplyDelete
  5. berani sunggoh dieorang..thumbs up...;D

    ReplyDelete
  6. Eh, eh... gambar makbanyakanak dengan si Qhalif tu macam dah pernah tengok jerk... recycled eh... Hahahaha....

    I tak tahu pun ada aktiviti macam ni kat Taman Tasik Shah Alam sampailah you mentioned hari tu. Tapikan, I is gentar (sikit jerk....sebesar anak gajah) lah kalau duk dalam sungai, laut mahupun tasik ni. Takkan tiga beranak nak berpaut kat suami tercinta pulak. Sungguh memalukan....

    Naik cruise ajelah nanti kalau pi sini.

    Alright, nanti I bawa 2pc swimming suit spare! Opppss....

    ReplyDelete
  7. Wah... Seronoknya... Sy jnis takut air gak... Hehr

    ReplyDelete
  8. woaaah tringin nak naik yang itik tu.. tapi kena ada partner la xkan naik sorang2 ahahaha..
    senget sebelah kang..

    ReplyDelete
  9. BERANI BERCANOE DGN ANAK2 KECIL YA..NAMPAK MRK HAPPY N RASA SELAMAT TU...VIEW TASIK PUN CANTIK...

    ReplyDelete
  10. Wah seronoknya berkayak! Btw, akak jemput lah singgah ke blog saya :D

    ReplyDelete
  11. aku suka berkayak...first time berkayak masa kat koh samui...hahaha...

    cepat sembuh qhalif...

    ReplyDelete
  12. dulu dekat melaka ada benda ni sekarang dah pupus tak der hiiii

    ReplyDelete
  13. bestnya berkayak gini
    tapi akak tak pernah try lagi
    harga dia kira ok la tu kan :)

    ReplyDelete
  14. Amboi! tengok anak-anak yg sengih bukan main nampak sangat mereka gembira betul Fiza:)

    ReplyDelete
  15. As-salam Fiza,

    Baru hari ini akak tahu yang kayak dengan canoe tu lain.. selama ni ingatkan sama he..he.. best juga dapat buat aktiviti ni bersama keluarga kan..

    Salam kenal ya..

    ReplyDelete
  16. Best ni.. hari tu pergi sini..tp x buat apa² pun.. duduk² je

    ReplyDelete
  17. seronok aktiviti riadah macam ni kan fiza

    ReplyDelete
  18. best kayak ni. pestime dlu dekat plkn. bila sesi kayak je memasing over eksaited walau hakikatnya air tasik tu bau karat besi je kehkehkeh

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive