Parenting Sharing | 'Silent Killer'
Wednesday, April 29, 2015
Entry agak panjang. Kalau nak ilmu, teruskan pembacaan anda. Kalau tak nak, sila klik button 'X' kat atas tu yerp.
Scary kan dengar tajuk nih. Silent killer atau lebih dikenali sebagai pembunuh senyap. Nampak macam sihat, happy tapi tau² jer dah stage 4 tahap penyakit tu. Jangan ambil mudah sebab dikalangan anak² kita ni juga ada 'Silent Killer'. Siapakah yang dimaksudkan dengan 'Silent Killer'? Kita tengok dorang nampak ceria, happy...macam tak der apa². Tapi keadaan sebenar adalah sebaliknya. Kenapa? Meh kita kupas isu ini...cewahhhh...hehehe...
Siapa tengok Semanis Kurma hari ahad haritu? Episod pasal 'Silent Killer' ni lah. Tetamu jemputan dia adalah Prof. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad . Mana yang terlepas episod tu, meh aku share apa yang aku sempat salin. Cuma aku terlepas dalam 5 minit selepas siaran dah pon start.
Ok...Kenapa kita tengok ada anak² yang nakal? Bukan kat nursery jer, kat sekolah pon sama. Cuba tengok kes buli skang ni. Budak darjah 1 pon dah pandai membuli. Dah pandai pukul anak orang. Nak salahkan dorang pon tak boleh jugak. Kenakalan anak² kebanyakkan nya dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Nakal itu kadang² untuk melontarkan rasa tekanan jiwa semasa berada dirumah. Sebab tu dia memborontak. Jadinya...cara dia melepaskan tekanan tu adalah dengan kawan² dia lah. Dia pukul kawan tu dan dia buli kawan tu macam tak der perasaan.
Sebab tu pentingnya mendidik anak dengan Iman, Akhlak dan Amal Soleh. Ibu Bapa yang membesarkan anak dengan cara kekerasan dan kekasaran, impaknya adalah anak² akan membesar dengan ketakutan. Apa yang dilakukan jadi tak ikhlas sebab setiap perkara yang dilakukan dibuat sebab takutkan ibu bapanya. Sebaliknya jika anak² dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan pelukan, anak² ini akan menjadi seorang yang hormatkan ibu bapanya. Sebab apa? Sebab didikan dan kasih sayang yang dicurahkan. Setiap perkara yang dibuat akan dilakukan dengan ikhlas kerana sayang dan hormatkan ibu bapanya. Jadinya...peluk lah anak² anda setiap masa.
Kejutan juga merupakan kasih sayang kita pada anak. Sekali sekala bagilah kejutan. Orang kata reward untuk anak². Ok...part ni kelakar. Kebetulan Iman Hakimi ada sekali. Boleh dia cakap...'Haaa...dengar tu ibu. Kena bagi hadiah kat anak'...ppffttt...hehehe...Tak lupa juga doa. Setipa kali berdoa, sebut nama anak².
Sebagai Ibu Bapa, mulut kita juga memainkan peranan penting. Kekadang kalau dah marah tu memang akan keluar perkataan yang tak elok...nauzubillah...Perkataan tak elok ni memang aku elakkan. Kalau aku marah pon aku suka pakai perkataan yang berlawanan. Kalau dorang dah main tak kemas balik, aku akan cakap 'Rajinnya...cepat kemas' instead of 'Pemalasnya...cepat kemas'. Nampak tak...hehehe...Elakkan perkataan yang negatif dan banyakkan perkataan yang positif. Sebab apa? Sebab apa yang keluar dari mulut kita sebagai ibu bapa ni adalah doa. Jadi, jaga mulut kita. Bak kata pepatah 'KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA'. Renung² kan lah. Ok...sambung lagi.
Kalau kita sedar kita dah banyak melakukan kesilapan dalam mendidik anak² ni, cepat² lah melakukan perubahan. Kalau sebelum ni asyik nak memetir jer, Cakap dengan anak pon kasar², cuba kita ubah cara tu. Cakap dengan intonasi yang lemah lembut. Tapi tegaslah. Dari situ anak² akan nampak perubahan pada ibu bapa nya. Kita kena lakukan perubahan dulu kalau nak tengok anak kita berubah.
Dikongsikan juga tips. Bercakaplah dengan anak ketika mereka sedang tidur. Gelombang yang paling baik untuk kita bercakap adalah waktu anak² sedang tidur² ayam. Katakan perkataan² yang positif. Buat selama 2-3 minggu berturut² dan anda akan mula nampak kesannya. Hendaklah bercakap dengan penuh yakin dan bercakap seperti berdoa.
Ni best. Kenapa anak² bersikap kurang ajar dengan ibu bapa? Kita amik contoh. Kalau anak tu tengah main. Pastu terhantuk sebab terlanggar meja lah contohnya. Mesti kita marahkan meja sebab meja tu buat anak kita terhantuk dan nangis. Alaaaaa...mengaku jer lah yang uolls macam tu kan...hehehe...Sebenarnya teknik tu adalah salah. Teknik yang sebenarnya adalah kita amik anak tu, Lap airmata dia dan kita peluk dia dulu sambil cakap kat dia supaya lebih berhati² masa main instead of marahkan meja tu sebab nak surun anak kita berhenti menangis. Mostly parents buat macam ni kan? Aku mengaku yang aku pernah buat macam ni :-(
Sebab tu lah anak² bersikap kurang ajar. Sebab apa? Sebab kita dah besarkan dan didik dia dengan rasa tak bersalah. Contohnya kes terhantuk meja tu lah. Nak kan anak kita tak nak nangis berpanjangan, kita marahkan meja yang tak bersalah tu...hehehe...Sebab tu kena terangkan kat anak kenapa perlu berhati² ketika bermain. Kalau jatuh tak boleh salahkan orang lain sebab diri sendiri yang cuai. Faham ☺☺...sambung lagi.
Climax pada tajuk 'SILENT KILLER' ni. Siapakah yang di maksudkan dengan 'SILENT KILLER'? Kita lah...Kita sebagai IBU BAPA ni lah yang sebenarnya 'SILENT KILLER' pada anak² kita *speechless...rasa nak nangis*. Kita selalu pesan kat anak kalau berdoa tu, doalah supaya dimurahkan rezeki, doa supaya jadi anak yang soleh dan bijak pandai. Nak tau tak, SILENT KILLER YANG RAMAI ORANG TAK SEDAR, HAMPIR 99% IBU BAPA TAK PESAN KAT ANAK UNTUK DOAKAN KITA (IBUBAPA). Ini yang di kongsi oleh Prof. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Lepas ni sila pesan kat anak² setiap kali lepas solat, doakan kesejahteraan ibu bapa. Pesan juga supaya menjaga solat. Solat 5 waktu.
Marilah kita menjadi si kerdil yang istimewa. Siapa si kerdil ni? Si kerdil ini ada lah semut. Jadilah seperti semut kerana:
- Semut adalah bijak dan pantas merebut peluang | Cuba kalau ada sisa makanan kat atas meja. Siapa yang sampai dulu? Semut kan. Ibaratnya...Rebutlah peluang yang ada untuk bersembang dengan anak² dan spend time dengan anak². Jangan asyik leka dengan gadget. Jangan asyik sibuk dengan kerja dan jangan asyik lepak kedai mamak dengan kawan² sampai tak der masa nak bersembang dengan anak². Sampai tak der masa nak spend time dengan anak².
- Kuat | Semut kan berjiwa besar. Apa jua cabaran dalam mendidik anak², kita kena kuat menghadapinya.
- Berjiwa Sosial | Hidup dalam bermasyarakat. Jangan hidup dalam kepompong sendiri. Ko anti sosial sampai seret anak skali suruh join. Ajak anak² buat aktiviti yang dapat munghubungkan dia dengan dunia luar.
- Bersangka baik | Jangan cepat buat assumption. Tanya dan selidik dulu.
- Rajin yang luar biasa | Wujudkan suasana menolong tanpa diminta. Terapkan nilai ni dalam diri anak² kita. Buat kerja dengan sukarela dan tanpa paksaan. *Boleh jadikan kisah semut ni untuk anak² lebih jelas dengan konsepnya ☺
Dan akhir sekali, Ustazah Siti Nor Bahyah ada kongsikan tips:
- EMOSI | Sebelum marah anak², fikir dahulu. Tegurlah anak² dengan penuh kasih sayang. Anak² yang kerap di marahi, kelak akan jadi seorang yang panas baran.
- MEMORI |Tinggalkan kenangan yang manis dalam memori anak². Jangan tinggalkan kenagan yang negatif. Memori anak² adalah sangat kuat. Mereka boleh mengingati setiap perkara yang berlaku semasa mereka membesar. Jadi...binalah kenangan yang indah² dalam memori anak² anda.
- FAHAMI | Anak² kita ada hati dan perasaan. Fahamilah dan sayangilah mereka. Ada ibu bapa yang menyembunyikan rasa sayang pada anak². Mungkin kerana ego, takut anak² akan terlalu manja bila kita menunjukkan kasih sayang kita. Buang lah perasaan tu. SAYANG JANGAN DISIMPAN. Tunjukkan dengan 3 perkara:
- Suara | Bertuturlah lemah lembut dengan anak².
- Senyum | Jangan kedekut nak senyum dengan anak². Sentiasalah mengukir senyuman. Senyum kan sedekah ☺
- Tindakan | Bagi hadiah kat anak². Boleh juga buat reward chart. Kalau anak² berkelakuan baik, dapat lah hadiah. Sebagai tanda penghargaan ☺
Sekian perkongsian dari saya. Seronok bila kita dapat berkongsi ilmu yang kita dapat ni dengan orang lain. Semoga kita dapat menjadi ibu bapa yang cemerlang dalam mendidk anak². Menjadi ibu bapa yang penyabar dalam menangani kerenah anak².
Note: Peringatan yang lebih buat diri sendiri sebenarnya. Masih banyak lagi yang kurang. Dan harap belum terlambat untuk memperbaikinya. Setiap hari adalah pembelajaran. Belajar dari kesilapan.
Extra Note: Busy to the max. Nanti iolls buat komen marathon yerp.
Extra Note: Busy to the max. Nanti iolls buat komen marathon yerp.
21 komen
kupasan yang sangat menarik Fiza.. tq sharing.. kami dah lama tak tengok semanis kurma sbb beberapa kali tengok isu yang diketengahkan kurang menarik perhatian kami..
ReplyDeletenice share dear. insyallah moga kita menjadi ibu bapa terbaik buat anak-anak. :)
ReplyDelete='(
ReplyDeletebanyak perlu diperbaiki walau dah nak jadi mak anak 3 huhu
sebak plak bila baca :(
ya allah beb...terima kasih laaa utk entry ni!!
ReplyDeletegreat entry
ReplyDeletebetul tu bila tengok orang yang kita sayang seronok kita pun gembira
ReplyDeleteSOKONG SANGAT...
ReplyDeleteNICE SHARING.. SAYA BACA HINGGA HABIS, PERCAYA TAK? :)
ReplyDeletenice sharing sgt..seriously..
ReplyDeleteTulah ....mmg ada yg terkena batang hidung sendiri nampaknya.....lagi lagi bab marahkan meja dengan cakap yg memetir tu hihi....
ReplyDeleteInsyaallah kita cuba jadi ibubapa yg terbaik buat anak anak kita ek Fiza
TQ sharing this fiza.. insyaAllah menjadi panduan buat sy...
ReplyDeleteSaya baca sampai habis yerk... Saya tak skip satu patah pun perkataan. Tapi saya ngakulah saya baca laju *_* At least saya faham apa yang nak disampaikanlah.... Takdalah nanti komen tak serupa entri *_*
ReplyDeleteContoh terhantuk meja tu, saya pun buat. Baru semalam kejadian terbaru. Anak saya terlanggar kaki meja. Dia datang kat saya mengaduh. Lepas tu dia suruh saya marah dan pukul kaki meja tu sebab dia terlanggar. Saya pun pura-puralah ikut kata. Saya pergi kat meja, 'tampar' sikit sambil kata, "Berani ya buat Adik sakit kaki! Jahat tau meja nih!'
Rupa-rupanya salah ajaran yerk.... Ish, kena berubahlah lepas ni sebelum terlambat. Nanti bila dah besar, anak-anak ingat perkara yang macam ni je instead of perkara-perkara baik yang kita buat.
Bab solat dan doakan emakbapa tu saya selalulah cakap kat Abang. Kalau dia solat cepat macam kilat, saya pun tanyalah takda ke duduk kejap doakan MommyDaddy dia ni.... Kalau tak doa tu maknanya tak sayang MommyDaddy ler tu.... sambil buat muka cembeng sikit *_*
Tak sangka kita ni rupanya silent killer yang paling dajal sekali pada anak-anak ya. Terus teruja nak ikut kata ustaz ni. Saya nak anak-anak ingatkan tentang saya yang baik-baik jerk :)
Itulah sebabnya Islam menggalakkan kita mendidik anak sedari ianya berada dlm kandungan lagi. Bukan ibu saja bahkan si bapa juga. Tindakan dan pertuturan kita semua menjadi cermin. Tutur kata kita juga adalah doa. Silap percaturan mengikut amarah itulah yg jadi silent killer towards own children. Berhati-hati...
ReplyDeletetq for sharing fiza, anak2 permata hati dunia akhirat
ReplyDeleteperkongsian yang sangat2 bagus akak.. btl farah pun sama jugak bila emir terhantuk meja..meja yang dimarah..huhuhu..sebabnya nak pujuk emir supaya tak nangis lagi.. rupanya salah cara tue ek.. huhuhu.. btw thanks akak 4 sharing.. =D
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih berkongsi ilmu kak..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian fiza...amat berguna...kita mak ayah nak anak jadi terbaik...tp kita x mau jd terbaik...mcm mana nk dpt anak jadi terbaik...sama2 kita berusaha...
ReplyDeletetq nok sbb kongsi ilmu ni...
ReplyDeletehuhu, terus muhasabah diri...
yang kelako, part iman hakimi kata kena bg hadiah kat anak..hahah...
laju je dia ye...
hu hu hu...
ReplyDeletebyk yg terkena btg idung aida ni. aida ni skang kurang sabar.
maklum la anak2 dara da besar.
try hard utk jadi kan diorang anak2 yg sempurna.
tq for sharing ye fiza...
dlu kalau mak marah main rotan.. huhu
ReplyDeletetp sebelum rotan tu ada la bg tau sebab2 kena rotan.
tq fiza sebab rajin salin dan sharing..kita la role model pada anak2 kita, kita marah menjerit2 pd dia begitula dia buat kat adik2 dia kan..semoga kita jadi ibu bapa yang hebat sbb kita nak mendidik anak kita jadi khalifah :)
ReplyDelete