#IkanMasakTaucuUntukDia | Resepi
Friday, April 24, 2015
Wahwahwah...Nak hash tag jer tajuk tu...hehehe...Lambat bersiaran harini. Otak beku jap. Tak tau nak citer apa. Tapi ada plak citer nya ni.
Ok...Berbalik kepada tajuk asal. Malam tadi buat Ikan Masak Taucu nih. Atas permintaan my Tall, Dark and handsome husband *bluekkk...hahaha...Masa tu dah pukul 8.00 malam. En. somi call soh masak masakan feveret dia nih. Ikan plak masih kat tempat sejuk beku. Ikut kan hati nak masak simple² jer. Tapi bila ada permintaan, haruslah si isteri tunaikan. Penat macam mana pon, isi perut suami perlu diutamakan. Ingat tu...ngeeeee...
Apa lagi...sepantas kilat buat kerja. Kita kan ada kuasa SUPERMOM. Nasib ikan dah siap siang. Cuma perlu basuh jer. Bawang blender plak dah habis. Sementara tunggu ikan mencair, kita buat stok bawang merah. Senang nak masak nanti. Sambil tu masak nasi.
Tu lah. PC Noxxa ada tak reti² lagi nak pakai. Ko tunggu yer noxxa. Tunggu aku lenjan ko nanti. Dah siap basuh bagai ikan, tiba masa untuk masak. Sebelah goreng ikan, sebelah lagi buat kuah taucu. Simple jer nak masak. Main campak² jer. Nak resipi ker? Ni versi aku lah.
BAHAN²
- Ikan (Suka hati nak pakai ikan apa)
- Bawang merah (potong bulat)
- Halia
- Cili Hijau
- Tomato (tak letak pon tak per)
- Taucu
- Air Asam Jawa
- Gula
CARA²
- Goreng lah ikan dulu. Nak kena bagitau jugak ker..haha..
- Tumis bawang merah dengan halia
- Dah garing masuk air asam jawa
- Letak taucu. Terpulang nah letak banyak mana. Agak² lah sebab taucu ni masin
- Letak gula sket. Bagi ada rasa masam, masin dan manis
- Letak ikan, cili hijau dan juga bawang hiris
- Biar kejap. Dah siap.
Aku kalau buat memang suka letak taucu banyak. Sebab sedap. Kalau style mak aku plak, dia siap tumbuk taucu tu. Tapi aku tak rajin macam mak. Tapi apsal mak buat lagi sedap dari aku buat erk. Memang tak boleh challenge lah dengan masakan mak.
Sedap wei makan dengan nasi panas². Pastu hirup plak kuah taucu tu...Perghhhhh...Malam ni tak payah masak dah sebab buat banyak malam tadi. Feveret kami anak beranak nih.
Note: Have a great weekend uolls. Esok sukan anak lagi. Dah 3 minggu berturut² sukan.
25 komen
SALAM JUMAAT SEDAPNYA MASAK TAUCU SUPERMOM...
ReplyDeletehaaaaa, naisb baik la baru semalam sahur makan ikan tauchu..so xde la terliur sgt sbb peberet kiteeeeee tauchuuuu nieeee..;D
ReplyDeleteSoalan... tak kuasa nak jawab. Pergilah tanya sendiri dekat mak awak kenapa dia buat lagi sedap daripada awak. Hahaha... awak-awak gitu hah :)
ReplyDeleteEh, I tak pernah buat ikan masak taucu ni. I rasalah selepas bertahun kahwin, I belum memperkenalkan lagi taucu ni kepada HDlah. Huhuhu....
woooo lama tak makan ikan goreng taucu ni
ReplyDeletetenkiuuuuuuuuu..
ReplyDeletememang tengah nak belajau buat lauk taucu ni..
tak penah seumur hidup makan lauk ni...
tenkiuuuu lagi sekali..
:P
sedapnya...! lama mkn masak taucu ni..asek lupa beli jek taucunya tu heheheeh
ReplyDeleteadehh geram nengok cili hijo tu,,
ReplyDeleteassaamualaikum fiza...sedap lauk mcm ni walaupun simplekan...:)
ReplyDeletewah sedapnya, makan dengan nasi panas, emm ;)
ReplyDeleteWahh.. buat makan tengah hari hujung minggu pun sedap sgt ni... best.. :)
ReplyDeleterajin wei...boleh dapat award i
ReplyDeleteSEDAP NI..
ReplyDeletesedapnyaaa.ibu nani sokmo masak ni
ReplyDeletewahh sedap giler!!
ReplyDeletesuami saya tak lalu makan masak taucu..nape ntah..kalo saya, bedal jek
ReplyDeletefevret ktorg gak ni. kadang klu blik kg mama tnye nak makan ape. mintak yg ini aje senang simple sedap!!!
ReplyDeletesuka makan masak taucu ni tapi tak pernah buat...hehehe...biasa makan yg mak buat jer...terima kasih resepi tu fiza...mana tau nk masak nanti...siap dah copy paste hehehe
ReplyDeletesedapnya weiii...aku suka masak taucu...
ReplyDeletetapi laki aku ni pulak tak mkn taucu...huhu...
wow...memang nampak sedap ni Fiza.. respek kat fiza penat2 pun gagahkan diri juga demi memenuhi permintaan cik abe.. hehe.. klu sy kadang pandai gak ngelat klu dah penat sgt...haha
ReplyDeleteTetiba pula nak beli taucu ... sedap ni campur dlm masakan
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteSeumur hidup okje tak pernah masak sendiri Taucu ni Fiza, makan kat kedai pernah le. Rasanya anak anak okje mesti tak reti makan masak Taucu ni tau
ReplyDeletemesti sedap tue.. bahan pun simple jer..boleh la cuba nanti..=D
ReplyDeletemak aida pun tumbuk taucu.
ReplyDeleteaida ikut ajer la cara mak.
simple. sedap. senang !
sedappnyaaaa.. baru makan je
ReplyDelete