PANGKU ANAK Sambil MEMANDU????
Wednesday, March 11, 2015
Dah beberapa kali aku nampak situasi macam ni. Relax jer pompuan ni drive sambil pangku anak. Dan yang terbaru pagi nih. Si isteri memangku anak manakala si suami yang sedang memandu pon memangku anak jugak. Umur dalam lingkungan 2-3 tahun macam tu. Tak tau lah nak cakap apa dengan orang² macam ni. Orang² yang pangku anak sambil memandu. Kan ker bahaya tu?
Iyer....cakap memang senang sebab tak kena dengan batang hidung sendiri. Anak melalak² tak nak di letak dalam car seat. Nak memandu pon tak tenteram. Ok...fine. Mana lagi bagus? Anak menagis sekarang ker atau kita yang menangis kemudian??? Even ko kata ko bawa keta slow sambil pangku anak sekali pon, itu boleh menjamin keselamatan si ibu dan anak ker? Kecelakaan datang dari pelbagai sudut. Kekadang kita drive dengan berhati² pon accident tetap jugak terjadi. Biar dia nangis sekarang, jangan kita yang menangis meraung kemudian.
Tak tenteram dengar anak menangis² melalak² dalam kereta. Ok...kalau perjalanan dekat, boleh kan berhenti kereta kejap kat tepi jalan. Pujuk² si anak dulu. Bagi susu. Tenteram kan dia. Pasang lagu² yang anak minat. Pasang CD mengaji ker. Bagi toys yang dia minat. Atau bagi favorite food yang anak suka. Kalau nangis jugak, kena hati kering lah. Kalau perjalanan jauh, si ibu mungkin boleh duduk kat seat belakang dengan anak.
Bagi aku, kalau nak ajar anak duduk dalam car seat kita kena educate dorang dari awal. Start dari dorang baby lagi. Jangan dah besar baru nak ajar. Memang mencabar sket lah. Memang dorang akan nangis. Biarkan ker. Lama² nanti ok lah tu bila kita buat tak tau jer dan dorang akan faham kenapa kena duduk dalam car seat. Kita as parents pon kena tegas jugak.
Sama² lah kita beringat. Tolong lah wahai PARENTS² di luar sana...Tolong jangan memandu sambil pegang/pangku anak. Utamakan keselamatan. Sayangilah nyawa anak, nyawa orang yang tersayang dan juga nyawa sendiri. Jangan menyesal kemudian hari.
Sama² lah kita beringat. Tolong lah wahai PARENTS² di luar sana...Tolong jangan memandu sambil pegang/pangku anak. Utamakan keselamatan. Sayangilah nyawa anak, nyawa orang yang tersayang dan juga nyawa sendiri. Jangan menyesal kemudian hari.
Note: Lebih peringatan buat diri sendiri juga. Car seat memang ada dalam keta tu. Tapi satu jer lah. Keta kecik tak muat nak letak 3 dlm tu.
30 komen
great entry
ReplyDeletemmg kalau letak anak dlm car seat mmg boleh bingit tinge..tp kalau mek nak bg senyap, bg puting bagi tgh upin ipin..senyap dh..toleh2 belakang tgk dh selamat dh tido..tp kalau kene time menjerit mmg kite wat pekak jer..nak2 pulak kalau berdua jer..hurmm, mmg kite jd badut kat dpn..duk menari2 la duk nyanyi2 la..hahaa..janji anak diam..;)
ReplyDeleteDah berapa kali nampak ni noks. Sangat bahaya. Aku dulu sorang2 drive dgn damia masih baby tu pun tak sanggup pangku dia wlu nangis kuat. Paling2 pun berhenti keta kat stesen minyak dan pujuk dulu.
ReplyDeletemula² si fiyah ni pun taknak duduk dalam car seat..kalau nak bagi dia duduk dengn tenang,kena kasi mainan or makanan kat dia..nasib baik rumah babysitter tak jauh sangat.kalau balik kampung,lebih suka duduk belakang dengan dia..sbb tak reti dok diam kalau kat depan..
ReplyDeleteHaaa btul... mmg pantang btul tgk ade parents yg pangku anak ms driving... tak syg ank gamaknya... no kompromi.. xde alasan boleh diterima...
ReplyDeletemmg membahayakan... pls keep our little one safe...tak kena x per...klu kena...menyesal dah tak guna...
ReplyDeletebtul... selalu gak bebel2.. bila nampak ada orang pangku anak.. xjadi pape ok la kan... klu jadi? menyesal...
ReplyDeletefiza.. kalau jalan jauh memg irine melalak ke hape wajib duduk car seat.. dia memg chengeng sangat.. tp kalau ambik dia balik kerja dari rumah bs.. bawak jugak laa dok kat kite.. hahahaha.. sebab selang 4-5 buah rumah je.. huhu
ReplyDeleteramailah parents buat gini...
ReplyDeletenaik motor pun sama satu family tak pakai helmet..dh kena baru mengelabah..
anak berdiri duk dlm raga motor dgn selambanya mak bapak dia org membonceng..kita yg tgok naik risau..
bahaya..bahaya..
Salam dear.. miss u :D
ReplyDeletePasal ni, mmg banyak I nampak, seriau kan. Over here mmg wajib leak anak dalam car seat.
kann! kalo tak bahaya kat diri sendiri, pikir orang lain pls..
ReplyDeleteHuhu moga kita dapat perbaikinya lagi
ReplyDeletemmg bahaya...aku tak pernah amalkan mcm ni...
ReplyDeletebukan senang nak dapat anak oiiii....
sy setuju 200% dgn pendapat fiza.keselamatan anak2 lbh utama.biar menangis skrang, menangis kemudian xde gunanya lagi huhu..mmg kna hati kering ltk anak kt carseat walau apa pun yg terjadi. pangku anak is a big No no.. (peringatan utk diri sndiri gak ni)
ReplyDeleteSepupu CM pernah menyusu baby dia sambil memandu? Can you believe it???
ReplyDeleteSelagi tak accident, selagi tu lah dieorang tak kesah, cube kene kat batang hidung sendiri dulu, baru dieorang nak menyesal.. kan mama kan?
ReplyDeletePernah juga buat.. Tertiba ank kuar dr searbelt dan dok ats riba.. Huhu.. Panik dijawabnya..
ReplyDeletebetul2..saya pun dh bgtau abg kite yang bakal dapat anak, suh ajar duk dlm car seat awal2
ReplyDeleteMmg bahaya mcm tu.. blum kena tak rasa apa2.. klu kena hhmmm...
ReplyDeletebahayakann !
ReplyDeleteRisau jugak bila ternampak kes yg mcm tu.. keselamatan tu harus diutamakan.
ReplyDeletehaah bahaya tu,
ReplyDeletemoga semuanya selamat
kesian anak-anak
terbaik... malang x berbau kan
ReplyDeleteaduhai.
ReplyDeletemmg kena mula dr awal kan
betul tu
biasa dah..hihii 2thn pangku anak sambil bawa kereta nasib xdak kemalangan jiwa..
ReplyDeleteMemang bahaya. OK je tak retilah nak bawak baby sambil drive....mcm seram jer hihi
ReplyDeletedangerous!
ReplyDeletemmg ramai sis JM jumpa yang pangku anak sambil memandu nih...dorang ni tak x ambil kisah bab keselamatan
ReplyDeleteSetuju sangat dengan pendapat akak..Emir pun pernah nak mtk duduk kat depa masa Farah tgh drive.. tapi kita kena la pandai pujuk dia.,jangan diturut..lama2 dia akan faham benda tue tak boleh.. kita kena corak anak..bukan anak corak kita betul tak..=D
ReplyDeleteAnak-anak I masa kecil dulu memang ada car seat tapi dua-dua spesies tak suka duduk kat car seat. Suka lagi berpangku dek Mommynya. Tapi memandu sambil pangku anak-anak ni memang tak pernah buat. I lagilah, 'berpandangan jauh' katanya. Semua benda pun I dah timbal balik baik buruk sampai anak-anak memang tak boleh hilang dari pandangan mata. Asal hilang jerk, Mommynya menjerit. Itu pun masalah dalaman juga ni.
ReplyDeleteMungkin I bernasib baik sebab sejak ada anak, tak pernah kena memandu sendirian dengan anak-anak. Selalunya HD drive, I jaga anak. Kalau tidak, memang lebih afdal I duduk rumah tak ke mana-mana. I ni bukan supermom, superfreaking mom itu memang!