'ME' TIme lah Konon!!!
Tuesday, March 10, 2015
Bila nak cuti, meja kena kemas. Segala macam stationery kena simpan. Kalau tak nanti memang hilang lah barang ko. Bila nak cuti jer lah meja kemas, cantik dan tersusun. Tapi bila balik jer dari bercuti, kesucian dah diragut bila meja jadi serabut dibuatnya. Bila 5S nak datang menjengah, baru nak kelam kabut....hahaha....Ok, panjang plak mukadimahnya.
Semalam apply cuti. Mood nak bekerja merudum tetiba. Rasa malas nak kerja, boleh?? Tapi dah apply cuti awal². Kononnya nak 'ME' time kat umah. Nak relax. Rasa macam nak tido puas² kat umah. Nak 'ME' time kat luar, duit gaji dah nyawa² ikan sebab 16/2 aritu dah gaji. Seksa nak tunggu gaji bulan ni. Hari² mengira tarikh gaji. Ni yang menyampah kalau gaji awal sangat...cissss...
Sambung citer...Bila dah dok umah, tak der maknanya ko nak 'ME' time. Melainkan ko 'ME 'time kat luar. Kerja rumah tetap jalan jugak. Masak tetap masak sebab en. somi balik nak makan lunch. Mengemas pon iyer jugak. Gara² peristiwa KECOH last year, bilik masih tak kemas. Nak kemas pon ikut mood. Bilik tu lah letaknya mini store, mini library, playroom, computer room dan macam² lagi lah. Petang amik anak² plak.
Memang tak der istilah 'ME' time walaupon cuti. Kerja tetap jalan. Ini lah orang pompuan. Buat kerja memang non stop. Tiada istilah rehat yang sebetul² rehat. Celik jer mata pepagi dah buat tugasan rumah. Nak tido malam pon dok fikir kerja rumah apa lagi yang tak selesai lagi....hurrmmmmm...Nak tido puas² lah kononnya semalam kan, tapi dapat lelap dalam 15 minit jer. Tak bagi kerjasama tau mata ni.
Note: Minggu ni last skolah. Bley lah relax sket next week.
23 komen
next week tak der lah terkejar2.. diaorg school holiday hantar taska jugak ker fiza?
ReplyDeletesinggah selasa
ReplyDeleteselamat bercuti
ReplyDeleteBetul kan? Konon2 cuti nak relaks tapi nan hado! Keja rumah tetap jalan.
ReplyDeletebetul tu fiza...itulah kan wanita..time rehat dia adalah masa tidur..tu pun kekadang terbangun jugak
ReplyDeletebetul tu.. kalau dah duk umah, tak ade nye nak ME time... macam2 kerje umah nak kene buat, unless pergi bercuti kemana2, dapat lah jugak me time masa anak tidur. hehehe
ReplyDeletecuti di pejabat tapi masih bekerja dekat rumah. :D
ReplyDeletesm la kak..wktu cuti konon nk tdr pepuas, tp hampeh..
ReplyDeletekehkehkeh..jadi mak takde nyer nak me time..nangis ar tepi bucu! :D
ReplyDeleteJRG DPT 'ME' TIME KANNNN.. SABAR JEW LA.. HUHU
ReplyDeletejap2..'ME' tu ape?? blur kejap..hihih
ReplyDeletesamalah noks ... tak ada istilah cuti bila bergelar mak2 ni ... kerja 24 jam non Stop tolak 5 atau 6 jam tidur mlm tu ... hehe. Celik mata saja dah start keja .. :)
ReplyDeleteboleh ME minggu depan ni fiza..ya xlama lg tu..
ReplyDeleteMe me me me... tidooo jer... kalau cuti tu takder makna nak cuti kecuali cuti dari kerja opis kan... hehehehe
ReplyDeletetapi happy lah dari serabut otak dari kerja kan...
Hehehehhehe. Betul jugak tu.. Mana ada masa ber'me-time'..
ReplyDeleteNext week dah cuti sekolah rupanya... Bolehlah kemas rumah sekemas-kemasnya :)
ReplyDeletehuhu gaji bulan ni memang buat terseksa nak menunggu nyaa. heeee. hrp2 next week awak dapat lah "me time" awak ehh. Goodluck and take care ^^
ReplyDeletebetul3..kalau dh duk umah mmg xde istilah ME time..huwaaaaa..
ReplyDeleteperempuan macam tu la...celik je mata sampai la nak pejam mata...tak henti2 buat keje...sebelum tidur sempat lg fikir...esok nk buat keje apa...
ReplyDeleteKlu ipong 5s yg dtg bestlah juga kan hehee..
ReplyDeleteahaahha...samalah ..x suka kalau dapat gaji awal
ReplyDeletekalau btl2 nak 'ME' time sila keluar dating berdua dengan cik abg la akak..baru boleh tolak tepi jap kerja2 rumah..hehehe
ReplyDeleteMana ada istilah 'Me' time untuk mak-mak macam kita. Asal kata duduk kat rumah tu, memang jauh dari rilekslah. Lebih teruk dari buat kerja kat pejabat. Bukan setakat ambil cuti tahunan duduk rumah, even cuti sakit pun tetap kerjarumah kena bereskan. Kalau tidak, memang tak boleh tahan mata ni nak berehat, ambil nafas. Bertambah sakit jadinya....
ReplyDelete