Beauty Review | Cantik dan Sihat dengan BeautyOat Collagen Plus+ Oat

Friday, March 20, 2015

Pppssttt…Pernah dengar pasal produk Beautyoat ni tak? Haaa…tak pernah. Meh nak share satu produk baru yang diberi nama BeautyOAT Collagen Plus+ Oat Drink. Diiformulasikan dari Korea. Katanya the first Collagen plus+ Oat Formula in Malaysia. Yang best dan buat rasa teruja bila ianya dapat remajakan kulit anda hanya dalam masa 7 hari uolls. Siapa yang tak nak kulit muda remaja kan.


Apa kelebihan Beautyoat nih? Banyak kelebihannya tau. Ianya dapat memperbaiki ketegangan, keanjalan dan tona kulit. Dapat membantu mengurangkan kolestrol, garis halus, pigmentasi dan juga Pori². Yang ada masalah kolestrol tu, boleh amalkan. Membantu menigkatkan sistem imunisasi, tekstur kulit, tisu kulit dan tenaga. Haaa…menarik tak? Menarik kan. Erkkk…belum habis lagi ni. Sebab ianya juga dapat membantu mencegah penyakit jantung dan juga berat berlebihan. Pada yang tengah cari solusi nak kurangkan berat badan, apa kata try Beautyoat nih.

Terdapat 4 kandungan istimewa dalam Beautyoat nih. Iaitu:

OAT - Oat ialah bijirin yang mengandungi serat laut dikenali ‘beta glucan’ yang terbukti merendahkan tahap kolestrol meraka yang mengamalkan pemakanannya. 

MARIN KOLAGEN - Kolagen marin ikan merupakan sember kolagen terbaik. Ia mampu menganjalkan kulit dan bertindak sebagai anti penuaan. 

SAKURA - Sakura lebih dikenali dengan nama ‘Cherry Blossom’. Selain keharumannya, ianya berkhasiat untuk menjadikan kulit lebih cerah dan mencegah radikal bebas. 

BUAH DELIMA - Delima dianggap sebagai ‘superfood’ kerana kandungan antioksidannya yang tinggi. Ia melancarkan peredaran darah dalam badan dan melindungi diri daripada penyakit jantung. 


Apa rasa Beautyoat ni? Sedap ker? Ianya dalam bentuk pil atau pon serbuk? Sebelum ada yang bertanya, meh nak bagitau. Ianya dalam bentuk serbuk.Yang tak suka jenis telan menelan nih tak perlu risau. Hanya perlu bancuh jer dalam air yang suam. Jangan bancuh dalam air panas plak. Hilang zat nya nanti. Rasanya memang sedap. Boleh amalkan sebelum tidur dan juga untuk breakfast.


Pengalaman sendiri menggunakan BeautyOat? Ehheemmmm...Nampak remaja dan glowing tak muka #makbanyakanak nih...hehehe...Alhamdulillah...dengan peluang yang diberikan oleh Zuraeca Sdn Bhd untuk mencuba produk BeautyOat ni. Sebenarnya bergantung juga pada badan memasing kan. Ada yang serasi dan ada yang tak. Macam saya ni memang tak der masalah. Sejak consume BeautyOat ni memang kurang rasa lapar. Biasalah...BREASTFEED MOM kan. Memang sentiasa lapar. Tapi sejak minum BeautyOat ni, bangun pagi tak der rasa lapar. Badan pon rasa best dan bertenaga. Tak der rasa penat. 

Kalau uolls nak mencuba dan nak tau lebih lanjut pasal produk BeautyOat ni, boleh layari:

Instagram: Beautyoatofficial
Email: babeskin365@gmail.com 

You Might Also Like

11 komen

  1. bagus ni fiza... semakin maju dlm berblog... :-)

    btw, oat ni saya tahu tp xpernah rasa... nmpk bagus ye produk ni

    ReplyDelete
  2. wahh, comelnya fiza
    bagus ey beauty oats ni ^_^

    ReplyDelete
  3. Nampak sekali di wajah Fiza akan keberkesanan dan kehebatan produk ini! :)

    ReplyDelete
  4. Banyak job nampakkkkk haha...

    ReplyDelete
  5. pernah tgk yuyu buat review.blm pernah cuba..
    harganya murah skt kan dari ephyra. .

    ReplyDelete
  6. Wahhhh makin berseri la akak lepas nie...:)

    ReplyDelete
  7. saya suka ESP dan Collagen shaklee..terbaikk sgt!!

    ReplyDelete
  8. Memang tak pernah dengarlah, Fiza. Kalau dengan minum ini sahaja boleh hilangkan rasa lapar, haruslah I pun teruja membacanya.... Kita ni tak BF pun tetap lapar sepanjang masa, acaner nak buat? ^_^

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive