Jenis² Pantang Selepas Bersalin

Wednesday, February 11, 2015

Buat ibu² dan bakal² ibu tu, please take note. Aku pon baru tau. Kalau sebelum ni pantang yang aku tahu selepas bersalin adalah pantang 44 hari. Tak boleh buat kerja berat². Makan kena pantang dan lain² lagilah. Pastu dengan pantang 100 hari. Yang ni aku tau pentang bersama ngan suami. Tapi lepas baca info yang ICE @ Siti Aishah (Certified Confinement Therapist) bagi ni, baru lah aku jelas maksudnya. Kenapa kena pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan juga setahun.

Pernah dengar tak orang lepas bersalin tak boleh makan laksa setahun? Aku follow jugak. Tapi tak jelas kenapa kena pantang laksa. Orang pantang ko pon nak pantang jugak kan. Tapi tak tau kenapa...hahaha...Sekadar merasa tu ada lah sket. Yang aku tau, ianya berkaitan dengan urat. Ok...panjang plak mukadimahnya. Meh baca jenis² pantang dan apa kaintannya.

PANTANG 44 HARI

- Pantang keluar rumah

Tapi skang ni ramai yang langgar pantang. Belum 44 hari dah kluar rumah. aku lettew. Sebab pantang sendiri kan.

PANTANG 100 HARI

- Pantang Suami
- Pantang mandi air sejuk
- Pantang ber aircond
- Pantang angkat benda berat² hatta dukung anak selain newborn
- Pantang kena hujan

Yang ni pon bedal jugak. Mandi jer air sejuk. Water heater tak der. Dukung anak pon sama jugak. Biasalah...beza anak kedua ngan ketiga tak banyak sangat even gap 2 tahun.

PANTANG 6 BULAN

- Pantang makan selagi baby yang fully breastfeed tak start solid food. Kalau tak fully breastfeed pon elok pantang makan 6 bulan supaya badan betul² sihat
- Pantang exercise yang hardcore

Ikut jugak nih. Tapi banyaknya yang langgar lah. So far baby ok...tak meragam. Exercise plak yang hardcore tu tak der lah. Buat kerja² rumah jer.

PANTANG SETAHUN

- Minum berais
- Pantang laksa dan pulut

Ais ni memang tak menahan wei. Nikmat bila dapat minum tu...perghhhh...ko tunggu lah  bila dah berumur nanti...nnggeeee...Tapi tak der lah hari² minum berais. Sampai skang klo makan kat kedai aku order air yang tak berais. Cuma mengicak sket lah air en. bos. Tapi kalau cuaca panas sangat, memang punah lah. Sirap limua ais kurang satu lah nampaknya.  

Kepantangan makan laksa selama setahun plak. Menurut dari komen yang aku baca, laksa ni sejuk. Boleh kembang urat. Sama jugak kot kalau makan pulut. Pulut ni pon aku tak boleh makan banyak². Memang berangin satu badan.

Kenapa perut still buncit? Haaaa...sila salah kan diri sendiri yerp. Perut tak kempis bukan sebab tak diet. Tapi sebab tak buang air besar berhari² masa dalam pantang dan SEBAB TAK PAKAI BENGKUNG DENGAN BETUL. PERUT YANG SENTIASA MEMBUANG DAN DIPAKAIKAN BENGKUNG AKAN KEMPIS. Tetapi...ada tetapi tu. Perut tetap menggerutu sebab kulit tak mampu anjal balik. Sebab tu kena istiqomah berbengkung dengan campuran ubat barut. 

Macam mana nak kempiskan perut? Yang ni best sebab aku pon nak mengempiskan perut yang dah start membuncit nih. Senang jer ubatnya. Kena amalkan herba dalaman yang melawaskan pembuangan air besar. Luaran plak kena pakai girdle waktu siang. Dan bengkung pada waktu malam. Dan.....KENA EXERCISE!!

Masa dalam pantang ketiga² anak memang aku menghadapi masalah nak membuang. Sembelit ko. Memang seksa lagi menyiksakan. Nangis wei dok dalam toilet lelama. Nak meneran lebih², takut terkoyak plak jahitan episiotomi. Ngeri bila di ingatkan balik. Berbengkung plak boleh dikira dengan jari berapa kali pakai. Lebih² lagi masa pantang anak ketiga. Skang bila perut dah buncit rasa macam....nak pakai bengkung balik lah. 

Lepas ni kalau ada rezeki baby lagi...erkkkk...hahahaha...nak pantang betul² lah. Tak nak memain lagi. Nak pakai lama kan. Kena lah jaga. Kesan nya memang kita tak nampak sekarang. Tapi masa akan datang? Fikirlah sendiri. 

Note: Perut menggerutu tu adalah parut yang paling mahal. Bukti yang anak² pernah duduk dalam tu ☺


You Might Also Like

20 komen

  1. salams fiza

    bgs info fiza share dari ice tu... hehehehe comel ayat (note) last tu:)
    akak sampai skrg pon masih pantang mcm kat atas tu
    walaupun tak der anak kecik...dalam ertikata lain petua
    pulut laksa memang tak makan ais kalau teringin sesekali

    ReplyDelete
  2. info yang baik ni....inshallah akan ikut jugok nanti...

    ReplyDelete
  3. heheheh fiza.. kalo bab pantang teringat jue kalo sembelit.. waduhhhh.. tang perut tu malas bebenar nak pakai bengkung.. kalo tungku asyik tungku tilam.. hahahha tilam yang hitam perut tak hitam.. ngeeeee... satu g stokin.. ya ampun malas betui nak pakai.. 44 hari tak keluar susah gak.. kalo anak kuning skit2 kena g klinik.. kalo en hubby keje kena drive sndiri.. acerner???

    ReplyDelete
  4. Fiza, thx info ini, baru jelas entry ini, pantang 44 hari, 100 hari.. n setahun... mmg sebelum ni pantang memain je, skrg dah rasa penangannya.. sakit lutut, cam org tua gayanya... laksa mmg x sampai setahun dah bedal, mmg dah rasa urat2 ni cam tak betul je... rasa sakit dah badan2 ni... pas ni harap dpt pantang betul2 la... sbb mr Hubby willing nak jaga twin..dia tak nak ganggu saya... harap dia berjaya...

    ReplyDelete
  5. Aiii, asyik cerita pasal kehamilan je sejak akhir2 ni. Dah lekat ke Fiza? Ehem2.,

    ReplyDelete
  6. good info.
    malangnya aida tak mengandung lagi da ha ha ha...
    aida time bersalin kan nurin (first baby) memang berpantang 1 thn tau.
    dari ais, kafein and pelbagai makanan.
    memang jaga giler!

    ReplyDelete
  7. Kakak dpt rasa lain org lain cara berpantangnya Fiza
    Terutama bab pemakanan sewaktu dlm pantang
    Ada yg setengah org mak dia kata boleh makan tapi mak mertua kata tak boleh makan
    So terpulanglah cara mana. Yg penting kena jaga hati semua pihak yg menjaga masa berpantang.

    ReplyDelete
  8. sejak folo fb ice ni pun baru kite tau memacam...selama ni main bedal je pantang ikut cemana pun.. kali ni in shaa Allah nak cuba la jugal walau tau x bleh huhu...sbb pantang sendiri :(

    ReplyDelete
  9. tq for sharing..
    tp zaman skarang byk org bahang rambang..x ikut sgt pntang kan.. lya dulu time pntang mmg bengkung 24 hours.. esp time makan.. wajib pkai bgkung sbb x nk bg prt buncit.. tp bab makan ubatan dlm pntang mmg xde lgsung..terpaksa korban tu..sbb kna mkn ubt spital.

    ReplyDelete
  10. Saya pantang betul2 sampai 100 hari.. lrpas tu dah tak pantang dah tapi sampai sekarang saya tak ambik ais lagi

    ReplyDelete
  11. I cuma pantang 44 hari je. Hari ke 45 dah sibuk nak makan segala idaman hati. Hilang segala pantang bagai *_* Masa berpantang anak pertama, ikut semua peraturan. Okeylah, takda nampak 'cacat cela' kat badan berbanding dengan sebelum beranak. Tapi masa pantang si Adik, memang tak berbengkung dan berurut pun lepas tiga hari kot sebab yang ni ke czer. Makanya sekarang ni banyaklah 'cacat cela' kat badan. I rasa pun semangat nak berbengkung bukan main meruap sekarang ni tau *_*

    ReplyDelete
  12. bagus untuk ibu2 yg sedang berpantang dan yg sedang mengandung tu...

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah berjaya.. setakat ni..
    44 hari tu keluar bawa ank p klinik n blk kg tu pon ddk dlm keta j.xda merayap ke lain. risau bby kan. pastu ada mmber suami ckp bg org lain bawa bby tu.baru lg kan.

    100 hri pon alhamdulillah ..
    pantang kena hujan tu tahu sbb mak su ingtkan.
    air cond tu tak.tp berkipas jugak.walauapapon ttp berlengan panjang.

    6 bulan pon alhamdulillah
    mee kuning pon sy x makan.padahal mak su kata dh blh. tak pa la, lgpon dh selalu sgt mkn mee tu haa. tunggu 6 tahun kan. hihi .apa salahnya pantang lebih sikit.lagipon anak sulung..

    setahun.. ais dan laksa mmg dijauhkan skrg. akan cuba.. ais pon pejam celik je tgk.nk nk skrg musim panas.Allah..
    cara nk elakkan dlm esbok mmg xda stok air ais atau ais batu.snng citer..

    alhamdulillah, perut setakat ni ok
    gigih berbengkung n bertungku hri tu

    akak, set tanamera kan.bg saya bagus.hari ketiga sy minum teh dia dh blh mmbuang.so far saya xda mslh sembelit.mmg takut sgt.nsb masa lps bsalin sempat ckp dgn nurse sy x mo milo.ngeri takut baca pengalaman org lain..

    kulit perut pon x byk strechmark.sbb saya sapu minyak kelapa dara tanamera.

    ke anak sulung mmg mcm ni ?

    ReplyDelete
  14. saya anak dah 2 tahun pantang lagi makan laksa dan pulut.
    Bisa jadinya badan. TUe pun curi makan sikit je rasa tekak.
    Takut badan tak tahan la.

    ReplyDelete
  15. Kalo ank da stahun..br nk bbengkung bleh ke.....

    ReplyDelete
  16. sy skrg baby dh 4 bulan lebih. sy pantang laksa je tp ais dgn pulut bedal. kebetulan musim durian. mkn pulut durian. mula2 xrasa sgt. masuk mggu ketiga mula rasa sekok atau org luar pggl sesak dada. mkn ubat angin ubat ape semua xjln. sekrg sy pantang btul2. doc ckp sy kolesterol tggi pulak. yela lps bersalin sy turun berat ckit je. masa mengandung dr 60kg naik 85kg. bila bersalin turun 70kg je. so kolesterol makin menjadi. terpaksa mkn ubat kurang kolesterol. jd kesan dia sakit tubuh pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sedang alami sakit dada n sesak nafas.. semalam teringin sangat nak makan kuih lopez. malamnya baru terasa siap sakit2 badan. doc akan buat apa untuk sesak nafas tu? baby 2bulan fully bf.

      Delete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive