Yuran NURSERY Naik!!!
Tuesday, January 06, 2015
Iyer...dah naik. Tapi naik RM20.00 jer lah. Bagi aku kira ok lagi lah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Tempat lain banyak naiknya kot. Baru tau pon semalam masa nak bayar monthly fees. Tu lah...sapa soh tak datang open day registration kan. Start 2015 ni baru naik. Sepanjang 5 tahun aku hantar anak² gi nursery. Ini lah pertama kali yuran naik.
Tapi aku tak bantah kalau yuran naik pon. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Sebab nursery ni dah upgrade facilities yang ada. Dah pasang CCTV dan juga Punch Card. Curlass ko anak². Kecik² dah kena punch card. Ibu dulu start kerja baru nak belajar punch card tau. Keselamatan anak² pon terjamin sebab dah ada CCTV kan. Dan yang paling penting, Nursery ni berdaftar dengan JKM.
Dari Iman Hakimi 3 tahun aku dah start hantar kat nursery nih. Sampai lah turn qahirah dan juga Iman Qhalif. Memang tak terfikir nak hantar tempat lain sebab owner nya bagus. Staff² pon best. Memang tak berkira sangat. Yang penting, yuran nursery masih dibawah RM300.00 even dah naik RM20.00. Kalau nursery lain tak dapat harga nih. Tapi kalau baby mahal sket lah. Standard rate dengan nursery² yang lain kot. Tapi masih dibawah RM400.00 sebulan.
Ingat tak pasal isu Kenaikan yuran taska dari Persatuan Pengusaha dan Pengasuh Taska Negeri Sembilan ni? Aku tengok harga tu pon pitam wei. Bagi aku yang berpendapatan rendah ni memang mahal nak mamps. Tapi ini ada kenyataan balas dari pihak JKM sendiri. Meh baca.
Tak nampak sangat kan. Dalam twitter tu pon tak jelas sangat. Tapi dengan rajinnya aku taip balik untuk pembacaan uolls yerp. Tapi isi² yang penting jer tau.
Akta taska hanya menjelaskan bahawa bidang kuasa JKM adalah meliputi hal² berkaitan pendaftaran, pembidalan pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan untuk memastikan semua TASKA berdaftar dapat memberikan perkhidmatan berkualiti kepada kanak² yang berdaftar di TASKA. Tiada mana² peruntukan yang terkandung dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1981 (Akta 308) dan Peraturan2 TASKA 2012 yang membolehkan persatuan atau mana2 badan untuk menetapkan kadar yuran kepada pengusaha.
Semua yuran TASKA adalah ditentukan oleh pengusaha sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana² pihak. Ini adalah selaras dengan Akta Persaingan 2010 yang ,elarang apa² amalan yang menyekat, menghalang atau mengganggu persaingan dalam apa² pasaran perkhidmatan atau barangan
Ok...jelas lagi nyata kenyataan nya tu kan. Info ni aku dapat dari twitter JKM sendiri kat [SINI]. Aku dapat info ni dari group WhatApps nursery. Owner nursery yang bagi. Tapi bagi memastikan kesahihan nya, aku godek cari link untuk uolls sendiri refer. Biasalah kan, skang ni Copy and Paste jer. Kisah sebenar kita tak tau. Bila ada link, baru rasa puas hati sket kan.
Panjang lebar plak aku bercerita. Untuk perkongsian kita bersama kan. Pengajaranya...kalau nursery uolls nak naikkan yuran nursery yang sangat melampau harganya sampai cekik darah dengan alasan arahan dari JKM, sila jangan percaya ok. Sekian pesanan khidmat dari #makbanyakanak ☺
Note: Yuran nursery dah naik. Gaji??? Bila nak naik banyak nih??
35 komen
wow... terbaek... siap ade punchkad... cctv tu bagus ada tu... tp serius murah yuran kat situ...
ReplyDeletenursery anak2 ktorg pon naik... mahal lagi abang yg transit darjah satu dari adek yg umur 2tahun, apakah?
ReplyDeletekan..mmg telan air liur tgk yuan banyak gitooo..tp ni so far ok la jugak kan....
ReplyDeletekalau mahal sangat tapi tak dak facilities tak bagus jugak :)
ReplyDeleteyuran taska danish pun naik rm20.. so skang yuran jd rm320.. byr je la..
ReplyDeletesaya yuran darab 3..gigil jer tiap kali nak bayar..redha je lah hehe..
ReplyDeletenasib baik taska anak-anak aku tak terlibat...kalo tak aku pun nangis sama
ReplyDeleteok lah cam tu Fiza..
ReplyDeletebila ade kenaikkan yuran, pihak nursery terangkan kenapa ade kenaikkan.
dan kenaikkan nye pon munasabah. boleh di terima lagi.
bagus lah Fiza dapat nursery yg cam nih. telus.
kita pon senang hati nak membayar kan~
heheh sebabnya ada punch card.. nanti depa nak kira sebulan tu kalo parent ambik lambat kena charge kan..
ReplyDeletestatement yg last betul.. semua dah naik, gaji bila nak naik... huhuhu
ReplyDeleteBesar sikit nk hntr luth nursery gak.
ReplyDeleteKos hdup skrg ni memng letih.
ijat punyer yuran bulanan x naik 2015 ni.
ReplyDeletetahun depan may be naik sebab da naik ke tadika :)
hopefully less than rm300 la jugak kan...
if not, garu kepala la ibu ramai anak ni :) hu hu hu
Hmmm.. Naik lagi ..
ReplyDeleteanak ramai cam akak ni sakit gak fiza.. baby 400 si kakak dia plak 320.. adohhh sib baik yg lagi 3 dah sekolah ..
ReplyDeletehuhuhuh...memang menangis tgk yuran nursery sekarang nie...
ReplyDeletedah 5 thn, baru sekali ni nak naik? mmg ok sgt tu.
ReplyDeleteKemain lagi ya, nursery ada punch card. hehee..tak penah tau pun.
tak sanggup dengar yuran naik!!!!
ReplyDeleteHarga 2015 ni mmg bnyk yg naik.. ban bawa anak2 ke sekolah pun dah naik hhmmm...
ReplyDeletekira okey lah naik sikit jer...kalau naik banyak tu yang makan hatinya..saya pun masih hantar di tempat yang sama.
ReplyDeleteGaji naik pun tak seberapa Fiza kalau nak tampung semua benda yg naik harga tak terbatas dan tak dibendung.. tahu-tahu aje harga baru.
ReplyDeleteZaman anak2 acik kecik dulu..masih senang lagi cari orang datang rumah..waktu kerja sama macam kita pi kerja..sebelum kita pergi dia datang..kita balik je dia pun balik..senang acik rasa macam tu..tapu Alhamdulilla Fiza dapat taska yang bagus..gati pun tenang tinggaljan anak kan.
ReplyDeleteyuran taska tu even naik RM20 masih di kira murah lagi tu.. Alhamdulillah dapat nursery macam tu. At least kurang la sikit risau bila kita kat tempat kerja
ReplyDeletekalau tinggi sampai gitu baik kita benti keja duduk jaga anak kat rumah je kan wuuuu
ReplyDeleteYg tentukan yuran adalah pemilik taska.. Sbb tu lah masa sy dulu, org sibuk nak curi tahu pasal yuran taska kitorang sbb nak banding harga. Buka Kerja parents, tp pengusaha taska sendiri menyamar jd parents..
ReplyDeleteMe tak dpt subsidi taska tau..huhuhu.. tapi dah lama redhaaa... hahaha... mmg yuran taska kt tempat me pun leh tahan, mmg trasa bg yg tak dpt subsidi ni...takpe ... ade rezeki lain buat kite tu...
ReplyDeletemurah lah tu kalo bwh 300.. nursery opis ke swasta?
ReplyDeleteOk lah akak..dah upgrade..ciri keselamatan macam tue yg kita nak.. tak dak la risau tinggal anak kat nursery kan.. =D
ReplyDeleteUntungnya taska tempat Fiza hantar anak tu. Murah la tu kalau bawah 300. Yang penting jagaannya elok. Yg punch card tu paling rare. Senang nak kira berapa parent kena bayar kot.
ReplyDeletenaik demi kebaikan insyallah orang boleh trrima.. jangan naik tanpa sebab hehehe. tpi mmg kena akui skarang semua naik.. huurm.
ReplyDeletemahalnya ye
ReplyDeletesaya anak-anak mujur mak sendiri yang jaga
untung la nursery tmpat akak tu.
ReplyDeleteberbaloi kan bila anak anak kita dijaga sbaiknya bukan snng nk pergi kerja tinggalkan anak lelama..
yang punch card tu.. cayalah
Wah, hebatnya nursery ni! Siap ada punch card. Patutnya makpak yang hantar dan ambil anak pun kena punch card sama. Barulah senang nak detect kalau ada apa-apa hal berlaku di luar jangkaan :)
ReplyDeleteNasiblah I jimat part ni. Setakat ni my kakak masih sedia membantu. Akan datang tak tahulah macam mana sebab my kakak pun bukan muda belia lagi. Anak-anak I pulak aduhai.... keletah mengalahkan King Julian!
memang hebat nursery ni.. harap2 keselamatan kanak2 terjaga. berbaloi dgn facilities
ReplyDeleteMencari pengasuh area sri gombak&batu caves,blh hubungi sy +60103626865( puan eina)
ReplyDeleteTransit rm150
Baby rm300
1-4tahun rm280
Sya mengasuh sndri dirumah,mkn minum disediakan.
Mencari pengasuh area sri gombak&batu caves,blh hubungi sy +60103626865( puan eina)
ReplyDeleteTransit rm150
Baby rm300
1-4tahun rm280
Sya mengasuh sndri dirumah,mkn minum disediakan.