Tips | Cara Menjimatkan Cuti Tahunan 2015

Friday, January 16, 2015



Buat kaki2 berjalan. Dan juga buat orang2 yang cutinya seciput. Memang elok sangt lah ni. Info yang aku dapat dari group WhatsApps. Bagaimana menjimatkan cuti tahunan untuk pergi bercuti sekerap mungkin ?

Tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk mencari masa bercuti tanpa perlu mengambil cuti yang panjang. Berikut adalah senarai slot masa terbaik untuk keluar pejabat.

Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti Hari Wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam.

Slot #2 : Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 18 Februari. 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina.

Slot #3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh.

Slot #4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti
Nota : Ambil cuti pada 5 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya.

Slot #5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 27 & 28 Ogos. 31 Ogos cuti Hari Merdeka.

Slot #6 : Tarikh cuti 16 hingga 20 September. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 17 &18 September. 16 September adalah cuti Hari Malaysia.

Slot #7 : Tarikh cuti 24 hingga 27 September 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 25 September. 24 September cuti Hari Raya Haji.

Slot #8 : Tarikh cuti 14 hingga 18 Oktober. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 15 & 16 Oktober. 14 Oktober adalah cuti Awal Muharram.

Slot #9 : Tarikh cuti 7 hingga 10 November. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 9 November. 10 November pula adalah cuti Deepavali.

Slot #10 : Tarikh cuti 23 hingga 27 Disember. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 23 Disember. 24 Disember adalah cuti Maulidur Rasul. 25 Disember cuti Hari Krismas.

Amacam??? Memang jimat cuti uolls. Tapi cuti ni tak ikut cuti negeri tau.

Note : Tapi kalau bercuti time cuti skolah, memang jalan agak sesak. Harga hotel pon mahal kan. Tu yg kena plan betul2.

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

20 komen

  1. hehehe.. jue plak kalo cuti tak cukup selalu main mc.. hehehhe

    ReplyDelete
  2. bagus tips ni. boleh lah rancang nak berjalan dah. hehe :D

    ReplyDelete
  3. bestnya kalo leh amik sume cuti tu kan..huhuhu...kena gilir2 gak ngan orang lain yg kita kena relief kan...huhu

    ReplyDelete
  4. take note...utk kaki jalan..ehhh i la kaki jalan!

    ReplyDelete
  5. Tahun ni mungkin boleh jimat banyak sebab cuti bersambung dengan hujung minggu banyak.

    ReplyDelete
  6. Tapiii.. [ada je tapinya kan], cuti raya tak best. Sbb raya jumat sabtu. Rugi betul kalo cuti umum jatuh pada hari sabtu.

    ReplyDelete
  7. seronok kan cuti sambung2 macam ni.,. hehehe

    ReplyDelete
  8. kite kan 2 3 bulan sebelum masuk 2015 dh usha dh cuti2..sgt teruk pangai xnyempat kite kan..tau nak cuti jeeeee..ahahaha..

    ReplyDelete
  9. Sana-sini sekarang tengok hari cuti yg special utk tahun ini Fiza
    Kakak ni ala... tak plan awal pun. Tiba masa nak cuti baru kakak plan biasanya
    Anak-anak sekolah dan satu di IPTA memang payah kalau nak cuti serentak..

    ReplyDelete
  10. Housewife mcm Sya ni dah x kisah nak.tengok calendar .. cuti ke x cuti , sama je.. :)

    ReplyDelete
  11. nice info. tahun ni byk cuti yg bersambung2. itu yg best tuh.

    ReplyDelete
  12. lepas ni bagi tips pulak nak dapatkan hotel murah dan tiket penerbangan murah dan jenjalan murah.... hehehehe

    ReplyDelete
  13. Memang bagus ni.. dah boleh merancang dari skrng.. :)

    ReplyDelete
  14. hihi,terbaikk..

    tp belah trg kna tuko strategi sikit

    ReplyDelete
  15. tahun 2015 memang boleh plan jimat2 kan cuti. kalau ada balance boleh bawak ke tahun depan pulak hihihihi.

    ReplyDelete
  16. Aduh, macam terasa pulak. I memang fully utilised my cuti. Lagipun cuti mek sikit jerk - 16 hari setahun. Siksa hidup ni tau. Dahlah kejap-kejap minta cuti dek kerana anak-anak. Kalau macam ni punya cuti bersambung, I rasa tak payahlah I pening kepala dok memikirkan macam mana nak jimat cuti :) Tapi berjalan time cuti macam ni tak bestlah, sesak. Alamat memang kena bersantai kat rumah ajelah yang tak sesak!

    ReplyDelete
  17. yeayyy memang ceq suka sangat la kalau cuti2 berangkai nie akak oiiii...hehehe

    ReplyDelete
  18. thorbaek akak ! details betol. hehhee.. harap2 boleh save AL

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive