Sesi Persekolahan Tahun 2015 Ditangguh Seminggu
Monday, December 29, 2014
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Whatsapp yang aku dapat pagi ni. Dan memang disahkan. Dah keluar kat Berita Harian Online. Hati masih dirundung kesedihan. Mengenangkan nasib mangsa² banjir. Especially anak² yang akan memulakan sesi persekolahan. Ya! allah...sedihnya :-(
Note: Nak update citer happy² pon rasa macam tak sesuai skang ni.
16 komen
alhamdullilah
ReplyDeleteBetulkah ni noks ....
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeletealhamdulillah cuti lagi bebudak ni kan
ReplyDeletetq atas infonyaa :D
ReplyDeletemean dat selangor pon tangguh till 12 jan ker? konpius jap hu3
ReplyDeletealhamdulillahhhh... kalau beginilah perkabarannya... sujud syukur...
ReplyDeletemacam nak balik kelantan jer minggu ni....
ReplyDeleteMasin mulut anak kakak Fiza.
ReplyDeleteBalik kerja petang ini mesti dia serbu kakak dulu nak cakap benda ni
Sebab dia kata "entah-entah banjir ni naik sekolah tangguh sebab buku-buku dan sekolah semua dah rosak"
sembung cuti pun oklerkan... semoga semuanya dapat selesai kan...
ReplyDeletesaya pun ada terbaca pasal ni pagi tadi
ReplyDeletewajar juga dibuat penangguhan tu
memang ramai yang terjejas
Baguslah... sekurang2nya ada sedikit waktu lagi utk bertenang dlm kesibukan urusan awal tahun..
ReplyDeleteAnak2 yg tak terlibat dgn banjir ni mesti suka...
ReplyDeleteMcm mna la persiapan nk skolah. Ada ke baju kasut buku2 semua.. hurm
ReplyDeleteok la dah ditangguhkan sesi persekolahan tahun 2015.. kalau tak kesian la orang yg terjejas dgn banjir..
ReplyDeletedgr kata bg yg xda pakaian skolah blh pakai baju biasa kan
ReplyDelete