Ubi Kayu Rebus Dengan Kelapa
Monday, November 03, 2014
Dari haritu tetiba teringin nak makan ubi kayu rebus. Pastu tengok plak KAK ZAKIE nyer ubi kayu rebus dengan sambal tumis ikan bilis. Memang saling lengkap melengkapi betul gandinga tu. Arrgghhhh...tak bleh jadi nih. Membuak5 nak beli ubi kayu ko/ Kebetulan petang khamis tu ada pasar malam. Elok sangat lah tu kan.
Ini lah hasilnya...UBI KAYU REBUS. bersama gandingannya KELAPA. Makanan orang dulu @ makanan femes jaman jepun. Tak terbuat sambal tumis ikan bilisnya sebab kepenatan menyiang hasil menjala ikan ngan mencandat sotong kat Pasar Pudu. Murah lah wei. Ikan selar sekilo RM10.00 dapat 10 ekor ikan. Sotong plak sekilo RM8.00. Banyak plak tu. Ada besar ada kecik. Jenuh aku menyiang. Erkkkk...lari tajuk plak.
Sambung balik. Nasib ada orang jual ubi kayu kat pasar malam tu, Kempunan aku kalau tak dapat...ekekeke...RM2 untuk seketul ubi kayu. Mahal ker murah? Sebab 1st time beli. Balance kelapa ada lagi tu. Nak buat kuih ketayap lah malam nih ☺
Note: Good luck untuk calon² SPM 2014.
20 komen
Sedapnya ubi rebus! Rasa macam nak makan hari2 :)
ReplyDeleteSaya takleh nak makan ubi selalu, angin satu badan..
ReplyDeleteuwaaaaa.. sedapnyeeee.
ReplyDeletenak makan ubi kayu rebus jugak.
skrg kan musim hujan.. memang layan lah kan ubi rebus nih!
terlio!
sedpanya teringat kat kg
ReplyDeleteHaha... akhirnya kesampaian juga hajat nak makan ubi rebus ye Fiza.
ReplyDeleteMakan dgn kelapa parut+gula+garam sikit macam ini pun sedap!
sedapnya makan ubi rebus denga air kopi:)
ReplyDeletekite suke makan ngan sambal ikan bilis..xpun ikan masin jeruk..slurpppp..sedapnyeeeee..bilas ngan air kopi kg..hadehhhh..
ReplyDeletemmg kecur..
ReplyDeletemana nak cari ubi kayu..pasar tadi berlambak ni...
Sodapnye.. Haza klu ubi kayu rebus mesti cicah ikan gelama masin tu. Yummy.
ReplyDeleteSedp mkn hujan2 gini.
ReplyDeletesedapnya..mkn time2 hujan mmg syok..dh lama giler x mkn ubi kayu rebus ni
ReplyDeleteadoi lama tak singgah sini ni....adoii bak sikit, kecuq liuq ni
ReplyDeletemkn mase hujan2 ni sedapp nyerr..
ReplyDeleteAduh mak! Awak bt sy nak makan ubi kayu la.....mana nak cari ni? Dah lama tak ke pasar. Pasar malam paling dkt takde pulak kat umah sy. Sedih!
ReplyDeletehuh teringin nak makan ubi kayu rebus dgn kelapa dan gula...sedapnyeeee!!!!
ReplyDeleteDah lama tak makan. Mesti sedap
ReplyDeleteRAsa macam dah komen, tapi macam belum.. tapi tetap nak kena cakap sebab duk tatap jer ubi kayu rebus ni nak tembus laptop hahahaa.
ReplyDeletesuka makan ubi ni tapi tu la kalau harini makan esok konpem perut sebu hehehe
ReplyDeletesuperbbbb...kat sini ada org jual ubi rebus ni panas2 cicah ngan sambal ijau..perhhh terbaik...
ReplyDeletepasar pudu? ingat lagi zaman bujang duk dgn abg..dia pun mmng rajin menjala kat situ....memang murah la kot kat sana...sekali mmborong sebulan..huhu
Ish, makan ubi rebus+kelapa+garam-ala-kadar sambil menghirup kopi panas memanglah sedap! Eh, lebih-lebih berangan. I tak minum kopi, teh O je okeylahkan. Patutkan I beli ubi kayu jugak kat NSK? Rasa cam patut je kan....
ReplyDelete