BANGKITLAH!!!
Friday, November 21, 2014
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit!!
Salam jumaat yang indah. Harini nak share perkongsian dari rancangan Semanis Kurma last week. Yang topiknya pada haritu ada lah BANGKIT. Baru hari ni sempat nak karang entry. Buat mereka² yang sedang di uji, meh baca perkongsian ni.
Sesungguhnya perancangan allah itu indah. Ketika kita sedih
dia datangkan bahagia. Ketika kita menangis, dia datangkan senyuman. Ketika
kita di uji, dia datangkan hikmah.
Dalam hidup kita ni, kita seringkali mengeluh. 'Penatlah…tak
laratlah…sampai bila allah nak uji hidup macam ni?' Rupa-rupanya setiap keluhan
ini ada jawapan yang indah dari allah di dalam Al-Quran
1) Ketika kita mengeluh ‘Ya! Allah…susah sangat
hidup ini'. Allah jawab.
Inna Ma’al ‘Usri Yusra
Sesungguhnya di sebalik kesusahan itu ada
kesenangan.
2) Ketika kita mengeluh ‘Apa sabar2 ni. Ingat
senang ke nak sabar?’. Allah menjawab.
"Innallaha ma’as sobirin"
Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.
Allah sayang orang2 yang sabar ni
3) Bila kita mengeluh ‘Aduhhh…penatnya..letihnya..tak
laratnya’. Allah menjawab.
"Wa ja`alna naumakum subata"
Dan kami menjadikan tidurmu sebagai
istirehat. Bila kita bangun ke esok kannya, kita jadi lebih bersemangat.
4) Bila lita mengadu ‘Ya! Allah…serabutnya kepala
otak ni. Stressnya’. Allah menjawab.
"Ala bizikrillahi tatmainnul qulub"
Ingat kepada allah, akan ada ketenangan jiwa.
5) Bila kita mengadu dan mengeluh ‘Ya! Allah..beratnya
dugaan ini. Dah tak boleh nak tanggung dah dugaan yang allah berikan pada aku
ya! Allah'. Allah jawab.
“Layukallifullahu nafsan illa wus’aha”
Allah tidak memberatkan/membebani seseorang
melainkan ada kemampuannya.
6) Kita mengeluh juga ‘Sedihnya, tak seronoknya, frustnya,
kecewa dalam hidup. Dukacita sungguh² ni'. Allah jawab.
"La tahzan innallaha ma’ana"
Jangan berdukacita. Sesungguhnya allah
bersama² kita.
7) Kita mengeluh ‘Bila kita susah. Minta tolong kat
sapa2 pon tapi semua tak nak tolong’. Mengeluh lagi ‘Dulu senang orang datang kat
kita, Bula dah susah? Ya! Allah…tak der sapa nak tolong'. Rupa² nya allah
menjawab keluhan kita. Begitu cantik sekali.
"Ud’uni astajib lakum"
Berdoalah kepadaku, Aku akan kabulkan doa
engkau.
Di samping kita berusaha, teruskan berdoa kepada allah SWT kerana
setiap doa yang kita pohon kepada allah semuanya allah mustajab yakni allah
bagi kabulkan sama ada cepat atau pon lambat. Allah lebih mengetahui apa yang
terbaik buat hamba² nya. Kadang² allah nak simpan ganjarannya di hari akhirat
nanti biar kita istirehat di dalam syurga yang kekal abadi.
Doa supaya ada ketahanan hidup, ada istiqomah, komitmen dan
untuk kita bangkit dari kegagalan. Doa nya adalah dari surah Al-Baqarah ayat
286:
Amalkan selepas solat 5 waktu. Inshaa’allah kita ada
kekuatan. Kita bangkit dari kegagalan. Bangkit dari kekecewaan untuk kita jadi
lebih hebat lagi.
Note: Hidup tanpa ujian, kita tak akan kenal erti KETABAHAN. Hidup tanpa dugaan, kita tak akan kenal erti KESABARAN.
7 komen
terima kasih bnyk fiza atas perkongsian ini...sgt mendalam bagi aku.
ReplyDeletebanyak kata-kata motivasi yang boleh dijadikan panduan...terima kasih..
ReplyDeleteUntuk bangkit, kita perlu yakin pada kuasa-Nya. Cuba lalui hari tanpa keluhan tetapi penuh harapan yg hanya disandarkan pada Allah :)
ReplyDeletemengecap sesuatu kejayaan bukan seperti naik lif. Tekan butang terus naik. Tidak.. Nak mengecap kejayaan pastinya ada pelbagai rintangan, masalah, seterusnya barulah kejayaan dapat dipegang.. Bukan senang nak senang.. Perlu ada usaha berterusan..
ReplyDeleteteringat semanis kurma dua minggu lepas.. tak silap topiknya pasal bangkit..
ReplyDeleteTQ berkongsi ilmu..
ReplyDeleteInsya Allah, akan amalkan secara istiqomah ayat 286 Surah Al Baqarah itu
Terima kasih berkongsi ilmu. Hidup penuh dugaanlah baru best. Barulah kita menghargai kehidupan yang ada...
ReplyDelete