Biasa² jer. Itu jer yang mampu. Nak bagi kad, tak sempat nak beli dan tak sempat nak tempah. Nak bagi hadiah, hadiah dah lama dapat. Hadiah paling berharga lagi. Tu...anak² yang 3 orang tu lah hadiahnya. Selain dari hadiah KASIH SAYANG yang berterusan selama 9 tahun hidup bersama ni. Ehhhh...straight to the point. Ini lah hadiah yang di bakar dengan penuh kasih sayang:
CHOC MOIST CAKE LAPIS CHEESE. Curlass ko jot. Siap ada angka 9 lagi tu. Abaikan lah angka 9 aku yang tak center tu. Keras tangan lagi bab men deco nih. Kali ni aku tambah choc rice. Meriah kek aku tu dengan coklat. Maklumlah...fiza dan coklat tak dapat di pisahkan. Bertambah lah berat badan aku macam ni. Dengan cheese nya lagi dalam tu.
Kebetulan dah lama tak membakar kek. Kebetuan anak² sibuk nak kek. Dan kebetulan jugak anniversary. Jadinya kita buat kek lah untuk somi kita tu. Gigih tak gigi lah #makbanyakanak ni. Malam rabu baru nak membakar. Kononnya nak buat surprise pagi khamis tu. Tapi.....biarlah rahsia...ekekeke...
Kepuasan berganda bila dapat hasilkan kek dari tangan sendiri. Dan kepuasan berganda jugak sebab nak kena mengemas balik...ppfftttt...Ko tau lah bila buat kek kan. Berkecah dapur dengan bekas² untuk di basuh. Nak kena tunggu kek siap di bakar lagi. Nak topping lagi....haishhhh...memang banyak kerja lah. Mata pon dah macam panda sebab tido pukul 2.30 am semata² demi untukmu kek...hahaha...baru sehari tido lewat dah keluar dah panda erk. Sila jangan percaya...ngeeeee...
Note: Orang lelaki dan lupa tarikh memang tak\dapat dipisahkan. Mak redho jer noks *sambillapairmata