TIPS | Cara² Untuk Bermain Dengan Anak Mengikut Usia

Tuesday, October 28, 2014

Parenting tips datang lagi. Especially buat ibu²/bapa² baru atau yang bakal jadi ibu²/bapa² tak lama lagi. Kali ni saya nak share mengenai cara yang sesuai untuk bermain dengan anak² mengikut peringkat usia mereka. Iyer lah…takkan anak tu baby lagi uolls dah ajak dia bermain macam budak tu dah setahun kan. Kalau nak bermain tu kena lah bersesuaian dengan umur mereka.

Kajian menunjukkan bahawa bayi belajar dengan baik melalui bermain. Jika bayi yang sedang bermain, mereka benar² mengembangkan Play IQ mereka. Mereka belajar tentang dunia di sekeliling mereka dan mengembangkan pelbagai kemahiran penting, seperti kemahiran fizikal, kognitif, sosial dan emosi mereka.

Isilah masa anak² dengan memberi mereka peluang bermain berdasarkan permainan yang memerlukan mereka untuk berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya secara positif. Jejaki perkembangan bayi anda pada tahap pembangunan yang berbeza untuk membantunya membangunkan potensi sepenuhnya melalui bermain.

Berikut adalah 8 cara untuk bermain dengan anak anda mengikut perkembangan usia meraka bermula dari 1-24 bulan:


Cara terbaik untuk merangsang pembelajaran bayi anda adalah dengan memberinya permainan yang betul mengikut peringkat perkembangan usia yang betul. Bantulah mereka untuk mencapai tahap perkembangan dalam tiga tunjang perkembangan kanak-kanak:

1. PHYSICAL PLAY IQ adalah ketika seorang anak mengembangkan kekuatan, koordinasi dan keyakinan. Berikan dia mainan yang mendorong dia untuk mencapai, merebut, bangun dan bergerak.

2. COGNITIVE PLAY IQ adalah mendorong kanak-kanak untuk menyentuh, merasa, mendengar dan belajar sambil bermain. Mainan yang memberi inspirasi kepada rasa ingin tahu dan rasa seronok untuk belajar akan membantu mengembangkan kedua-dua kecerdasan dan kreativiti kanak-kanak.

3. SOCIAL AND EMOTIONAL PLAY IQ adalah kebolehan kanak-kanak untuk berkongsi dan mengekspresikan diri dengan yakin ketika dia bermain. Menggunakan mainan yang betul dan bermain dengan kanak-kanak lain akan membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran untuk berkongsi, mendengar dan memimpin.

Untuk maklumat lanjut mengenai Permainan IQ anak anda, tahap perkembangan dan mainan yang disarankan, sila layari www.fisher-price.com/PlayIQ.

Note: Rambang mata kekadang tengok mainan budak yang cangging manggih nih. 


You Might Also Like

20 komen

  1. bagus entry ni fiza,
    banyak yang perlu dipelajari
    tentang psikologi anak-anak ni :)

    ReplyDelete
  2. Gud info sgt..mek pun skang nie mcm "keje" dh die wat..;)

    ReplyDelete
  3. Aku selalu juga kena ajak bermain dgn anak2 ... main zeropoint noks ... hehe

    ReplyDelete
  4. fizaaaa lama kita tak mai sini heheheeh

    ReplyDelete
  5. tapi zaman sekarang ramai mak bapak biar anak main gadget jer.. saya lebih suka bermain sambil belajar dengan nyanyian.. anak saya suka bila kita nyanyi so dari situ dia senang menghafal.

    ReplyDelete
  6. betul2.. mak budak teruja tengok mainan dorang.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang sangat berguna untuk saya. Terima kasih daling..hehe

    ReplyDelete
  8. Kakak ni Fiza anak dah besar-besar tapi still juga main/buat hobby bersama
    Kita bekerja jadi kalau ada masa kena luangkan semampu yg boleh.

    ReplyDelete
  9. selalu buat kt danish, suh dia gerak bdn ke depan, tp sudahnya mengundur.. pastu malas sgt.. grrrr

    ReplyDelete
  10. ajak anak main masak2 la nanti..hehe

    ReplyDelete
  11. Tq for sharing.. baru attend cermah perkara yg sama oleh Play Specialist dari HUKM tadi.. :)

    ReplyDelete
  12. Kalau tgk mainan especially kat ToyRus mmg rambang mata...hehehe

    ReplyDelete
  13. Anak anak dah beso beso...... dah tak kuasa nak main lagi hihi

    ReplyDelete
  14. Thanks for the info.. Nanti ada anak boleh la apply.. ^_^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  15. Setiap point yg awk list tu, saya boleh terbayang mainan fisher price yang mana yang berkenaan.

    ReplyDelete
  16. rasanya dulu time membesar tak ada pun mak ayah buat cemni. pepandai kau la hahaha.. alhamdulillah jadi gak orang yang waras miahaha. ini parenting skills elok untuk ibu ibu bapa bapa di luar sana. nice sharing ^^

    ReplyDelete
  17. Samalah kita. Teruja lebih tengok mainan berbanding anak-anak. Yang nak main budak-budak tapi mak yang buat keputusan mainan apa nak beli. Sangat melampau ^_^

    ReplyDelete
  18. mohon share gambar tu. Cik Iman ada anak 3 bulan. Langsung tak tau nak main apa dengan dia :(

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive