The Versatile Blogger Award | 7 Fakta Pasal SAYA
Wednesday, October 29, 2014
Dah lama kena tag ngan kakak TIHARA kita nih. Mekasih lah kak sebab sudi tag adik aka kyang comel ni *bluekkk. Jadi memandangkan #makbanyakanak ni tetiba otak jadi freeze. Pada hal banyak jer kisah yang nak di ceritakan. Tak per lah. Kita defrost dulu otak kita and kita buat lah task ni dulu yerp.
Apa tasknya? Ni task nya yerp:
- Thanks the person who nominate you
- Provide a link to the person’s blog
- Write 7 facts about yourself
- Nominate 15 blogger to the Versatile Blogger Award
7 Fakta Pasal SAYA
Harus letak gambar #makbanyakanak yang sntiasa perasan comel nih...ahaksss...
1. Saya anak ke 7 dari 8 adik beradik. Menetap di Bangi. Hi! blogger² Bangi. Bekerja di Cyberjaya buat masa ni sampai projek siap. Pasti kita berpindah ke projek tapak projek lain plak yerp. Beginilah nasib pekerja yang selalu berpindah randah.
2. Seorang yang sangat POYO. Korang pon memang POYO jugak kan. POYO maksud aku bukan poyo yang membuatkan orang rasa annoying jer tengok, Jangan salah tafsiran. POYO bagi tafsiran aku adalah Proud Of Your Ownself = POYO. Itu maksudnya. Kita memang lah kena bangga dengan diri kita sendiri kan. Even dah meningkat usia senja, tapi muka masih nampak macam budak baru habis sekolah. Aku lah tu...kahkahkah...Muntah hijo lah korang.
3. Pemalu, pendiam dan penyegan. Tapi kalau dah kenal memang dah tak tau malu dan tak der segan² dah. Dari pendiam terus bertukar jadi tak reti dok diam mulut ko kan.
4. Suka nombor 7 sebab aku lahir 7 haribulan 7 *Sila mark dalam calender yerp..haha...Berat masa lahir 7 paun 7 aun. Anak nombor 7. Kebetulam minat ngan David Beckham yang pakai jersey no 7.
5. Tak suka lipat baju, gosok baju dan juga packing baju. Tapi benda tu jugak yang mesti buat. Tak boleh tak buat. Kalau packing baju lagi lah. Boleh termenung di buatnya...'Nak bawak baju apa?'..'Nak bawak berapa helai?'..'Baju jalan nak bawak ker?'...perghhhh...aku rasa macam nak hangkut jer almari tu. Pada hal balik umah mak/mertua jer pon...ppffttt...Pastu balik dari bercuti nak kena punggah balik baju² dalam bag tu.
6. Suka kucing dan suka tengok kucing. Tapi tak der lah sampai tahap nak membela. Takut tak terbela nanti. Suka tengok aksi² kucing dalam FB Dunia Kucing Group. Boleh tersengih² dan ketawa sorang² di buatnya.
7. Sejak ada blog ni, baru aku sedar yang aku ni ada bakat terpendam. Yakni bakat menulis. Rasa macam pandai jugak aku menulis erk. Ada jer idea nak menulis. Pandai menyusun dan membina ayat...hurmmmm...hehehe...
Ok..Tu jer lah. Sebab nak 7 jer kan. Kalau lebih nanti over plak ko. Rasanya ramai yang dah buat task nih. Kalau yang belum tu, boleh lah buat nih. Kalau rasa tak der idea, pon di persilakanlah buat.
Note: 5S tak habis². Mencik ahhhhh.
22 komen
penyegan pemalu tu sama dan bila dah kenal tak penyegan tak pemalu..hehehe..
ReplyDeletetang lipat baju kita geng.. mencik kan...
ReplyDeleteno 5 saya suka..saya suka..hihi..malas sgt nak buat..tp kena jgk la buat kan...
ReplyDelete:) singgah pagi
ReplyDeleteHoho .. baru tahu ada bakat terpendam ehh .. ohh saya lak suka nombor 8 ... dan nombor 9 .. alasan dia sama .. :)
ReplyDeleteHari ini baru tahu apa maksud POYO tu ... terima kasih ... :)
terus nak komen gambar ko tu.. cantik ko babe.. :))
ReplyDeletehehheheheheh tulisan fiza sangat comel
ReplyDeleteorangnya sangat anngun:):)
Ye saya pun POYO..ahahhaha..
ReplyDeletenombor bertuah 7 lah ni.
ReplyDeleteOhh..sungguh nice translation POYO tu hehe
ReplyDeleteahhahah .. betol lah tu .. saya setuju sangat .. memang sangat sesuai la kalo dapat award ni ..
ReplyDeletepandai kak Tihara pilih ...
tengah cari mana punca rantai award ni **
saya suka nombor sembilan bukan sembilang geeee
ReplyDelete8 adik beradik??
ReplyDeleteramai nya..
saya ada 3 aja...hihihih..saya yg sulung
no 5 saya juga x berapa nak suka . rasa mcm org bodoh jer ... boleh ke ... heh heh
ReplyDeletehaha...baru hari ni tau maksud 'poyo' yang sebenarnya.takpelah sis, yang penting kita hepi dengan diri sendiri.
ReplyDeletep/s: anak pun nak cukupkan tujuh ke?hehehe.
haaaaaa barulah OKje kenal blogger yangkatabanyakanaksangat ni hehe....
ReplyDeleteYelah dalam tak suka tak suka terpaksa gak buatkan.....huh buat ajelah
hehehe kenyataan yg taklah poyo sgt !
ReplyDeleteAda lagi award ni? Ingatkan dah habis.. hee..
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
keje kat com.construction ke fiza? akak ni sape tak kenal kata garang,tp bila dah kenal sebenarnya periang..hehehe
ReplyDeleteTidak kusangka, poyo tu adalah singkatan daripada ayat tu. Adik beradik sama ramai dgn saya. Cuma sy yg ke 8. :p.
ReplyDeleteYelah, sebab berbakat le bleh konsisten tulis blog ye dak?
CT bukan blogger bangi tapi rumah nenek kat bangi.. aci dak ? hahaha.. yang kucing tu samalah. CT suka gila kucing and kalo yang gebus gebus tu mmg nak pelok sokmo. tapi CT cepat semput. tu yang takleh belaaa
ReplyDeleteNo.2, 3 dan 7 tu memanglah kita serupa. Jom nyanyi lagu Abg Jenal Bidin 'Kita Serupa' tahun 80-an dulu. I pun kan kalau tak kerana menulis blog, memang tak tahu ada bakat terpendam. Kuat berceloteh rupanya. Pandai je menyusun ayat, membina ayat dan merosakkan ayat semua. Kira otak ni banyak juga gunanyalah....
ReplyDelete