Segmen Melastik Bintang : Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Wednesday, October 01, 2014
Klik banner kalau nak join ☺
Jawapan aku
senang jer. Kalau nak menambah ilmu, kena lah banyak membaca, banyak belajar
dan banyak cari info. Ilmu tak datang kalau tak di cari. Dan ilmu takkan datang
kalau tak di gali sumbernya. Bukan pasal parenting jer kita kena banyak belajar.
Tapi pasal banyak perkara di sekeliling kita. Even nak gi interview sekali pon
kita kena cari info pasal tempat kita nak bekerja tu kan. Inikan pulak pasal parenting. Ok…panjang plak
mukadimah aku.
Bagi aku,
setiap pasangan yang berkahwin inginkan cahayamata sebagai pelengkap
rumahtangga. Siapa yang tak nak anak kan. Nak jadi ibu bapa pon bukan satu
perkara yang mudah. Lebih² lagi dalam zaman moden yang serba serbi canggih dan banyak cabarannya.
Kalau kita sebagai ibu bapa tak der ilmu, macam mana nak didik anal² kan. Sebab
tu lah ilmu keibubapaan ni sangat penting bagi semua ibu² dan bapa² diluar
sana. Saat lahirnya seorang anak, maka tanggungjawab kita sebagai ibu bapa sudah
bermula.
Sebab tu
perlu adanya ilmu dan kena banyak membaca. Membaca itu sesungguhnya satu
perintah, satu ibadat. Maka, bacalah kerana dengan itu akan terbuka pintu
ketenangan dan kejayaan. Pesanku, bacalah dengan hati yang merendah diri kerana
aliran ilmu itu umpama air yang mengalir, hanya bertakung de tempat yang
rendah. Tadahlah ilmu itu dengan hati yang tawaduk kerana merasai diri tidak
berilmu adalah rasa setiap orang yang berilmu – Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
Aku sendiri
masih dalam proses belajar dan mengumpul ilmu even dah 7 tahun bergelar seorang
ibu…cewahhh ayat haku. Belajar nak mengawal perasaan marah. Belajar nak menjadi
seorang ibu yang penyabar. Belajar macam mana nak tawan hati anak2 dan macam² lagi lah yang berkaitan anak². #makbanyakanak *macambanyaksangat katakana.
Lebih² lagi anak² yang dalam fasa nak naik. Memang sangat mencabar mental,
fizikal dan emosi. Dan kadang² buat aku tak sabar juga dengan karenah anak². Cabaran
bila dah bergelar IBU/AYAH kan. Mana² aura negative macam cepat marah tu aku
cuba nak kurangkan. Kalau hilang terus lagi bagus kan…hehehe…SEMUA ORANG MAMPU
BERUBAH ASALKAN MAHU BERUSAHA kan. Macam tu juga aku.
Sebagai ibu
bapa, kita semestinya nak jadi yang terbaik buat anak². Nak jadi ibu bapa yang
sempurna buat anak² juga kan. Tapi tiada ibu bapa yang sempurna *ayat cliche..haha. Sebab tu
pentingnya ilmu. Aku suka baca blog² atau website² yang banyak bagi tips pasal
keibubapaan nih. Sebab banyak info dan ilmu yang aku dapat. Antaranya:
Sebenarnya
banyak lagi. Tapi kembar Izzue Islam ni…erk….ekekeke…Melastikbintang.com ni nak
3 jer. Ok lah…ini lah pendapat aku kenapa perlu baca blog parenting. Dan
pesanan buat ibu²/bapa² di luar sana dan juga buat diri sendiri:
MENJADI IBU
BAPA YANG MENYERONOKKAN, TIDAK BERMAKNA KITA PERLU MENJELMA MENJADI SEPERTI MALAIKAT.
LAKUKAN PERUBAHAN, (SEKIRANYA MEMANG PERLU BERUBAH) MENGIKUT KEMAMPUAN KITA.
MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK BERUBAH KAN
Note: Kejap jer dah masuk bulan October.
Note: Kejap jer dah masuk bulan October.
24 komen
moning
ReplyDeleteselamat bersegmen n tq for sharing
ReplyDeletesebenanya dlm mdidik anak2 ni..hari2 kita belajar..
lya pon mmg suka baca tips parenting ni...
kt mesti nkkan y terbaik buat ank kan
betul kadang kita bole apply apa yg kita baca pada situasi yang hampir sama.
ReplyDeletebtol fiza, stp ibu bapa yg punya anak perlu ade satu sikap yg mesra dgn anak, bukan anggap anak tu cam org lain..sebab tu perlu ade ilmu dlm didik anak ni.. byk mende pasal anak kene tau, kene memahami tabiat anak2.. kalo yg negatif ade pada anak tu, kite as parent kite jadi cermin yg baik kpd anak2, btol tak fiza... kalo salah tolong tunjukkan...
ReplyDeleteall the best fiza..
ReplyDeletenice...nanti aku nak terjah diaorg jugak..
ReplyDeleteBetul tu noks ... sama2 berusaha utk menjadi ibu bapa yg terbaik utk anak2. Baca blog parenting salah satu usaha juga ... bolehlah kita tahu serba sedikit ilmu keibu bapaan ... gitu..
ReplyDeleteSelamat bersegmen noks!
Dulu ms time Aydin, sy tak amek tau pun bab2 parenting ni. Membaca pun tak nak. Mcm ne? Tp Alhamdulillah, improve diri sendiri demi family.
ReplyDeletegood luck fiza
ReplyDeletesetuju sis, jadi ibu bapa kita kena ada ilmu. bukan je waktu anak lahir tapi dari dalam perut lagi kita ni dah kena gali ilmu untuk didik dorg kan. itu jugak yg selalu kira pesan pada adik2 yang tengah preggy.
ReplyDeletesama lah tengah berusaha mengawal perasaan dan bebai diri sendiri =.=
Sukarnya membesarkan anak-anak.. Begitulah juga sukarnya emak bapa kita dahulu membesarkan kita.. Hidup umpama roda, kini kita pula menghadapinya..
ReplyDeletebukan senang nak jadi ibu bapa terbaik, kena sentiasa tambah & gali ilmu kan.
ReplyDeleteosem kak..jawapn munasabah..iman pon nk try..goodluck kak
ReplyDeletesetuju . kena banyak membaca utk tambah pengetahuan terutama utk membesarkan anak2 yg ...
ReplyDeleteSelamat bersegmen Fiza...
ReplyDeleteinsyaAllah, sy pun suka baca blog parenting..memang memberi banyak manfaat pada sy..:)
AKAK DAH ADA ANAK LIMA PUN MASIH LAGI SURF INTERNET SEARCHING FOR INFO... MAKIN ANAK BESAR MAKIN BYK DAN MACAM2 YG KITA BELAJAR.
ReplyDeletesetuju dengan pendapat akak.. pernah jugak baca blog doktorbudak tue.. nanti nak skodeng yg lagi dua tue pulak..=D
ReplyDeleteParenting adalah satu skill yg kita dapat dari pelbagai sumber...Tgk ibubapa kita, tgk orang lain, tgk kat TV, dengar ceramah..dan termasuklah, membaca.
ReplyDeleteUntuk menjadi ibu bapa cemerlang pasti melalui dulu ranjau suka duka ...susah payah dalam proses mencari nafkah...makan pakai...tempat berteduh...kesihatan dan pelajaran untuk anak2...
ReplyDeleteDalam masa yang sama kena berikan ilmu dunia dan akhirat yang sewajarnya untuk anak2...disamping membentuk keperibadian dan akhlak yang mulia untuk anak2 kita...
Walaupun tak seperfect Nabi ..tapi kita telah cuba sedaya upaya untuk menjurus kearah itu...
InsyaAllah..
all the best kak!
ReplyDeletemestila baca...rasanya sampai bila2 pun kena membaca...walaupun anak dah besar..kita kena didik anak ikut zaman...zaman anak2 tak sama dgn anak2 kita kan nok
ReplyDeleteSalam K.Fiza..
ReplyDeletegood info..selamat bersegmen & good luck :)
Eh, rasa macam banyak je ilmu parenting dapat dari entri ni! Hihihi... Betul tu, betul... saya ni pun banyak sangat anak rasanya. Walaupun dua je, saya ibaratkan menjaga mereka sama macam mak saya menjaga 10 orang anak. Riuh seriuh-riuhnya. Pentingkan ada ilmu keibubapaan ni, takdalah nanti yang buang anak, baling anak, campak anak, dera anak dan terbunuh anak sendiri!
ReplyDeleteCT kekadang bace jugak article article yang kawan kawan bloggers tulis about parenting. paling suka kalau diorang share bab makanan untuk anak-anak kekeke.. terasa macam nam buat nasik lenyek with kentang jugak :p
ReplyDelete