Kenangan Zaman menjadi BUDAK² | Indahnya
Wednesday, October 08, 2014
Apa kenangan indah zaman uolls menjadi budak²? Mustahil tak der kan. Tapi yang pasti, kenangan zaman budak² kita dulu tak sama demgan zaman budak² sekarang kan. Cuba baca senarai kenangan zaman budak² yang aku nak kongsikan. Memang aku garenti korang akan tersenyum² dan mungkin akan tergelak² *macam aku sebab sambil baca sambil teringat kenangan yang kita pernah buat dulu.
1. Buka kipas. Bercakap dan menyanyi depan kipas sebab nak dengar suara bertukar. Atau berlumba dengan adik siapa yang paling lama bertahan menjerit depan kipas. Alaaaaa...macam iklan MAXIS tu...hahaha...
2. Naik kereta, tengok bulan pastu ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle'. Rasa hebat.
4. Masa sekolah ada orang bagi MILO free. Lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur sebab nak amik lagi. Tapi yang ni aku tak buat ☺
5. Lukis butrung guna huruf 'm'
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Tutup peti ais dengan perlahan sebab nak tengok bila lampu dia mati...ekekeke...memang aku selalu buat. Tapi bila anak buat aku marah. Dah tau lah ikut sapa kan...erkkk.,,hahaha...
8. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. Yang ni sampai skang pon buat...wakakaka...
9. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia seba nak tepek tatoo kat tangan. Hahahaha...betul tu. Skang dah tak der chewing gum macam tu.
10. Gigit kulit nugget dulu, kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
11. Koyak tengah² buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampai dan juga origami. Sampai nipis buku ko kerjakan...hehehe...
12. Kawan terpijak kasut skolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
13. Guna buku matematik buat main SOS.
14. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya . Lepas tu tak bagi kawan tiup sebab takut sharpener tumpul.
15. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi air cepat sejuk. Pastu minum dalam piring. Ni zaman aku gi sekolah pepagi. Mak mesti sejukkan air dalam piring ☺
16. Tak bagi kawan korek pensel di kedua² hujung. Nanti mak mati.
17. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang².
18. Susun snek bentuk cincin (super ring) pada setiap jari. Kemudian makan satu persatu.
19. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya. Kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin...ppffttt...
20. Ingat kalau tertelan biji, nanti tumbuh pokon dalam perut.
21. Mesti uolls tengah senyum sesorang bila baca semua kenangan di atas ni kan...hehehe...
Antara permainan wajib zaman budak² (Google pic)
Rindu rasanya nak kembali ke zaman budak². Rindu nak main permainan² waktu kita membesar dulu. Banyak kenangan dan juga banyak aktiviti. Siap kena kejar ngan arwah ayah sebab main sampai tak ingat nak balik rumah. Kelam kabut lari pastu nyorok bawah katil takut kena rotan. Sian gak kat bebudak skang. Asyik dengan gadget.
Note: Dulu siap kutip tin ngan kekawan. Sambil balik sekolah agama sambil mata melilau cari tin. Pastu jual. Bebudak skang malu kot nak kutip tin.
28 komen
lieya bace satu2 senyum sorang2 hahaahah sebab tu laa yg dibuat mase kecik2...mmg kenangan dulu tu...nostalgia sgt2...ye laa dulu mane ade gajet2 cma skrang nieh....mmg mainan kampung ajek laa main.....budak2 skrang mmg tak merase bende ni semua....layan ipad, henset, tab ajek laa heheheehe
ReplyDeleterindu kannn zaman ni!!
ReplyDeleterasanya semua di atas sy buat.Hahahahaha...gile ah...tp kecuali no.20 tak penah terpikir plak mcm tu..ekekke
ReplyDeleterindu zaman kanak-kanak....zaman anak2 sekarang tak sama dah...paling best permainan mcm dalam gambar tu...semua akak main....main tali skipping ....zero point:)
ReplyDeletesemuanya pernah buatttt...hahahha
ReplyDeleteMemang byk kenangan zaman kanak2 kalau nak list down balik.. hehe..
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
No.20 tu, saya sangat percaya. Pernah sekali tertelan biji limau pastu tension macam nak mati rasanya. Siap tak sabar nak tengok biji limau tu keluar ke tidak kalau buang air besar. Erkk, gross! Sadis sungguh!
ReplyDeleteSaya suka curi minyak masak kat rumah pastu cari tempurung kelapa, hidupkan api ala-ala zaman batu (tak hidup pun pastu berlari masuk dapur cari mancis) and then goreng daun pokok jambu. Pastu adalah umat yang kena paksa makan lepas tu. Pura-pura makan pun, bukan dera suruh makan. Dulu-dulu mana ada kes dera kan...
Lagi satu suka buat WWF si spider atas kotak mancis. Oh, alahai..jauhnya beza dengan anak-anak sekarang!
rindunyeee zaman budak2 dulu...semua diatas adalah bende yg kite selalu wat..hehe
ReplyDeletesemua diatas ada lah betul kecuali nombor 10.. hhehehe
ReplyDeletemmg aku senyum2 je baca artikel kau ni :D
kenangan silam yg indah kan...
ReplyDeletemain roundess ngan main tepuk pakau ... hahahhaahaha legend sungguh..
ReplyDeleteKenangan tinggal kenangan..beza sgt dgn anak2 zaman ini. Yg rare ttp pendek akal..main game je la boleh harap. Suruh guna i.q dan kudrat..malas. anyway entri ygvmrnarik.bw here
ReplyDelete1. Simpan daun pokok tapak itik kat celah-celah buku sampai keluar tunas
ReplyDelete2. Main teng-teng/getah gelang sementara tunggu waktu loceng berbunyi masuk kelas
Saman budak mmg best.. zaman yg dirindui...
ReplyDeleteKenangan dimasa kecil dulu memang manis dan tidak dapat dilupakan... cuma yang pasti, ianya tidak akan berulang kembali... :(
ReplyDeleteaaaa ah banyak benda yang sama. bila baca ni terasa macam 'alaaahai dah tua rupanya aku ni..'
ReplyDeletemak slalu sejukkan air kat piring jugak tapi CT memang tak suka air panas kecuali hot milo jadi jaranglah ada scene sejukkan tuh. yang kipas tu sampai sekarang pun CT buat. konon tu mic then melalak depan kipas sebab nanti sore tak sedap pun jadi sedap.. oooemgi no13 tuh..!! hahaha nak gelak !!! uuish banyaklah kalau nak komen ni.
Semua penah buat...kenangan ...hheee
ReplyDeleteHi Fiza! I nominate you to receive Liebster Award. Check out here for more details. Its for fun...and I hope you accept this award! :)
ReplyDeleteNo 8 n 13 plg suka!!
ReplyDeletemmg bess ingat zaman kiecik2 dulu
ReplyDeletebanyak dari senarai tersebut yg akak buat..hehehe
ReplyDeleteHehehe...sama2.. tersengih2 baca..hehehe
ReplyDeletesemua tu memang kenangan yg manis kan fiza
ReplyDeleteComel je time awak muda mudi..hehe. budak zaman sekarang memang dah takde nak kutip-kutip tin ni. Semua pun asyik layan gajet je. Betul tak..hee
ReplyDeletesalam saya najwa,
ReplyDeletedari shah alam seronok membaca kandungan di blog awak
banyak info yang dapat saya perolehi
insyallah.. jika ada kesempatan singgah la ke blog saya. tq mummyfit and healthy
hihii byk yg saya buat :)
ReplyDeleterhb
ReplyDeleteoo... boleh dikatakan semuanya pernah dibuat. yg tiup air dlm piring tu, sgt la nostalgik.
ReplyDelete