Semarak Muhibbah at Symphony Hills Cyberjaya

Thursday, September 04, 2014

Salam pagi Khamis uols. Iols mulakan entry pagi ni dengan hebahan khidmat masyarakat dari tempat ku mencari rezeki. Khas untuk penduduk² Cyberjaya, Putrajaya, Bangi dan kawasan² di Key Ell ni lah.

Adakah dikalangan anda semua peminat UKE @ Ustaz Kazim Elias (Kalau Dah Jodoh)? Atau peminat Ustazah Dato' Siti Norbahyah dan Ustaz Wan Akashah (Semanis Kurma)? Juga peminat Ustazah Dato' Dr Fatma El Zahra? Jom serbu Symphony Hills, Cyberjaya ☺


Tempat aku mencari rezeki @ UEM Sunrise Berhad  akan menganjurkan acara Semarak Muhibbah yang menawarkan penceramah² seperti YBhg. Dato' Dr Ustazah Fatma Az-Zahra, YBhg. Dato' Ustazah Norbahyah Mahamood, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Best kan.

Jadinya...Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersua muka. beramah mesra sambil mendengar ceramah motivasi dari mereka ya. Kalau nak tau, Moderator adalah Farrah Adeeba Mohamed Ashraf. Pengacara TV Al-Hijrah dan juga pemilik butik muslimah NAJJAH. Program tersebut akan berlangsung pada:

Date: 7 Sept 2014, Sunday 
Venue: Clubhouse Symphony Hills, Cyberjaya 
Time: 10am – 6pm
Speakers: Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Wan Akashah, Ustaz Mohammad Kazim Elias and Ustazah Dato’ Dr Fatma El Zahra 

Event Highlights: 

11.30am – 1.00pmExclusive forum with Ustazah Dato’ Siti Norbahyah Mahamood and Ustaz Wan Akashah (Topic: Mencintaimu Hingga Ke Syurga) 
2.00pm – 3.15pmBicara Bersama Ustazah Dato Dr Fatma Elzahra (Topic: Ketenangan Hati) 
3.30pm – 4.45pmSantai Bersama Ustaz kazem Elias (Topic: TBA)
* Light refreshments will be served

Teruja tak? Best tak? Best dan teruja tau. Bukan dengar ceramah jer, ada booth² yang disediakan. Salah satu booth adalah booth jubah untuk lelaki. Sebab semalam terserempak kat surau dengan orang yang nak buka booth tu. Raya Haji pon dah nak dekat kan. Boleh lah berjubah di Raya Haji nanti. Sambil dengar ceramah, sambil kita cukur poket...erkkk...hehehe...Nanti aku update booth apa lagi yang ada. Katanya booth tudung FAREEDA pon ada. 

Kalau datang ngan anak² kecik, aku cadangkan korang bawak baju lebih. Sebab ada swimming pool. Ko tau lah bebudak dan air memang tak dapat dipisahkan. Menggeletis jer kalau nampak pool. Tempat solat semua ada dan selesa. Jangan risau. Datang bawak diri, bawa camera dan monopod sebab korang kaki selfie kan dan juga bawak duit. 

Note: Jom lah datang beramai². Bley kita berlaga pipi ☺☺



You Might Also Like

11 komen

  1. klu sabtu bleh gak pi terjah..sbb sabtu mmg alang2 nak ke putrajaya huhu

    ReplyDelete
  2. semua peceramah2 tu name2 besar mmg ade peminat tersendiri tu...lieya pun suke dgr celoteh dieorg...ustaz kazim tu best..kelako...tak bosan kalo dengar ceramah die....untugn kalo dpt join majlis2 ilmu mcm nieh....pengetahuan dpt, pahala pun dpt....

    ReplyDelete
  3. menarik ni babe.. majlis2 ilmu mcm ni pergi banyak manfaat..

    ReplyDelete
  4. Penceramah yang terkenal belaka nih...Menarik!!!

    ReplyDelete
  5. Kat sini payah nk ada xtvt camni.

    ReplyDelete
  6. Menarik acara ni.. thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  7. Nice sharing.. kalau sempat esok boleh singgah...=D

    ReplyDelete
  8. OO, DAH LEPAS. INGATKAN BUAT KAT MERCU UEM. KALO KAT SITU DEKAT SKIT NAK PEGI. HIHI.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Saya dr uia sangat berminat untuk menjemput ustazah fatima el zahra datang utk memberi ceramah. Saudari ada contact no beliau yang boleh saya hubungi? (: boleh saudari email saya ke anisabz94@gmail.com kalau x keberatan?

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive