Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger!

Thursday, September 11, 2014


Wahai kawan² blog. Mr. Daddy, Ben Ashaari buat segmen lagi. Menarik plak tengok tajuk segmen tu. Kalau uols rasa tak der idea, atau tak der citer, atau blank tak tau nak update apa, meh join segmen ni yerp. Ok...jom mula.

LATAR BELAKANG

Anak² permata hati 

Aku merupakan Ibu kepada Iman Hakimi (7 Tahun), Qahirah (4 Tahun) dan  Iman Qhalif (2 Tahun). 3 cahayamata pelengkap rumahtangga buat masa ni,..Alhamdulillah. Menetap di Bangi. Baru nak masuk 5 tahun jadi penduduk Bangi. Best duduk sini sebab banyak kedai makan. Syurga makanan katakan. Bekerja di Cyberjaya. 

KELEBIHAN BLOG

Aku start blogging tahun 2007. Memula blogging tu sebab tengok kawan² ada blog. Orang berblog ko pon teringin jugak kekdahnya padahal tak tau nak citer apa dalam tu. Tapi bila dah ada blog banyak plak citer nya. Baru aku tau yang aku ada bakat menulis sebenarnya. Apa yang terlintas difikiran, terus aku lontarkan pada blog. Tapi kebanyakan penilisan blog ni banyak berkisar tentang ISU² SEHARIAN, RESEPI, TAZKIRAH, TIPS, PARENTING TIPS, BREASTFEEDING dan macam² lagi. Tapi banyak nya kisah pasal ANAK² lah,  .Nak kata blog aku ni ada kelebihan, aku pon tak tahu dimana kelebihannya. Bercerita kisah anak² jer lah kelebihannya kot...hahaha...Hanya pembaca jer lah yang dapat menilainya. 

IMPIAN

Banyak sebenarnya impian. Nak popular macam BA and Redmummy jugak...hahaha...berangan itu free kan. Ok..sambung citer. Nak tukar domain, nak upgrade blog dan yang paling penting, nak tambah pendapatan sampingan dari blog. Setakat ni hanya bergantung pada Nuffnang sahaja. Skang tengah cuba program affiliate. Tapi kena usaha lebih lagi lah. Alagkah indah nya kalau ada yang sudi bagi job untuk review, advertorial dan yang sewaktu dengannya kan...ok...berangan lagi...ngeee...

Antara job yang aku pernah buat adalah bila aku diberi peluang untuk join Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge. Pengalaman yang agak mencabar. Lepas tu di beri product review untuk UNIQLO berserta voucher beli belah RM500. Rezeki anak² kan. Dan juga bila dapat advertorial untuk Mamee Chef Factory Visit. Itulah di antaranya.Tapi untuk #makbanyakanak *macambanyaksangat macam aku ni agak susah nak buat job luar. Bergantung pada keadaan juga. Faham² lah bilah handbag ada 3 ni kan. 

Kalau nak ikutkan banyak lagi impian. Tapi cukup lah ni. Cuma aku nak kena tingkatkan lagi ilmu penulisan ni dari masa ke semasa. Gittew lah kisah aku...Impian ku, Seorang Blogger biasa² jer ☺

Note: Impian lain, nak jumpa kawan² blog yang belum pernah bersua muka lagi ☺



You Might Also Like

25 komen

  1. fae nak cuba job review huhu belum ada rezeki

    ReplyDelete
  2. Okayh..nnt nak join la..insyaAllah..;)

    Xnak ketemu ngan kite ker???..kihkihkih

    ReplyDelete
  3. Selamat bersegmen fiza...good luck k

    ReplyDelete
  4. Anak2 kita sebaya...adakah kita sebaya? Hihi...

    Nk jugak jumpa blogger2 lain..

    ReplyDelete
  5. hmmm macam nak join jeee.. nak kena cari time untuk mengarang la ni hehehe

    ReplyDelete
  6. Good Luck Fiza..
    moga nasib menyebelahi fiza.. :)

    ReplyDelete
  7. Salam Kenal!

    Dok Bangi ke , dekat la kita. Jumpa akak sekali je masa Mamee.

    Selamat Berblogging !!

    ReplyDelete
  8. moga impian menjadi nyata :)
    Singgah dari segmen yang sama.
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  9. hihiii jom jumpa..hahhaa kena rajin join event nuffnang

    ReplyDelete
  10. Dahsyat jugaklah awak Fiza dapat job dpd berblog ni

    ReplyDelete
  11. Salam Fiza .....Lya singgah baca entry Fiza ...All The Best ya

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum...tak salah bermimipi. tapi jangan bermimpi ja. cubalah jadikan mimpi suatu kenyataan. baru berbaloi bermimpi. nothing is impossible.

    saya pun blogger biasa yang ada impian.

    jom! jadikan "IMPOSSIBLE" kepada "I'M POSSIBLE". hehe

    Saja tumpang lalu sini... :)

    -Ainz Shoppe-
    menowizme.blogspot.con

    ReplyDelete
  13. semoga berjaya .. berangan itu tak rugi demi impiankan.. mana tau jadi kenyataan

    ReplyDelete
  14. Semoga tercapai segala yg dihajati... aamiin. Slmt bersegmen.. :)

    ReplyDelete
  15. Salam ukhwah fillah
    Ade singgah...

    http://bimbinganbelajar29.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  16. Salam perkenalan..
    Smg tercapai apa yg dhajati.
    Gud luck.
    Done follow..
    Jemput ke sini:
    tellingstory1.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Farah pulak kalau boleh nak jadi blogger yg berada di hati setiap readers..wahhh gitu... boleh tak...kih..kih..kih..

    ReplyDelete
  18. jalan jalan jalan.... :) www.dayangdeno.com

    ReplyDelete
  19. nak juga jumpaaaa sis pija rahman ni.. hehe.. semua og kata benda yg sama berblog sbb tgk kwn ada blog dan akhirnya jatuh cinta.

    ReplyDelete
  20. somewhat inspiring. semoga anak2 akak jd teros berjaya. :D

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive