Resepi Sambal Ayam/Daging Bali
Wednesday, September 17, 2014
Resepi datang lagi. Biasalah bila cuti
kan. Masak lah kerjanya. Amacam…kecur ailio tak? Rupa bukan ukuran. Yang
penting sodap hingga menjilat pinggan. Kali ni iols nak kongsikan resepi yang
senang nak buat. Bahan² pon simple jer. Jangan ditanya kenapa namanya sambal
bali. Sebab dah owner nya yang bagi macam ni. Suka suki dia lah khen. 1st time
aku dengar resipi sambal Ayam/Daging bali nih. Terus teruja nak buat. Sila
salin resipi ni yerp.
Bahan² (Untuk Di kisar dan Di perap)
- Daging sekilo. Kalau ayam aku pakai
sekor
- 4 biji bawang merah. Nak letak lebih
pon boleh
- 3-4 batang serai
- Lengkuas. Lebih kurang besar ibu jari
tangan. Bukan jari kaki
- Cili kering 1 cawan
- Kicap manis 1 cawan
* Kisar semua bahan di atas dan perap
bersama daging/ayam untuk seketika.
Bahan Tumisan
- 4 biji *atau lebih Bawang
besar/Bawang kecik dipotong 4
- 4 Batang serai dititik
- Lengkuas besar ibu jari tangan
dihiris
- 5-6 Cili Hijau dibelah hujung
- 4-5 Tangkai Daun Kari
Cara² Memasak
1. Tumiskan bahan² tumisan seketika
sampai naik bau
2. Angkat dan ketepikan dalam pinggan
lain
3. Masukkan ayam/daging perapan kedalam
kuali tadi
4. Tambah Air Asam Jawa dan juga Gula
Melaka
5. Bila bahan2 dah sebati dan masak,
masukkan balik bahan tumis tadi
Senang kan. Terpulanglah sama ada nak
pakai ayam atau daging. Kalau nak buat banyak, agak² lah nak banyak mana bahan²
tu yerp. Kebetulan ayam yang ada jadinya aku pakai ayam. Kononnya nak buat
malam senin. Sekali si ustaz qhalif dah merengek2 nak mengempeng. Aku pon jadi
tak keruan nak masak. Baik stop dulu. Sempat buat perapan untuk ayam. Semalaman
aku perap ayam tu. Pagi semalam baru masak. Sedap wei bila semalaman perap.
Lembut jer ayam tu. Dan terasa bahan² perapan tu meresap masuk dalam
ayam…pergghhh…ayat aku.
Suka suki uols nak masak macam mana
kan. Aku Cuma blender serai ngan lengkuas jer sebab bawang blender ngan cili
kering dah ada. Kalau nak pedas boleh tambah cili api. Bersilat aku kat dapur masa nak potong lengkuas. Keras rupanya
lengkuas ni erk. Aku ingatkan lembut macam halia. Masa memula dulu ingatkan
beli lengkuas tua. Sebab keras nak mamps. Second time beli pon keras jugak.
Memang kejadiaanya keras erk. Sudahnya aku pagai lesung masa nak potong
smalam…ppffttt…
Note: Sekian laporan masakan. Nanti kan resipi akan datang yerp ☺
16 komen
mcm menarik ni.. weekend je lah aku boleh try recipe ko ni babe.. kalau weedays susah aku nak terkangkang kat dapur masak lauk heavy2.. hahaha.. career woman kata ko.. :p
ReplyDeleteboleh tahan senang jugak ni, nak try jugak la
ReplyDeletesedap yerr. thanks share resepi, nak cubalah nanti
ReplyDeleterumah aku ada pokok lengkuas..
ReplyDeletetp aku jarng guna.. payah oh nak g ambil.. keras mcm batu
amboi gitukan ... dah jadi chef ko fiza.. ....
ReplyDeletesenang banget! leh try ni nnt...
ReplyDeleteThanks akak share resepi meletops nie..=D
ReplyDeletemesti sedap kan fiza... hurm... leh try ni.. tapi anak2 twin saya tak makan pedas lagi.. masakan sup ayam ke tompyam ke utk dowang janji tak pedas.. kene wat dua lauk, satu pedas n satu tak pedas utk twin...hahahaa...
ReplyDeletehaiyoyoyoyoyooooo ini sangat mengundang lapar *bingkas bangun menuju ke cafe*
ReplyDeleteMenariknya resepi ni... tq for sharing!
ReplyDeleteSedapnya Fiza.. Hari ni saje dah dapat 2 resepi menarik nak kena try termasuk resepi Fiza ni.. Hubby mesti suka nih.. Btw, lengkuas memang keras yunk.. Sebab tu cukup malas nak masak kalau kena guna lengkuas.. Huhu.. Tapi apa2 pun mesti cuba nih.. Siap salin masuk buku dah pun.. Ahaks! ^^,
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
sedappnya ni macam x payah pg bali .. masak sini makan lg sedapppp
ReplyDeleteFuhh.. laparlah pulak tengok.. :)
ReplyDeletesedapppnya malam2 ni tgk ayammm
ReplyDeleteMacam masak kicap yer Fiza...cuma tambah lengkuas serai tu aje...
ReplyDeletelebih kurang mcm masak kicap jugak kan. Cuma bezanya part lengkuas tu saya letak halia kalo masak kicap. yg lain lebih kurang je.
ReplyDelete