Ustaz Kazim Elias | Tuhan Sedang Menguji Kita

Thursday, August 14, 2014


Iyer...setiap daripada kita tak terlepas dari ujian dan dugaan. Macam mana kita nak hadapi ujian tersebut terletak ditangan kita. Kalau kita memilih untuk menyelesaikannya dengan cara yang salah, maka hasilnya boleh jadi akan merosakkan diri sendiri. Tapi kalau kita memilih untuk menyelesaikan masalah kita dengan cara yang betul, Inshaa'allah akan dipermudahkan olehNYA. 


Buku yang sedang aku baca skang ni dan juga menambah koleksi buku yang sedia ada. Membarakan jiwa dan minda. Buku yang macam ada magnet yang membuatkan aku tertarik nak membeli dan memilikinya. Membaca isi kandungan pon dah best apatah lagi bila membaca keseluruhan isi kandungannya. Tak habis baca lagi ni. Biasalah kan, bila baca novel cepat jer habisnya. Tapi bila baca buku² ilmiah macam ni memang banyak dugaan nak menghabiskannya. Memang Syaiton nirrojim punya keja kan. Erkkkk....nak salahkan syaiton plak ko kan...hehehe...Antara bait² yang terkesan di hati ini:

'Hakikatnya, dunia tidak pernah sunyi dengan mereka yang bermandi air mata dalam menghadapi ujian. Perit, jerih dan pedih terpaksa dikesampingkan malah terus gagah melayari kehidupan walau diri dihimpit ujian. Kekuatan diri itu pasti berpunca daripada keyakinan bahawa ALLAH tidak pernah meminggirkan kesabaran setiap hambaNYA. Ujian yang dilalui bukanlah sia²'

Dan juga ini. 


Tapi sebenarnya banyak bait² yang sangat terkesan. Takkan nak tepek semua kan. Kalau nak tau silalah beli buku ni. Memang best. Sesuai untuk semua lapisan tak kiralah yang sedang bermasalah atau pon tak. Memang tak rugi beli.  

Bertabahlah buat mereka yang sedang diuji olehNYA. Kerana sabar itu indah dan kerana sabar itu cantik. Itu tanda kasih sayangNYA kepada kita supaya kita tidak melupakanNYA. Alarm untuk memberi kesedaran pada kita supaya kita tidak terus leka. Mempercayai bahawa ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Kita tidak berseorangan dalam menghadapi ujian sebab kita ada DIA. EVERYTIME, ANYTIME, EVERYWHERE and NO WAITING LIST. DIA sentiasa ada untuk kita. Cewaaaahhhhh...bila ustajah dah mula berbicara.

Disclaimer: Entry ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Just pendapat dan ulasan aku mengenai buku ini sahaja. Benda yang bagus harus dikongsi. Fullstop!!!

Note: Hati orang, kita tak tau kan. Niat kita lain. Yang disalahtafsirkan lain. Beware saja dengan apa yang ada disekeliling kita. Jaga²...ada yang memerhati.



You Might Also Like

23 komen

  1. UKE ade wat buku?..nie yg nak kene beli nie..thanks for the info..;)

    ReplyDelete
  2. betul.. setiap saat.. kita dalam ujian.. menarik gak buku tu.. bila la nak pi lepak kedai buku lagi..

    ReplyDelete
  3. Saya minat untuk ikuti ceramah UKE di You Tube..

    ReplyDelete
  4. Pengisian rohani yg baik ni Fiza.
    Betul selagi kita hidup tak banyak sedikit pasti ada ujian..

    ReplyDelete
  5. buku2 ilmiah, mmg payah nak habis baca..
    cuba kalau baca novel...punyalah khusyuk baca..hihihi
    itulah tipu daya syaitan + nafsu amarah kita :)

    ReplyDelete
  6. yup..in the end tetap juga kene bersabar kan..

    ReplyDelete
  7. saya minat UKE ni... tak pernah jumpa lagi buku ni... maybe saya tak perasan kot

    ReplyDelete
  8. lya bw cne..mcm pertama kali plak lya singgha cne

    ReplyDelete
  9. tuhan takkan uji diluar kemampuan kita...yang penting kena sentiasa dekatkan diri denganNya kan kak..=)

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya tiap masa Allah tu uji kita kan. Cuma berat dan ringan je. Dan tahap kemampuan kita nak hadapi ujian tu.

    ReplyDelete
  11. mama pun ada buku ni kak... ayah hadiahkan untuk mama.. seronok membacanya

    ReplyDelete
  12. Rajin la fiza membaca kan... idah nie rasanya kalau 1 buku tu mau dekat setengah tahun kot baru habis baca... busyy...! :D (alasan)

    ReplyDelete
  13. kata-kata yang amat terkesan di hati...:-(

    ReplyDelete
  14. sy suka bc buku ni .. rs kesedaran disitu bermula.

    ReplyDelete
  15. Banyak buku2 manfaat n berilmu y fiza
    baca.. lya pom nk cba cri buku2 mcm ni.. drp baca novel je..

    ReplyDelete
  16. Saya ada buku ni...walau dalam kemewahan atau kemiskinan, sebenarnya Allah sedang menguji kita.. ^_^

    ReplyDelete
  17. Sesungguhnya setiap ujian itu pasti ada hikmah kebaikannya... subhanallah.. T kasih atas perkongsian ini Fiza.

    ReplyDelete
  18. itu la kalau buku novel cepat je habis.. buku2 macam ni makan masa. sekurang-kurangnya baca juga dari tak terbaca. bila ujian tu ada buat kita lg sedar akan sesuatu.

    ReplyDelete
  19. Yer btl akak.. kalau kita diuji itu tandanya Allah sayang kt kita.. =D

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive