Peringatan buat PEROKOK² Tegar...Tolonglah!!!!
Monday, August 18, 2014
Especially yang dah jadi BAPAK budak. Yang bakal jadi BAPA dan yang akan berkahwin, please take note. Kalau ko nak hisap rokok sekali pon, tolonglah jangan hisap depan pompuan mengandung, depan kanak² dan juga depan baby. Kalau boleh depan semua orang di sekeliling lah lagi senang.
Aku pernah up entry pasal ni sebab kena kat batang hidung sendiri. Boleh baca kat [SINI]. Masa gi pasal malam. Ternampak lah sorang bapa ni dukung anak dia. Kalau ikut pandangan mata kasar aku ni, umur anak dia dalam setahun. Tapi yang buat aku hangin, dalam masa tengah dukung anak tu boleh dia hisap rokok. Secara tak langsung asap rokok tu pergi kat anak dia jugak kan?
Heyyyy!!! Come on lah bro. Ko nak cari penyakit, silalah cari penyakit sorang². Jangan nak heret orang sekeliling dapat penyakit jugak. Tau tak asap rokok tu bahaya? Lagi bahaya dari orang yang menghisap rokok. Meh baca ni:
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Sumber: [SINI]
Jangan kata asap rokok. Ciuman dari perokok pon boleh membunuh tau. Baca kat [SINI]. Sebab tu kalau aku gi makan kat luar, aku akan cari meja yang jauh dari meja orang² yang merokok. Tapi kalau tak der, terpaksa gak hadap. Pasrah lah ko menahan hidung dengan asap rokok yang bau busuk tu. Sekali ngan baju² ko bau asap.
Google Pic - Renung² kan lah
Tapi kan, perokok² tegar ni memang tak sensitif. Ko dah nampak depan ko ada sebuah family dengan budak kecik, cuba ko stop smoking dulu. Tak mati pon kalau tak hisap rokok dalam setengah jam kot. Aku tau lah merokok tu hak individu walaupon korang pon tau yang merokok tu HARAM. Tapi tolonglah RESPEK dan RESPON pada persekitaran anda.
PEACE NO WAR
Note: Sudah² lah tu. Baik duit beli rokok jadikan duit tabung. Dapat hasilnya. Daripada dapat asap kan.
19 komen
benci gak.. nasib laki ku bukan kaki merokok.. tu perut dia macam winnie the pooh.. hahahahha
ReplyDeleteKalau perokok tegar ni memang susah nak berubah Fiza.. tak peduli langsung orang sekeliling.. anak2 pun boleh jadi mangsakan..
ReplyDeleteramai yang buat2 tak tau yang merokok tu haram
ReplyDeletelepas tu menyesakkan nafas orang jer kan
betul tu. ayu slalu bising kat hubby yg perokok tegar ni. sian anak baru nak hidup dah kena hirup asap rokok. :(
ReplyDeleteJauhilah rokok ni.. mmg tiada manfaatnya...
ReplyDeletekesedaran sendiri lebih mudah, atau orang tersayang mengelakkan mereka dengan mengajak minum sambil rehat-rehat..atau lepas bulan puasa terus berhenti...
ReplyDeleteBENAR sekali tulisan fiza tu...rokok mmg banyak bahayanya...
ReplyDeleteSetuju..cukup sakit ati lihat org merokok tak kena tempat ..nak merokok g la jauh2..
ReplyDeletekadang2 tu geram juga tengok tp nina selalu kena bila duduk rumah. asap rokok ayah kena mata. perokok ni cakap byk kali pun mcm tu jugak.
ReplyDeletesama-sama le ambil peringatan mengenai bahayanya merokok
ReplyDeleteBetul le tu.... :(
ReplyDeletenk share kejadian semlm..g bekpes kt satu kedai mkn ni, bkn mamak la.. ada satu meja tu org bukan bangsa melayu duduk.. laaama sgt, air dh hbs, roti canai dh hbs..tp yg xhabis², rokok dia.. pastu sebatang, sebatang dia bakar.. xkan tak faham sy ada anak kecik, duk mengipas² guna tgn pun masih xpaham lagi.. sy dh siap mkn bru depa blah.. dhla dengan suara kuatnya, dia ingat ni spesis kedai makan kaum dia agaknya.. bukan nk racist, tp sy nmpk kebebalan diorg ni.. minta maaf..
ReplyDeletecik abang memang tengah try nak benti. selalu kalau dia balik mesia mesti singgah beli rokok secarton kat eraman. sebab duty free. murah. tapi skang dia tak nak beli dah. sebab nekad nak benti. tolong lah berjaya. hahha.
ReplyDeleteTapi kakak mereka yg merokok ni tahu cuma mata hati tak terbuka..
ReplyDeleteSyukur suami saya bukan perokok.. tapi ade org lain yg masih tak faham.. dan taknak faham..susah juge nak bg dowang faham kan..coz mende dah sebati dgn diarang... nak wat camner.. sedar sendiri je la jawapnya...
ReplyDeleteSemoga mereka semua diberi hidayah dan terbuka hati utk berhenti merokok...amiin
ReplyDeletesaya kan tak suka sungguh bau asap rokok ni... kdg kan saya sengaja buat2 kibas tangan n tutup hidung dpn dorg.. ehheh jahat tak... adehhhh
ReplyDeletekan sis. geram betoi rasa bila jumpa orang mcm ni. nak pulak kita terheret sama
ReplyDeleteBetul tue akak.. farah pn tak suka jugak bau asap rokok nie.. sesak nafas jadinya..selalunya kalau makan kat luar memang farah akan cari meja yg jauh dari org yg hisap rokok..
ReplyDelete