Perihal KERETA | Bila CHIP TRANSPONDER Tercicir
Wednesday, August 27, 2014
Ini lah masalah orang pompuan. Tau bawak kereta ngan tau isi minyak kereta jer. Benda lain memang tak tau. Isi angin tayar pon baru nak belajar. Tapi aku takut kalau nak isi angin tayar. Takut meletup. Ni kes tertengok video orang tu isi angin belon. Sekali meletup ngan dia skali. Aku tak tau lah viseo tipu atau betul Tu yang saiko sampai rasa seram jer nak isi angin. Jadinya kita tunggu en. bos yang tolong. Ok....sambung citer. Ni nak tanye pemandu² wanita. Tau tak transponder chip tu apa? Macam mana rupanya? Meh tengok nih. Sama² belajar.
Ini lah dia. Benda paling penting.
Kat dalam tu lah tempat dia duduk
Kisahnya. Semalam terbaca blog PB pasal kereta. Teringat kes aku yang masih belum up lagi citer ni kat blog. Biasalah...suma benda nak citer kan. Suka hari aku lah. Kejadian berlaku masa bulan puasa lepas. Nak gi PARAM (Pasar Ramadhan) beli lauk untuk berbuka. Minyak memang dah berkelip² minta di isi. Tapi aku budget lepas gi PARAM baru nak isi minyak.
Dah beli barang suma. Nak balik ke pangkal jalan lah ni. Nak bukak posa kan. Bila nak start enjin keta tak boleh. Dah sudah....ko dah kenapa keta. Banyak kali start pon tak boleh. Suma benda kat dashboard tu menyala. Aku ingatkan minyak dah habis langsung sebab kluar sign gambar minyak dalam teko tu. Tapi tak mungkin lah. Relax...pada hal dah cuak hokay. Try lagi skali start enjin....ppffttttt...tak boleh jugak. Nak buat macam mana nih? Qhalif masih kat nursery. Call en. bos, masuk voice mail plak. Call owner taska, tak jawab. Adoiiii...Call plak cikgu nursery. Minta tolong amik. Husband dia plak tak balik lagi. Time kecemasan macam ni boleh plak memasing tak dapat nak di hubungi. Dugaan...dugaan dibulan puasa.
Pastu pesan kat cikgu nursery kalau en. bos datang amik qhalis ker kan, soh bagitau yg ibu qhalif ni dah tersadai sebab keta tak boleh start. Aku dah tak tau nak buat apa. Dengan muka selamba dan tak tau malu, aku paggil beberapa orang brader untuk tengok² kan keta. Memasing check. Suma ok. Enjin pon ok. Dorang pon tak tau apa puncanya. Tak per lah. Di sudahi ucapan terima kasih lah buat mereka. Siap tanya dok mana nak tolong hantarkan. Tak per...tak per...
Kebetulan banyak kedai keta area situ. Konon nak minta tengokkan keta. Huurrmmmm...memasing ke busy an. Nak raya masa tu. Banyak keta yang nak di service. Tak per lah. Tak lama lepas tu cikgu nursery call. En. bos on the way kat tempat aku tersadai ni. Nasib lah dia balik awal. Lega rasanya sebab penyelamat dah sampai.
Dia check². Tak der apa masalah pon. Mungkin minyak habis kot. Pergi lah beli minyak. Isi dalam botol. Nak menuang sikit punya susah. Pakai botol kan. Dah isi minyak pon masih tak boleh start. Mulalah bertukar jadi Detective Conan kan. Cari punca masalah. Dibeleknya kunci. Ok...dah dapat puncanya. Rupanya Chip Transponder dalam remote alarm keta ni dah tercicir. Jadinya...Detective conan mula mencari. Jumpa pon. Tercicir dalam keta..pphewwwww...Macam mana boleh tercicir? Meh tengok rupa kunci keta:
Ko tengok tu. Ber sellotape kunci tu. Orang ganas memang macam ni. Sampai terbelah kepala kunci tu. Asal nya memang terbuka masa sebelum kejadian tu. Tak tau plak chip tu tercicir. Nasib baik tercicir dalam kereta. Buatnya tercicir atas jalan raya? Mau kena towing keta tu.
Sila amik perhatian yerp. Kalau kunci keta uols dah jadi macam kunci keta aku nih. Pastikan isi dalam nya cukup. Pastikan cip 'IMMOBILIZER' tidak tertanggal atau hilang. Sebab kalau hilang, anda tidak akan dapat menghidupkan enjin kereta. Apa itu IMMOBILIZER?
Immobilizer Keys adalah sebuah sistem manajemen mesin di dalam ECU(Electronic Control Unit/komputer yang mengatur system mobil) yang dapat mengenali singnal yang dikirimkan dari kunci. Hal ini melibatkan penempatan sebuah microchip di kepala kuncinya, dimana chip tersebut adalah sebuah transmitter dan receiver mini. Apabila sinyal tidak dikenali, maka ECU tidak mengirimkan arus sehingga mesin tidak dapat dinyalakan.
Sumber: [SINI] dan [SINI] *bahasa indon sebab aku tak jumpa dalam website BM ☺
Itu lah kisahnya. Pengalaman aku dan kereta. Panjang berjela plak. Next time kalau keta tak boleh start, check apa masalahnya. Kalau semua ok, cuba tengok transponder chip tu. Mungkin rosak atau tercicir.
Note: Banyak gak perihal yg berlaku antara aku dengan kereta nih.
29 komen
oh cips ni..
ReplyDeleteaku ingat jenis kete yg x guna kunci tu..
Isshhhh...keta mahal tu. Aku pakai buatan malaysia jer.
DeleteOhhhh...baru kutahu...bagusla sharing ni...mmg berguna sgt utk kita!!
ReplyDeleteKan...daku pon baru tau.
Deletehuhu
ReplyDeletebaru tau...
Ilmu baru nad ☺
Deletepernah terjadi mcam tu,masa tu kat kampung..memang hilang satu chip tu,terpaksa pulak dari kampung balik jb ambil spare kunci..memang kereta tak boleh jalan...adehhh..stress
ReplyDeleteMemang stress sis. Kunci spare plak tak tau mana letaknya. Nasib dapat cari punca.
DeletePengalaman & pengajaran sungguh tu.. dah lah puasa. Cobaan...
ReplyDeleteMemang cobaan betul abg KK.
Deleteoh gitu kisahnya... saya mmg tak tau fiza bab2 kereta ni, tau start enjin kereta je, tak leh start mula la gelabah, hahahaha... tapi ade gak ilmu kite dpt kan.. hahahaha.. pengalaman tuu..
ReplyDeleteSama lah kita emme. Tak tau sangat pasal keta nih ☺
Deletesyukur alhamdullilah jumpa chip tu...hahaha
ReplyDeletedah tukar tak casing remote tu? :P
Tak tukar pon doc. Pakai yang lama. Sellotape kuat²...hehehe...
Deletedapat ilmu baru kat sini
ReplyDeleteterima kasih fiza
Sharing is caring kak ☺
DeleteTQ for sharing.... serius tak tau pasal benda ni...
ReplyDeleteOoo.. Baru tau gak ni pasal benda nih.. hanks Fiza for sharing.. Lepas ni kalau ada masalah serupa ni kena cek kat kuncilah ye.. Gugugu~~
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
Ooooo...entry bagus ni!kene amik pengajaran disini..
ReplyDeleteDulu pernah kerja kilang buat kunci kereta proton... dan rasanya itulah kuncinya. Ya! itulah sebenarnya fungsi transponder tu...untuk keselamatan sebenarnya, tapi kalau hilang, memang le menyusahkan.
ReplyDeleteTak tau pun.. untung fiza sharing benda nih.. tq dear.. :)
ReplyDeleteBaguslah Fiza dah explore. Kakak ni biasa memang tak pernah ambil tahu..
ReplyDeletekan kekadang benda dpn mata je.
ReplyDeleteperingatan bersama.thanks kak berkongsi ilmu..
tima aksih jga tau sbb singgah mlwat blog.tp sy x dpt nk bls bw huhu
tgh bpntg ni. tunggu lps cuti pntg sy marathon .lama nk cuti ni.jgm lupa saya tau.hikhik..
Oohhh.. tak tau pape pon pasal tuh.
ReplyDeletehuhuhu.. baru pertama kali dengar nih. hahaha
thanks yer sbb sharekan ilmu nih.
kalo tidok sampai bila2 tak tahu.. hahaha
hal kereta nie kena ambik tahu jugak.. kalau jadi sesuatu kat kereta tak dak la mengelabah kan akak..thanks for sharing info nie..=D
ReplyDeletegood sharing sis...memang ramai tak tahu ni!done follow u here.nice blog :)
ReplyDeletebaru tau jugak info ni sis. good sharing antara kite kite yang gegirl ni
ReplyDeleteOwhhhh....
ReplyDeleteYq for sharing
Klo x.. mmg x tahu mnahu lgsung ni
Klau hilang ape yg bleh nk hdup kn enjin
ReplyDelete