Bahang EL NINO Mula Dirasai!!!!

Tuesday, June 10, 2014

Bukan bahang bola piala dunia jewr dirasai. Tapi bahang El Nino sudah mula terasa. El Nino? Apa tu?


El Niño dnd La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. 

Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini. Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini. 

Sumber: [SINI] dan [SINI]

Tapi serious, memang panas berbahang. Nak tido malam pon panas. Kipas dah bukak laju pon tak rasa. Rumah iols tak der aircond. Jadinya mengharap pada si kipas jewr. Sian kat anak². Berpeluh² tido. Kat mak pak pon kesian gak. Tido tak lena sebab kepanasan. Jadi mata panda lah skit hari nanti nih...hahaha...

Memandangkan musim panas ni kan, sila jaga kesihatan. Bila dah macam ni memang penyakit senang datang. Minum air masak 3 liter sehari yerp. Mak pak sakit tak per. Tapi jangan sakit serentak lah. Jangan anak sakit. 

Note: Yeayyyy...draft untuk sponsored post dah approved. Legaaaaaa ☺



You Might Also Like

31 komen

  1. risau je jadi jerebu...sian anak2...nauzubillahiminzalik

    ReplyDelete
  2. betulll, panas sekrang ni..
    kami pun kipas siling bukak paling max tp mcm tak berfungsi.kena tambah lg 1 kipas lagi ni ha..
    pastu ada plak yg tak bertanggungjawab, pi bako sampah plak tgh ari rembang..geram btul!

    ReplyDelete
  3. ohh ingatkan awan nano nano nano nano nano nano nano hehehe

    ReplyDelete
  4. Kat KK ni sekejap hujan sekejap panas noks...anak2 pun cepat demam sebab cuaca tak menentu ...

    ReplyDelete
  5. Salam K.fiza..
    huhu..tu la.. mlm2 sekarang ni dh mula bahang...

    ReplyDelete
  6. ha ah setuju..memang dah terasa bahang nya walaupun di malam hari. bertabahlah ibu bapa sekalian.. ;-)

    ReplyDelete
  7. Hehe..parents pun xblh sakit. Nanti sape nk jage anak?

    ReplyDelete
  8. benar tu di sebelah utara cuaca dh mula kering ...malam berbahang panasnya...kena banyak minum air ni...

    ReplyDelete
  9. Betul tu Fiza ..sekarang ni panas cam membahang gitu ..\Mmmg panas sesgt ..nak tdo mlm pon kalau tak pasang dua2 kipas atas bawah mmg takleh nak tdo ..
    Nak guna aircond si kecik ni takleh pulak sebab selalu selsema bila beraircond..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah ... saya masih x rasa lagi kepanasan tu . tapi mmg dah ada yg perasan lah . Cuma dua hari lepas ada angin kuat tanda nak kemarau .

    ReplyDelete
  11. SAYA ANAK BERANAK DAH TIDO KAT LUAR BILIK DAH NI.. KIPAS DALAM BILIK ROSAK.. :(

    ReplyDelete
  12. Take care yer… Minum air byk2….
    Kat sini pula sejuk yg melampau… Masuk summer, tapi masih kena pakai baju berlapis-lapis...

    ReplyDelete
  13. Betul Fiza ..sejak seminggu ni bahangnya dah dirasai...siang malam panas berpeluh...

    ReplyDelete
  14. tu la panas sgt sampai demam demam dibuat nyer

    ReplyDelete
  15. memang dah terasa bahangnya fiza...harap ianya tkkan kekal lama la kan..

    ReplyDelete
  16. patutlah panas semacam je lately ni. semlm kt area jalan duta ade la jugak hujan, tapi kejap je la..kena pasang aircond jugaklah kalau gini cuacanya..phewwww

    ReplyDelete
  17. risau... catur air mungkin kembali??? owh!!!!

    ReplyDelete
  18. Kena jaga kesihatan elok2 masa musim panas..paling takut kalau dah mula sakit tekak..takut melarat jadi demam dan sebagainya..

    ReplyDelete
  19. kan mmg terasa.mlm mlm beberapa kali terjaga.bawah mata pon dh naik lebam.. leh pi melawat panda nanti.kikiki..

    ReplyDelete
  20. betul tu..cuaca panas sangat..kena banyak minum air kosong....harap² turun lah hujan....

    ReplyDelete
  21. kan... duk rumah rasa dalam saunajer..
    peluh2... tapi elok kot dapat kurus...

    ReplyDelete
  22. betul fiza, bangun pagi dah mandi pun panas lagi

    ReplyDelete
  23. malam ni hujan lebat
    alhamdulillah
    tapi siangnya ya Allah panas menitik peluh

    ReplyDelete
  24. Mmg panas sungguh skrng ni terutama bila waktu petang...

    ReplyDelete
  25. memang dah semakin terasa... haus memanjang..harap dapat bertahan bila bulan puasa nanti

    ReplyDelete
  26. betul la.. el nino ni rasanya mmg dah terkena tempiasnya kat Malaysia. Sbb panasnya nauzubillah. Bgn tidur je rasa badan lemau. Sebab peluh macam tersumbat.

    ReplyDelete
  27. betul..memang membara...je! phewwww

    ReplyDelete
  28. memang dok rasa bahang dah skrg nie.. dah la posa pun nak dekat dah.. huhuhu

    ReplyDelete
  29. mmg dah dirasai pun kan... saya yg mngandung ni terlebih2 panas rasanya...

    ReplyDelete
  30. PFTTT MMG BAHANG SGT² NAK TDO MALAM.. PANAS...

    ReplyDelete
  31. cuaca tak menentu bln 6 ni.. kadang2 panas pastu hujan. malam pun sama. semoga ramadhan ni tak teruk sgt

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive