Jatuh Cinta dengan Daging Kambing

Wednesday, May 21, 2014


Betul lah bak kata pepatah 'Tak kenal maka tak Cinta'. Yer dop. Dulu aku cukup tak suka dengan daging kambing. Dengar daging kambing jer aku allergy. Pada hal rasa pon tak pernah. Bila isyarat dalam kepala tu menghantar signal yang daging kambing tu tak sedap dan bau hanyir, Sedap macam mana pon aku tak makan even orang paksa soh makan sebab sedap. 

Tapi kan, bila buat pertama kalinya aku mula makan daging kambing, Ya! allah...sedap rupanya yerp. Tu pon atas paksaan member office, ZUE. Daging kambing dari Hj Hamzah catering. Memang sedap nak mamps. Daging lembut dan tak der bau kambing langsung. Kalau kat office ni ada event and panggil catering hj hamzah ni memang aku akan tapau lauk kambing dia. 

Skang ni aku dah kemaruk dengan daging kambing. Dah tak heran ngan daging lembu dah. Lamb chop, kari kambing, nasi goreng kambing...perghhhhh...sendiri taip sendiri kecur ailio. 1st time makan nasi goreng kambing kat Ramal Junction Food Court, sedap wei. Tak cukup sepinggan rasanya. Dasar kuat makan khenn. Tak padan ngan badan jecik...ahaks...

Banyak khasiat daging kambing ni kan. Antaranya...daging kambing ni baik untuk kesihatan jantung rupanya. Meh baca nih;


KUALA LUMPUR - Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung.

Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.

Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.

Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.

Gittew lah kisahnya. Kalau dah baca lagi klik jer kat tajuk tu. Ni sebahagiannya saja sebab artikel tu panjang sangat. Kesimpulannya...Jom makan kambing...muahahaha...

Note: Pasal kambing pon boleh jadi entry...ekekeke...



You Might Also Like

29 komen

  1. daging kambing memang best hoiii! dulu pun kita tak makan kambing.. tapi bila dah makan tak boleh benti! pastu sakit kepala.. hikhikhik!

    ReplyDelete
  2. samalah kita.. dulu tak makan jugak... start 2009 baru berjinak2 makan.. sampai la memang gemar...

    ReplyDelete
  3. Kambing punya daging....saya sudah lama jatuh cinta...hehehe...memang terbaik la...

    ReplyDelete
  4. mmg sedap, tapi entah kenapa dari dulu KA x makan dgg kambing ni hehehe

    ReplyDelete
  5. Sm ar dgn sy fiza. Dulu x suka gak bit now dh suka..:)

    ReplyDelete
  6. Salam K.Fiza..
    huhuh...untung la..suka mkn makanan sunnah rasullullah..
    cma jangankan kambing, daging lembu pun cuit2 sikit jer...

    ReplyDelete
  7. Okje pun suka gak daging kambing ni.....hish .... tp daging apa pun okje suka janji halal hehe

    ReplyDelete
  8. kalo tak berbau memang telan gak fiza tapi kalo dapat kambing golek memang tak heran dah bau ke tidak..bedal ajer..sedap tuh..

    ReplyDelete
  9. orang malaysia bila buat kambing mesti pakai santan... kari kambing, briyani kambing.. macam2 lagi... itu yang kurang sihat tu kot..... kalau cara masak guna grilled mmg sihat rasanya.... hehehe....

    ReplyDelete
  10. Fiza.. jue pun dulu sama tak suka kambing.. sekali terasa sebab mama kata tu lembu.. kita pulun makan.. sedapnya.. sekali mama cakap tu embek la.. teruih gurlpp yer ke.. tak rasa bau pun.. sedap giler.. lepas tu terus ketagih nak makan.. tapi tak leh selalu la.. jue mesti sakit pala..

    ReplyDelete
  11. Samelahhhhhh.... Jatuh cinta jgk sejak kerja, mkn kat opis

    ReplyDelete
  12. Kambing pon kambing la ...
    Tapi Lya darah rendah tak makan kambing ...
    Dari dulu mmg tak makan tak tahu ler kenapa ..
    En Hubby selalu suh makan tapi tak jln la Fiza takleh nak makan huhuhu..

    ReplyDelete
  13. Ha ha Che Mid pun sama..setiap kali dapat jemputan marhaban utk majlis aqiqah, sanggup beratur panjang utk dptkan kambing..dulu-dulu tak heran..tapi badan che mid tak macam fiza, senang kembang...camno tuuu..

    ReplyDelete
  14. Saya sentiasa minat makan daging kambing. Bagi saya rasanya lebih nyaman di tekak disamping gizi yang lebih untuk tubuh. Salam kenal Fiza.

    ReplyDelete
  15. teringin lamb chop pulak malam-malam ni, tengok cara masak memang boleh addictef dengan daging kambing ni..

    ReplyDelete
  16. Daging kambing mmg bagus. Saya dulu pon mcm fiza, tak makan daging kambing sbb tak try. Tapi bila try, ternyata saya mmg kureng jugak dgn kambing. Kalo biri2 tu boleh la lagi. Heheh.

    ReplyDelete
  17. sedaplah daging kambing nyum nyum tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii susu kambing saya tak suka

    ReplyDelete
  18. saya makan gitew2 je.cikabe mmg suka bangat..
    sedapkan..

    ReplyDelete
  19. Zura x leh sebarang makan daging kambing nih.. nanti kepala pening.. macam naik kapal jer rasa.. melayang2.. hehehe

    ReplyDelete
  20. aju pun suke sgt daging kambing

    ReplyDelete
  21. Makan dgg kambing klw bbq je. Kalau kari x makan. Mmg sedap bbq kambing dr lembu.

    ReplyDelete
  22. Aku sampai sekarang tak makan daging kambing, tak tahan bau hamis dia....hehe
    Tapi kan kata orang, ikut orang yang masaknya. Kalau orang yg pandai masak daging kambing ni, bau hamis tu langsung tak ada...:)

    ReplyDelete
  23. sedap kan daging kambing...nyum yumm...dulu pun sama gak...rasa tak tahan ngan baunya...terngiang2 bau bulu kamben....hahaha...tp la ni mentekedarah tak hengat..

    ReplyDelete
  24. boleh dikira dengan jari aku makan kambing.. itu pun secubit2 je hahaha
    takut nak makan kambing.. tak tau kenapa.. padahal lebih kurang mcm mkn daging lembu je.. ekekekek

    ReplyDelete
  25. Kambing mmg feveret saya juga.. mmg sedap.. :)

    ReplyDelete
  26. sama jg x bepa suka dgn kambing..tp tengo mcmna cara org tu masak..ada org masak lngsung x da baunyakn

    ReplyDelete
  27. Nabi kita sendiri galakkan kita makan daging kambing dari ayam,ikan itik, ketam bagai tu. tapi itulah susah nak dapat.mahal pula tu kalai beli sekilo dua heee

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive