UNIQLO | Shopping Yang Menyeronokkan Untuk IBU dan ANAK!!!
Friday, April 18, 2014
Ada yang masih tak kenal atau tak pernah dengar lagi tentang produk UNIQLO? Tipu lah kalau tak tau kan. Kalau ada yang tak tau tu, meh nak citer sikit serba sedikit pasal UNIQLO ni.
UNIQLO is a brand of Fast Retailing Co., Ltd. di mana ianya merupakan syarikat runcit Jepun yang terkemuka yang mengeluarkan, mereka bentuk dan menjual pakaian di bawah 7 jenama utama. Antaranya Comptoir des Cotonniers, GU, Helmut Lang, J Brand, Princesse tam.tam, Theory dan juga UNIQLO. Ia juga menitik beratkan pakaian yang berkualiti tinggi, sangat selesa untuk dipakai, reka bentuk yang bersesuaian dan tawaran harga yang hebat.
Antara koleksi² pakaian yang terdapat di UNIQLO. Ada untuk Wanita dan juga Lelaki. Dari gaya santai, ranggi dan juga kasual. Baju² untuk ke pejabat juga sangat lah cantik.
Bukan itu jer tau, UNIQLO juga baru melancarkan koleksi pakaian untuk kanak² dan juga bayi. Design nya sangatlah menarik. Antaranya koleksi UT = UNIQLO T-SHIRTS untuk kanak² ni yang memaparkan 30 tema. Antaranya Disney PIXAR, Hot Wheels, Disney Project Dan macam² lagi lah.
Baby (Thanks LIZ)
Girls (Thanks LIZ)
Kids
Cantik, menarik, terbaik dan tertarik kan. Kalau nak tau, UNIQLO stores untuk Kids ada 13 cawangan kat Malaysia ni. Tapi untuk LifeWear Kids and Baby ni hanya ada 4 stores. Dan yang baru di lancarkan baru² ni adalah di cawangan Sunway Piramid dan juga Alamanda Shopping Centre.
Dengan murah hati aku tepek cawangan² UNIQLO yerp.
Ok...tak nak bebel panjang² lagi. Apa yang aku boleh cakap. Baju² kat UNIQLO ni memang best. Kain yang berkualiti tinggi sebab tengok Qhalif pakai pon rasa selesa. Untuk pengetahuan uols, sempena pelancaran koleksi terbaru untuk Kids/Baby ni, UNIQLO telah mengadakan aktiviti untuk anda dan keluarga iaitu 'PHOTOBOOTH' secara percuma di empat cawangan UNIQLO yagn terpilih:
Date: 12 - 13 April 2014 (Sat and Sun)
Store: Fahrenheit 88 and 1Utama
Date: 19 - 20 April 2014 (Sat and Sun)
Store: Mid Valley and KL Sogo
Caranya mudah sahaja uols. Hanya perlu membeli koleksi pakaian Kids/Baby di UNIQLO. Tak kisah lah nak beli banyak mana pon. Tapi setiap pelanggan berhak mendapat satu sesi PHOTOBOOTH dengan menyertakan resit pembelian. Dan tunggu sampai gambar siap.
Ruang untuk ber PHOTOBOOTH (Thanks LIZ)
Bergambar lah uols ngan anak memasing mengikut gaya bebas yerp. Jangan buat gaya ghairah plak...hahaha...Props semua di sediakan. Pilih lah nak yang mana. Macam² ada.
Frame gambar pon boleh pilih nak design apa. Cute kan. Gambar memang cantik.
Cantik macam ni. Comel tak kami...hehehe...Mak jer yang hover posing. Anak muka selamba jer. Tu pon puas memujuk sebab budak nig tengah bad mood.
Thanks FB Uniqlo
Tadaaaaaa...muka gembira sebab gambar photobooth dah siap. Dapat buat sekeping jewr. Kalau boleh nak berkeping². Tapi apakan daya. Anaknda tercinta dah mengamuk.
Ok uols. Dah baca kisah iols yang happy go lucky shopping kat UNIQLO khenn. Kesimpulannya, We had joy...we had fun at UNIQLO walaupon aku rasa macam nak fengsan sebab uruskan Iman Qhalif secara solo. Tapi puas hati sebab dapat shopping baju anak². Ko tengok ni, gambar pompuan yang hover dan rambang mata posing ngan baju anak ☺
Thanks FB Uniqlo
Yang tengah nak cari baju raya untuk anak² tu, elok sangat lah terjah UNIQLO minggu ni yerp. Pergi kat cawangan Mid Valley atau pon KL Sogo. Bley shopping sambil ber Photobooth secara percuma. Jangan gi tempat lain plak tau.
Untuk maklumat lanjut. Boleh layari website Facebook UNIQLO Malaysia di https://www.facebook.com/uniqlo.my
Note: Phewwwww...habis jugak tugasanku. Ehemmmmm...ehemmmm...muka iols masuk FB UNIQLO. Nak vangga jap...ekekeke...
37 komen
wahh.. jadik model uniqlo ke nih? tak penah lagi masuk uniqlo ni. slalu tgk dr luar je.
ReplyDeletelantak lah klu nak gelak ... first time dgr ... hehehee
ReplyDeletefiza, harga nya cemana?
ReplyDeletemcm mothercare ke?
sori, xpenah soping kat uniqlo huhu
Saya selalu juga ke uniqlo ni dekat sangat ngan opis..suka kemeja n tshirtnyer cantik sangat...
ReplyDeleteko dpt jemputan ke babe? best ar..
ReplyDeletemmg kannn kalau mak2 dah sampai kods dept mmg akan jd rambang mata.. silap2 habis duit kt situ je.. comel lah gmbr korang.. kalau kesempatan aku pn nk try jg lah nnt on that date..
Bestnya noks.......:D
ReplyDeleteWAH.. SPONSOR POST KE NI?
ReplyDeleteWahh menarik juga ni ye Fiza... thanks sharing.. :)
ReplyDeletemuka ada masuk FB uniqlo ye..glamer lepas ni
ReplyDeletedok berhajat nak soping kat sogo jugak ni..
ReplyDeletenanti boleh la menyinggah situ..
cantek2 kan baju label uniqlo ni :)
ReplyDeletewow bestnya.. nak terjah jugaklah.. :)
ReplyDeleteuniqlo brand jepun yg top..harga kat jepun dikira murahan je.. sampai kat malaysia tengok harga agak pengsan la.. tapi kami mmg suka brand uniqlo.. hehe
ReplyDeleteya ampun bestnya gambor segala ni..tak pernah lagi shoping baju anak di uniqlo..
ReplyDeleteSuka sangat Uniqlo. Murah kan.. Haritu kat Tokyo pun cari Uniqlo jugak nak beli sweater baby kita hehe
ReplyDeletesyoknya..
ReplyDeletepi usha2 je la, boleh.hihi
seronoknya fiza, setel hal baju raya anak2 :)
ReplyDeleteamboi murah rezeki Fiza yer,,. done nuffnang dah !
ReplyDeleteWah...syok jugak ye...siap bley bergambar bagai...
ReplyDeletewah sudah bershopping sakan ibu n anak ya...bagus shopping lbh awal nanti xsibuk sgt.
ReplyDeleteSegak aih ibu ngn anak.. cantik2 jugak koleksi baju budak Uniqlo yer akak.. nnti nk try tgk kt outlet Penang ada x.. =D
ReplyDeletesalam k.fiza..
ReplyDeleteseronoknyeee....
alhamdulillah..murah rezeki dlm berblog.. ^^
comeyyyyy
wahh bestnya shopping, terapi minda paling mujarab ni fiza ;)
ReplyDeleteada tgk kat Queensbay...haha oket yg kembung boleh jadi kempis kalau kesana..
ReplyDeletebab membeli memeh ceria beli bju baru katakan heee
ReplyDeleteFirst time dengar brand UNIQLO. Boleh suggest kan ke kawan-kawan yang ada baby ni.. Nice info sis :)
ReplyDeleteX pernah dgr. Hehe...
ReplyDeleteMalu sangat kan? mmg KN tak pernah pun dengar brand ni! huhu
ReplyDeletekalau bab soping barang anak nie. mak pak mesti rambang mata kihkihkih
ReplyDeletehusband akak sgt la minat shopping ka uniqlo ni.... kadang smpi berjam2...huhuh
ReplyDeletex penah dgr pon kak..hihi
ReplyDeletesalam ukhwah...lama x singgah..sebuk dan malas... :D
dah terlepas tarikhnya...kat Mines ada tak?
ReplyDeleteamboi jadi duta uniqlo ler pulok... dah shopping baju rayakerni... akakni belum lagi sempatnyer... nak ke uniqlo tempatnyer suami akak tak berapa nak berkenan lak...
ReplyDeleteehem..ehem... harga dia mcmn? Mahal ke tidok? Bestnya shopping. Kalo ada kat nu sentral harus le takleh dibiarkan, tp takde plak.
ReplyDeletewah menarik la Fiza..tq bagi info ya
ReplyDeleteaida x pernah shopping di uniqlo. time kursus kat mines hotel, penceramah tu inform gi la uniqlo, tiap hari ada offer. tapi tak gi sebab kelas sampai mlm!!! ari tu gi klcc, nampak la uniqlo ni... tak masuk! sebab penat berpetrosains dan beraquaria dgn anak-anak... duit da abis ha ha ha...
ReplyDeletemmg vangga la kan. hihihi
ReplyDeletemenarik je brand ni