KEBAHAGIAAN Dalam PERBEZAAN

Thursday, April 03, 2014

Tak best entry tanpa gambar kan...haha...Dia SUAMI  saya dan saya ISTERI dia. 

Perkongsian pagi di IKIM FM dari seorang Ustaz pagi semalam. Tersengih² aku mendengarnya. Ni nak share ngan uols semua. Mengenai KEBAHAGIAAN dalam PERBEZAAN

Buat SUAMI, kalau ISTERI lari dari rumah. Paling jauh pon dalam bilik jer dia menyorok. Bukan mengada², tapi minta SUAMI datang dekat dia...pujuk. Orang perempuan ni kan suka dibelai manja dan dipujuk mesra...tak gittew. ISTERI plak, kalau SUAMI panggil 'oooiiii', itu tandanya mesra. Bagi kita kasar, tapi bagi mereka gurau senda. Jangan sentap plak yerp.

Pesanan buat ISTERI. Kalau SUAMI bercerita tentang masalah yang sedang dihadapi, si ISTERI tolonglah jangan menyampuk. Tugas kita hanya mendengar. Kalau kita menyampuk, bukan selesai masalah tapi menambah masalah. Pesanan buat SUAMI pula, kalau isteri bercerita tentang masalah, silalah menyampuk...bagi pandangan. Sebab ISTERI akan rasa seronok.

Nampak tak pointnya di situ? Kita ni berbeza dengan pasangan. Sebab tu kena saling lengkap melengkapi, SUAMI kena faham ISTERI dan ISTERI kena faham SUAMI. Perbezaan tu bukan halangan untuk BAHAGIA kan. SUAMI tak boleh bahagiakan diri dia sendiri atau ISTERI tak boleh bahagiakan diri dia sendiri. Itu get lost namanya...kata ustaz. Maknanya...kita kena saling membahagiakan antara satu sama lain. 

Note: Mahal betul tong air erk. Memang amik kesempatan betul peniaga ni tau.



You Might Also Like

52 komen

  1. setuju tu fiza...barulah aman rumahtangga kan..

    ReplyDelete
  2. Fiza, i love this entry. dah like kt fb u pun. Siap printscreen wassap kat husband. hahaha

    ReplyDelete
  3. suami isteri memang perlu saling melengkapi.. cuba nak belajar untuk saling melengkapi tuh amik masa sket kan. hehehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak fiza, wahh bagus sekali entri ni. hehehee tersengih sheila baca. ehh tong isi air memang tengah mahal kak oi. tensi nak beli T_______T"

    ReplyDelete
  5. Sweet couple gitu.....semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.....:D

    ReplyDelete
  6. suka sgt status fiza ni smlm... :)

    ReplyDelete
  7. I really like this statement..tq dear for sharing...:)

    ReplyDelete
  8. Perbezaan itulah nikmat yg Allah kurniakan agar kehidupan kita semua lebih melengkapi antara satu dgn yg lain.. begitu jugalah dlm hubungan rumahtangga & kekeluargaan.. klu semua minat sama, semua taste sama je pun tak best juga.. pss.. macholah abg atas moto tu hehee.. nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  9. betol ... moga Nat ketemulah lelaki yang melengkapi satu sama lain ... ^_^

    ReplyDelete
  10. betul2.. di sebalik perbezaan itulah membawa kebagian kan...

    tong air kt sana berapa?

    ReplyDelete
  11. hehe lya tak kawin lagi..blm dpt merasainya

    ReplyDelete
  12. tak jauh mana nak merajuk sebab dalam merajuk dok fikir pasal anak2, suami.. sebab hanya ISTERI yang tahu duduk letak keadaan dalam rumah tu.. ;)

    psstt: perkara biasa kita jumpa bila dilanda musibah pasti ada yang cuba menangguk di air keruh.. :(

    ReplyDelete
  13. kena saling memahami baru rumahtangga bahagia..lucu pula bila dgr isteri merajuk lari masuk bilik jer..

    ReplyDelete
  14. betul tu kak....perbezaan sikap tu la yg sebenarnye saling melengkapi antara satu same lain kan....yg diam pair dgn yg kecoh...so baru harmoni rumah tangga...kalo same2 kecoh kang mau bingit rumah kaakakakaka

    ReplyDelete
  15. nice sharing. saling lengkap-melengkapi dalam perbezaan :)

    ReplyDelete
  16. Hehe.. setuju sangat lah tu... kalau isteri cerita masalah, suami pulak tak menyampuk, rasa cam suami tak ambik berat...

    ReplyDelete
  17. Kehidupan suami isteri ni, ada masa bila dekat gaduh, bila dah jauh, tau pulak masing-masing rindu. Hehe

    ReplyDelete
  18. Saya nampak rasionalnya disitu... Sebagai lelaki saya akui kebenarannya, dan kenalah nampaknya ikut apa yg disarankan utk wanita... Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  19. kadang2 rasa rasa kan.... karektor saya dgn suami terbalik. Saya ni kalo sebut hoi sbb nak mesra. Dan kalau saya cerita apa2 saya tak suka suami menyampuk atau bagi solution. Dia plak sebaliknya.

    ReplyDelete
  20. ya kita saling melengkapi, saling mengimbangi.. Inshaallah kena selalu bertolak ansur ..sgt macho itu gambar cik abg ngan motorbikenya

    ReplyDelete
  21. tiada siapa yang sempurna.. maka, kita hendaklah saling melengkapi..

    ReplyDelete
  22. betui tu, bertuah dapat laki yang pandai pujuk ni..
    itulah seni rumahtangga kan fiza :)

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. tengah belajar kongsi gelas minuman..sunnah nabi kan..baru je tau..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  25. perbezaan itu membahagiakan . persamaan mungkin akan jadi bosan .

    ReplyDelete
  26. wahh bagus n3 ni fiza...mmg berbeza tapi boleh kekal bahagia...

    ReplyDelete
  27. Betul mama kalau merajuk pun masuk bilik je... tak le sampai lari dari rumah heheheh

    ReplyDelete
  28. Kadang2 tu memang sentap jugak fiza... biasa lah orang pompan ni kan bab gediknya, mengade2 nya dan manja nya..melebihi dari budak2...

    Sikit2 sentap, sikit2 emo, sikit2 terasa...jauh hati, iri hati macam2 lah dengan suami ni... tapi ada yang suami tu memang faham...tapi jenis buat2 tak faham tu yang lagi menyentap nya...

    Lepas baca info ni...harap2 para SUAMI dan ISTERI diluar sana faham2 lah yer...ambillah peranan masing2 sebaik mungkin..

    good info Fiza..

    ReplyDelete
  29. Allah mmg ciptakan yg berbeza tp dekat dihati msg2 :)

    smg akak bahgia sampai syurga, amin :)

    salam kenal kak :)

    ReplyDelete
  30. memang beutl..kalau semua sama..bosan plak kan

    ReplyDelete
  31. Suami dan isteri kena saling tolak ansur.. kalau ade perkara yang mengecikkan hati tu, cepat2lah setel jgn sampai pendam dan meletus bila dah menggunung mcm gunung berapi.. :D

    ReplyDelete
  32. nice sharing kak. tips yg berguna bagi yg dah berumahtangga. juga kpd yg akan berumahtangga :)

    ReplyDelete
  33. Setuju sangat2 akak.. dalam rumahtangga kena saling bertolak ansur baru boleh bahagia..=D

    ReplyDelete
  34. kekurangan kita dibalancekan dgn kelebihan dier.. apapun dalam rumah tangga kena terima psgn seadanyer !

    ReplyDelete
  35. pernah jugak lari dari suami. dia dalam bilik, kita merajuk tido kat hall hahaah

    ReplyDelete
  36. yang pompuan pun kadang2 jangan mudah tersinggung dan senang sangat emo.tu yang selalunya pening melayan. tapi apa yang dikongsi di sini, harap2 dapat membantu masa dah berumah tangga nanti. :)

    ReplyDelete
  37. bila baca ini buat saya ketawa senang hatilah

    ReplyDelete
  38. perbezaan itulah yg akan buat kt jadi sepahamankan... tp kdg lelaki mmg ssh nak paham jiwa kt...

    ni shawl yg sama tu, hihihi.. boleh pulak sama yer..

    ReplyDelete
  39. perbezaan sikap manusia sendiri membuat hidup seindah sang suria pagi. :)

    semoga berkekalan hingga hujung nyawa. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  40. Betul sgt tu… Kita org pompuan ni suka bagi hint, malu nak cakap direct… hihihi, dgn siapa lagi nak bermanja kalau bukan suami sendiri :)
    Alahai, dah la xde air… nak beli tong pun kena pau...

    ReplyDelete
  41. Betul tuh kak...suami dan isteri memg jauh beza cara dan sikap diorg...memg x sama

    ReplyDelete
  42. a'aa kan, betoi jugak kata ustaz tu.. hihi saya plak senyum2 baca entry ni :-)

    ReplyDelete
  43. betul jgak..
    a’aaa..mmg mahei benor.

    ReplyDelete
  44. Salam,
    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkunjung ke Relaks Minda dan menghantar entri ini sebagai Entri Pilihan Terbaik anda untuk dikongsikan dalam segmen Komen Entri.
    Semoga sedikit ulasan dari perkongsian anda ini dapat memberi manfaat bersama. Terima kasih sekali lagi... ikuti komen entri anda ini di sini :
    http://relakssminda.blogspot.com/2014/04/kata-ustaz-berbeza-bawa-bahagia.html

    ReplyDelete
  45. suka sgt ayat tu. mmg ada kebenarannya. part mengada n manja tu x tahan. hihi. tp kena buat 2x dlm sebulan. ni mmg ada dlm jadual. sbg pengikat kasih syg. tp x elok dibuat setiap hari, nanti suami jd jemu n loya. romantisnya bila dah berumah tangga, pelbagai rasa ada. super feeling!

    ReplyDelete
  46. suka sgt ayat tu. mmg ada kebenarannya. part mengada n manja tu x tahan. hihi. tp kena buat 2x dlm sebulan. ni mmg ada dlm jadual. sbg pengikat kasih syg. tp x elok dibuat setiap hari, nanti suami jd jemu n loya. romantisnya bila dah berumah tangga, pelbagai rasa ada. super feeling!

    ReplyDelete
  47. rasanya tak semua suami mahu ikut petua pertama tu.macamlah susah sangat nak pujuk isteri.tak romantik langsung.hehe,

    tapi keserasian bergantung kepada rasa hormat dan sanggup mengalah dan cuba memahami.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive