Catuan AIR Peringkat 4 | Bersiap Sedialah Orang² Bangi!!!

Wednesday, April 02, 2014


Dari catuan peringkat pertama sampailah peringkat ketiga. Kawasan Bangi dan sewaktu dengannya terselamat. Tiada dalam senarai. Senyum meleret iols. Sekali bila masuk peringkat ke empat ni. Bangi termasuk plak dalam senarai. Terus termenung. Ok...operasi mencari tong air akan bermula. Untung lah tokei kedai tong. Suka suki naikkan harga kan.

Sebelum ni my dear hubby ada bagitau memang akan ada catuan air peringkat ke empat ni. Dan akan di catu sampai air empangan kembali normal. Effect nya pada aku, my dear hubby kena standby sampai hujung bulan nih. Sian tau. Iols pon kesian gak sebab hari² kena hantar kimi gi skolah. Agak kelam kabut sket lah bila kena handle anak sesorang di waktu pagi kan. 


 JADUAL CATUAN BEKALAN AIR 
  • Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air (Zon 1 bergilir dengan Zon 2; Zon 3 bergilir dengan Zon 4) di peringkat masing-masing 
  • Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari pertama zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu. 
  • Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari pertama zon tersebut dijadualkan tiada air. 
    Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu. 
  • Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar 
    pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan. 
Sumber: SYABAS

Jadinya...kena selesaikan hal² rumah sampai hari sabtu ni. Sebab ikut jadual hari ahad ni Zon 3 start catuan. Kena basuh baju bajan. Kena pesan kat anak² jangan berak....hahaha...gurau jer. Kena pesan jangan main air. Mandi kena ala kadar. Kena beli pinggan dan cawan plastik gak ni. Nak jimat air katakan. Bertabahlah buat mereka yang terlibat termasuklah iols. Biar tak der letrik dari tak der air. Orang yg ada anak² kecik macam aku ni terasa jugak lah. 

Note:  Sama² lah berdoa supaya air empangan kembali penuh. 



You Might Also Like

29 komen

  1. xde dlm senarai..tapi area berdekatan semua kena...haish..kena simpan gak air sikit2 ni..takut2 terkena tempias...

    ReplyDelete
  2. moga kembali ok la hendknya...dgr kat melaka pun nak catu nnt... : (

    ReplyDelete
  3. Dari awal bulan 3 lalui tau..hehehe tapi so far air keluar cuma macam lidi jek..kena rajin menadah la...

    ReplyDelete
  4. Selamat menjadi ahli kelab catuan air... :)
    Buatlah persediaan yang sepatutnya. Biar lebih kerana kadang kala xikut jadual sebab tekanan, lokasi dan paip pecah! Naik hargalah tong air di Bangi nampaknye...

    ReplyDelete
  5. Zura dh kena masa peringkat ke 3.. memula memang hazab sbb kita tak tau nak standby air byk mana.. skrg dh pandai bajet dh.. hehehe

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH.. BUAT MASA NI MELAKA MASIH CUKUP AIR..

    TERINGAT MASA SAYA KECIL-KECIL DULU, MELAKA KENA CATU AIR.. NASIB DUDUK KAT KAMPUNG, ADA AIR PERIGI. TAPI PAGI-PAGI NAK MANDI MEMANG SEJUK YA AMAT..

    ReplyDelete
  7. tgh riso gak ni
    ada peringkat ke 4 plak dah
    riso terkena huhu
    btul, bior ke takde letrik jgn xde ayor

    ReplyDelete
  8. Shah Alam pun sama Fiza.. catuan dilanjutkan selama 1 bulan lagi huhuhu..

    ReplyDelete
  9. kalau dimaklumkan awal-awal akan bersedia..akan buat simpanan air...kalau tak dimaklumkan memang naya.

    ReplyDelete
  10. kena tadah air tuh.. susah kalu air takde.. huhu

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah...tempat saya masih lagi spt biasa...kesian pulak bila kena bercatuan macam nie...mesti payah kan...

    ReplyDelete
  12. fiza, tahniah menang ga kt blog intanberlian :) dpt kak ngah baju baru :)

    ReplyDelete
  13. Tulah tu .....sebelum ni mmg Ok jer .....takut kali ni kena pulak huhu

    ReplyDelete
  14. selamat berjimat menggunakan air...

    ReplyDelete
  15. catuan yg lepas kat sini tak kena wpun dlm jadual tu ada . yg ni tak tahu lah . tapi still ready lah ...

    ReplyDelete
  16. susah betul kalau air dicatu bekalannya ya...tapi nampaknya hujan mulai turun setiap hari di kebanyakan tempat...xlama lagi masalah air pasti selesai...

    ReplyDelete
  17. Tempat saya pun teruk juga.. smlm & hari ini ada air tp esok tak ada utk 2 hari.. mcm tulah .. harap2 selesailah permasalahan ini segera.. aamiin..

    ReplyDelete
  18. takot jugak ni..kot terkena area umah haru rasanya..tong pon tak stanby..

    ReplyDelete
  19. salam k.fiza..

    huhu..bersiap sedia.. kat umah cma pernah sampai 3 hari dicatu..kalo kut tarikh 2 hari je..
    amin...

    ReplyDelete
  20. susah betul kalau xde air ni kan,,, lagi2 kalau ada anak2 kecil

    ReplyDelete
  21. kira tak kena catuan air. tapi dua hari ritu takde air sebab paip pecah memang kelam kelibut jugak la. dengan takde tadah air lagi. mujur ada tangki. boleh la mandi sorang sikit. bila nak yiyak tunggu sampai opis kihkihkih

    ReplyDelete
  22. setakat ni belum kena lagi. Harap2 mmg tak terlibat la kawasan umah saya,

    ReplyDelete
  23. nasib baik la taman noe tak ada dalam list tu...tapi kena berhati2 gak...dah tampung air pun

    ReplyDelete
  24. bertabah la yer akak.. ssh kan kalau tak de air nie.. harap2 keadaan akan pulih seperti biasa..

    ReplyDelete
  25. bersabarlah semua ini salah satu dugaannya :)

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive