Tanyalah Ustaz Khas dan Al-fatihah buat 529 Penyokong Ikhwanul Muslimin

Wednesday, March 26, 2014


Sedikit perkongsian ilmu. Semalam aku berkesempatan menonton rancangan Tanyalah Ustaz Khas berkenaan dengan tragedi MH370. Sempat gak tengok even dah separuh. Dalam rancangan smalam, di bincangkan mengenai Solat Jenazah Ghaib. Menurut Ustaz Abu Hasan Din Al-Hafiz, Solat Jenazah Ghaib tak boleh dilakukan selagi tidak pasti kematiannya. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan melakukan Solat Hajat dan berdoa tanpa henti supaya diberikan petunjuk. Dan doa yang paling makbul adalah doa dari keluarga mangsa² yang terlibat dan doa pada sujud yang terakhir. Berdoalah sebanyak yang boleh. Pohon pada allah . Jika benar mereka masih hidup, permudahkanlah urusan. Jika tenggelam, timbulkan lah. Dan jika tiada, berikanlah petunjuk. Jangan berhenti untuk berdoa dan solat hajat.

Dan janganlah di tangisi, diratapi dan berasa terlalu sedih dengan pemergian mereka. Berdoa dan terus berdoa. Pergantungan kita hanya pada Allah S.W T. Tanggungjawab kita pula, beri sokongan dan semangat buat mereka. Hentikanlah spekulasi² yang kita tak tau sejauh mana kesahihannya. Boleh jatuh fitnah kalau ianya tak betul. Janganlah di tambah kesedihan mereka dengan cerita² yang tak betul.



Semalam juga kesedihan berganda buat umat islam di mana 529 penyokong bekas Presiden Islamis, Mohammed Morsi dijatuhkan hukuman mati oleh makhmah Mesir. Hukuman yang paling tragis dan tak masuk akal. Anggota Ikhwanul Muslimin di dapati bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh anggota polis. Ini bermakna, seramai 529 orang dijatuhkan hukuman sekaligus dalam tempoh 3 hari bersamaan dengan:
  1. Terjatuhnya hukuman kepada 177 orang salam tempoh sehari
  2. Bersamaan 8 orang setiap satu jam
  3. 7 minit untuk setiap seorang dijatuhkan hukuman mati.


Wajah² sedih ahli keluarga. Ya! allah...luluh hati aku tengok. Sama² kita berdoa untuk keselamatan saudara² islam kita di sana. HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKEEL...

Sumber: Mesir kini



You Might Also Like

25 komen

  1. Innalillah dan Al Fatihah buat 529 anggota Ikhwanul Muslimin, InsyaAllah mati mu syahid.
    Bersama kita doakan MH370...semoga keajaiban menjelma.

    ReplyDelete
  2. di timur trngah Islam bermula , di situ juga Islam bertelagah ... semoga Islam terus kuat tanpa rebah ... al fatihah .

    ReplyDelete
  3. Takziah... memang sedihnya menyentap ke hulu hati..

    ReplyDelete
  4. ustaza don kat tv hijrah ulas jugak pasal yg kena jatuh hukuman mati tu.
    bersedia kat kita lepas ni benda ni tak akan berulang.

    ReplyDelete
  5. terima kasih untuk perkongsian ni kak.. Ros tak berkesempatan nak tengok...

    ReplyDelete
  6. MH370 yg terkorban kita tak sahih lagi Fiza
    Tetapi perjuangan pembela Ikhwanul Muslimin hanya kerana menyokong pergerakan pimpinan Mumhmad Morsi - kepimpinan yg berteraskan Islam. Bayangkan Islam yg menjatuhkan hukuman terhadap saudar Islam memang ketawalah puak kafir melihat ini. Sedih kakak..

    Bimbang mengundang murka Allah jika inilah perlakuan umat Islam.. na'uzubillah..

    ReplyDelete
  7. Berganda sedihnya dengan apa yang berlaku..

    ReplyDelete
  8. ada baca sekilas... xsanggup nak habiskan....kisah kedukaan dan kesedihan

    ReplyDelete
  9. Ya Allah.. apa nak jadi dengan dunia ni :'(

    ReplyDelete
  10. tak dapat nak luahkan betapa sedihnay perasaan saat ni fiza... al fatihah.

    ReplyDelete
  11. Emm nampak sangat saya tak cakna akan EG529..terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  12. Salam K.FIza..

    Yaallah...lepas satu..satu kejadian yg berlaku..
    dan pembunuhan yg berlaku dimesir ni lebih mengguris jiwa..
    apa yg kita buat utk menolong mereka?kelak nnti ditanya dipadang masyar,cma tak tahu nk jawab apa.. :'(
    allahu...

    ReplyDelete
  13. semoga mereka ditempatkan di jannah...al- fatihah...

    ReplyDelete
  14. Aminnnn.. huhuhuhu
    mcm2 berita sedih kebelakangan nih kan~
    semoga Allah sentiasa melindungi kita semua.. Amin~

    ReplyDelete
  15. Setuju dgn kata Dato'… kita belum jumpa bukti, jadi hanya doa yg boleh kita panjatkan…
    Sedih sgt dgn berita Mesir tu…. Kejamnya as sisi… seolah nyawa tiada harga :(

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas perkongsian Fiza...
    Sedihnya....bertimpa2 umat Islam diuji...

    ReplyDelete
  17. Allah. Macam-macam sekarang ni kan :(

    ReplyDelete
  18. Teruskan berdoa untuk MH370.....dan berdoa untuk keselamatan saudara muslim kita di Mesir sana....

    ReplyDelete
  19. Allahuakbar ...tersentuh hati...kejamnye...

    ReplyDelete
  20. sedeynya.
    hanya pada Allah kita mampu memohin dan meminta.sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui segalanya.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive