Projek Hujung Minggu | Kek Moist Choc Leleh lapis Cheese

Monday, March 24, 2014


Bila kerajinan tahap maksimum tetiba datang ko. Maka terhasil lah Kek yang di beri nama Moist Choc Leleh Lapis Cheese. Pepagi ahad aku dah bangun. Ingatkan nak buat malam sabtu tu. Tapi mata ni dah kuyu sangat. Lupakan lah hasrat tu yerp. Kita buat pagi ahad jer lah.


Ini bahan²nya. Memandang kan aku ni jenis suka kerja yang simple, cepat dan tak memeningkan kepala. Jadinya bahan² untuk kek coklat tu aku beli yang ready made sajork. Cuma campur butter, telur 4 biji dan air...hehehe...aci lah kan. Kalau uols rajin, boleh jer buat sendiri. Aku kan terlebih rajin...ngeee...Ni resipinya:

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT:

2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder* (*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE:

250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA:
  1. Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan.. 
  2. UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan. 
  3. UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2. 
  4. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak). 
  5. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.
Resipi: Amik kat IZAN ISHAK

Ok...ini versi Masuk oven/Bakar

  1. Bakar lapisan kek pertama selama 15 minit. Bakar pada suhu 160 C (terpulang pada jenis oven masing-masing)
  2. tuang adunan cream cheese diatasnya dan bakar selama 15 minit. 
  3. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan bakar lagi selama 25-30 minit mengikut jenis oven masing-masing.

Inilah hasil kek aku sebelum dan selepas di tabur coklat leleh. Meleleh ailio aku menengoknya...hahaha...Ikut kretiviti memasing lah nak menghias macam mana yerp. Takkan itu pon aku nak ajar kann. Aku bagi 2 versi. Kukus dan bakar. Sebab aku tak beli periuk kukus lagi. Bakar jer lah dalam oven. Pastu kan, acuan kek yang bulat tu pon tak der...sob..sob...Pakai loyang pon boleh jer. 


Dan ini rupanya selepas dipotong. Nak jugak tunjukkan hasilnya kan. Iyer lah....kang nnt ada yang tanya macam mana rupa kek coklat lapis cheese ni. Nampak sangat aku tak seni dalam nak amik gambar kan...hahaha...jadi lah. Sebenarnya ni second time aku buat. 1st time dulu memang buruk bebenor rupanya. Malu nak letak dalam blog. Yang 2nd ni ok lah. Menjadi. Practice make perfect katakan. Next time nak try buat kukus plak. 

Alhamdulillah...dapat lah bawah setengah potong untuk Mertua. Smalam balik umah PIL (Parent in law). Hantar Iman Hakimi. kat umah atok. Menghabiskan cuti skolah kat sana. Haiisshhhhh...dah start rindu ngan anak bujang ku itu :-(

Note: Best plak membaking ni. Next project nak buat Blueberry Cheese Cake plak. Resipi pon simple jer.

You Might Also Like

31 komen

  1. wah nikmatnya kalau dapat makan kek. nak2 ada cheese kegemaran saya..dah lama tak membaking..:D

    ReplyDelete
  2. wah yummy yum...teringin nak buat kek ni..nmpk sedap

    ReplyDelete
  3. pergh tak tahan tgk meleleh2 tu hehe mesti best ni kan

    ReplyDelete
  4. HUWAAA...nangisss nak jugakkk...terliurrrr!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak fiza, alahaii melting tekak tengok gambar. kirim ke sheila sikit... hehehehe selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  6. Bila baca mula2 aku berkata3 jg dlm hati "tabahnya ko buat cake kukus2" ohh rupanya itu version asli.. Hehe

    Bila baca version ko plak ohhh rupanya simple je.. Ok nnt aku try buat. kalau x jd aku x nak masuk dlm blog jg.. Hehe

    ReplyDelete
  7. yeehhaa terbaeklahh..pagi-pagi merangsang otak ni pikir cheese leleh

    ReplyDelete
  8. Mampu telan air liur jer la...kalau rumah dekat, mau juga hulur pinggan kosong, hehe

    ReplyDelete
  9. cun la! leh try gak ni nnt :)

    ReplyDelete
  10. hehehe..sama kita..semalam bakar kek coklat jugak..

    ReplyDelete
  11. Ermmm...dap nyerr...
    Nak cikit...

    ReplyDelete
  12. ooo dah gian nak membaking lagitu.. bestnyer... senang jer resipinyertu. nak cubaler pulak...

    ReplyDelete
  13. sedapnya...last week buat gak choc moist kek..tp x letak cheese plak :D

    ReplyDelete
  14. Kakak tak pernah buat ni Fiza.
    Boleh juga tengok sini kalau kakak nak buat..

    ReplyDelete
  15. bagus tu..sambil²..nanti bolehla ambil tempahan..

    ReplyDelete
  16. owh, baru tgk kt FB resepi kek lapis cheese ni tp yg tu versi kukus. Cayalah fiza.

    ReplyDelete
  17. tambah kalau tengok orang rumah berselera makan lagiiii la sonok kita membaking kan hihihi

    ReplyDelete
  18. wahh bravo u. I masih belum berani nak buat lapis2 gini, yang marble simple pun tak tentu hala huhu.

    ReplyDelete
  19. mmg bestlah, anga pun sibuk dgn projek membaking kek dier weekend semalam !

    ReplyDelete
  20. Nanti nak cuba jugak...memg best membaking nih kak fiza...rse syok aje..heheee

    ReplyDelete
  21. Wahhh nampak mcm sedap jer kak.. nak cikit.. =D

    ReplyDelete
  22. nyum nyum… mcm mana x meleleh ailoi tgk coklat yg meleleh leleh tu…
    Saya pun suka guna tepung pre mix utk kek coklat… tak berapa rajin nak sukat bahan satu2… ekekkekke

    ReplyDelete
  23. saya dh lama x membaking.sronok kan kak bila membaking sbb njoy relax je..

    sedap ni. nak nak buat sndiri kan.puas makan

    ReplyDelete
  24. salam k.fiza..
    aaa.....sedapnye...
    nk sepotong :)
    thanks share resepi..nnti nk try ^^

    ReplyDelete
  25. Asalamualaikum. mohon share resepi

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive