Demam sebab Sel DARAH PUTIH Tinggi!!!
Wednesday, March 05, 2014
Itu lah punca my dear hubby demam on and off nak masuk 5 hari. Ujian blood test dah kluar tadi. Doctor cakap sel darah putih dia tinggi dari sel darah merah. Tu yang demam sebab ada infection. Kalau sel darah putih rendah, tu dah masuk kategori demam denggi. Alhamdulillah lah bebas denggi. Tapi risau tetap risau even dia cakap tak der apa². Mana tau kot nak sorok tak nak bagi isteri dia ni risau terlampau kann. Terus aku PM DOCTOR BLOGGER @ DaddyZZZ. Tak tunggu masa yang lama nak dapat reply. Terbaiklah doctor Khairul ☺
Ini lah jawapannya. Memang doctor bekalkan ubat Antibiotic. Kena makan sampai habis. Tapi kalau masih berterusan, kena buat follow up balik. Ni yang aku rasa tak sedap hati nak dengar tau. Try gak cari info pasal terlebih darah putih ni. Tapi banyak dalam bahasa indon. Tak kose lah aku nak translate. Last² jumpa gak dalam bahasa ibunda kita nih. Ok...meh baca. Hari ni kita belajar pasal darah putih yer murid².
SEL DARAH PUTIH
Sel darah putih juga dikenali dengan nama leukosit. Sel darah putih merupakan salah satu komponen yang membentuk darah di dalam sistem peredaran darah tubuh manusia. Seperti yang kita ketahui sel darah putih berperanan untuk membantu tubuh melawan berbagai jangkitan penyakit dan sebagai sebahagian sistem pertahanan tubuh dari penyakit. Terdapat pelbagai jenis pengkelasan sel darah putih iaitu sel neutrofil, sel basofil, sel eosinofil, sel limfosit dan sel monosit. Sel darah putih mengadungi granul-granul dan juga nukleus.
JENIS-JENIS SEL DARAH PUTIH
SEL NEUTROFIL - Sel neutrofil mempunyai beberapa lobul nukleus diantara tiga hingga lima. Permukaanya adalah bergranul. Kandungannya didalam lingkungan 70 peratus dari keseluruhan komponen sel darah putih.Sel neutrofil selalunya menjadi agen sistem pertahanan tubuh badan dari serangan bakteria dan virus. Sel-sel ini akan memfagosit bendasing ini sehingga tersingkir dari tubuh badan.
SEL BASOFIL - Basofil memainkan peranan dalam memberi reaksi alergi dan antigen dengan cara menghasilkan bahan kimia semulajadi iaiti anti histamin yang menyebabkan peradangan dan kemerahan.. Kandungannya didalam lingkungan 0.5 hingga 1.0 peratus dari keseluruhan komponen sel darah putih.
SEL EOSINOFIL - Kandungannya sel eosinofil didalam lingkungan lima peratus dari keseluruhan komponen sel darah putih. Sel Eosinofil berkait rapat tentang jangkitan parasit seperti jangkitan penyakit kecacingan. Sel ini memainkan peranan penting dalam menentang jangkitan dari parasit. Dengan demikian meningkatnya eosinofil ianya menandakan banyaknya parasit.
semakin tinggi kandungan sel darah putih dalam darah menunjukkan tinggi la juga bakteria yg ada (sel darah putih @ leukosit berfungsi seperti tentera dalam sistem pertahanan badan kita iaitu untuk melawan penyakit)
Sumber: [HEMATOLOGI - LEUKEMIA DAN SEL DARAH PUTIH] dan [SINI]
Maknanya...kalau tinggi sel darah putihnya, tinggi juga lah bacteria yang duduk dalam tu yer...hurmmmm...Smoga sel darah putih my dear hubby turun ke paras normal hendaknya. Katanya dah rasa ok sikit. Haaaa...iyer lah tu...kita tengok malam kang. Kalau tak berselimut, ok lah tu. Tapi kalau berselimut, bacteria jahat tu masih ada lagi jawabnya.
To my dear hubby, smoga cepat sembuh. Sakit tu sebagai petunjuk dan sakit tu sebagai kifarah...setiap kesakitan yang kita hadapi akan mengkifarahkan dosa kita. Kita ni kekadang lalai...kelalaian yang buatkan kita jauh dariNYA. Kesakitan yang datang juga adalah dengan kehendak dan izinNYA. Dengan kesakitan lah yang membuatkan kita teriingat padaNYA dan sedar betapa nikmatnya rasa sihat itu. Ingat tu.
Note: Alhamdulillah...bersyukur dengan kesihatan yg allah berikan pada aku skang.
.
42 komen
do take care extra kat dia ye..tnye doktor ade tak pemakanan ke cara lain ke boleh bantu upkan bacaan darah tu..
ReplyDeletebahaya kan
ReplyDeletekena cepat dapatkan nasihat doktor..takut keadaan lebuh teruk
ReplyDeletemcm izz la sekarang on off demam...risau pulok rasa...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak fiza, semoga suami akak cepat sembuh ya. bahaya gak kalau kesihatan tak dipantau kan...
ReplyDeletemoga suami cepat sembuh...insya allah
ReplyDeleteMoga suami Fiza kembali sihat seperti biasa..amin~
ReplyDeletesemoga hubby sis cepat sembuh..aminn.. :) thanx sharing :D
ReplyDeletesemoga suami puan cepat sembuh...pesan dengan dia jangan ambil ringan pasal demam2 nie sebab kalau tak dikenalpasti awal2 takut penyakitnya bertambah teruk...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
moga en hubby cepat sembuh yer & take care too Fiza.. tq share info juga
ReplyDeletesemoga cepat sembuh buat hubby akak ye. dah boleh start amalkan vivix dan vitalea ni kak
ReplyDeleteye mmg musim dmm la ni...knor batuk tak hilang lagi..anak2 baru aje baik setelah berkali2 ke klinik..takut ada jangkitan kuman..rupanya tonsil membengkak..semoga suaminya cpt baik..
ReplyDeleteagaknya haku pon cam asben ko jugak laaa beb...demam sampai 6 hari...tp skang dah ok...seb bek ok ahad lepas..klu x, memg kena g tadah lengan laaa nak amek darah...speedy recovery utk asben ko...
ReplyDeleteSaya doakan yg terbaik aje
ReplyDeleteRajin2 makan ubat
ReplyDeleteHarap cepat sembuh hendakNya..
uiii...ada mcm2 penyakit...moga cepat sembuh ye suami fiza..
ReplyDeletesemoga husband fiza cepat sembuh..InsyaAllah
ReplyDeleteAlhamdulillah,,bukan denggi..skrg mmg musim kan..kena jg kesihatan elok2..
ReplyDeleteSyukur baik keadaannya...kku kata ibu sah tak der sifat risau uh..
ReplyDeleteMoga cepat sembuh Hubby awak Fiza....bini manalah tak risau kalau suami sakitkan....habiskan antibiotik...insyaallah oklah tu..
ReplyDeletemoga cepat sembuh
ReplyDeletetake care yea fiza
salam k.fiza..
ReplyDeletehuhu..oo punca dari sel darah putih ker..?
syafakallah en hubby akak
moga terus sihat dan berkekalan sihatnya. tadi sis kata hubby dah getting better kan? alhamdulilah
ReplyDeleteooo baru tahu.
ReplyDeletekena amik tahu jugak kan
smga dipermudahkan
moga cepat sembuh ye...
ReplyDeletemoga hubby fiza cepat sembuh...
ReplyDeleteKesakitan dan kesihatan. Dua-dua juga adalah ujian. Semoga suami fiza cepat sembuh ya.
ReplyDeletebanyak jenis juga sel darah putih ni ye. bila fiza tulis yg penyakit ni adalah kifarah, tenang skit hati saya yg sedang tak sihat juga ni. huhu.
ReplyDeleteooh tak pernah tahu pun,lps ni akak pun kena lbh prihatin hal2 kesihatan ni
ReplyDeleteKes suami puan sama kes dgn saya... saya harap makan antibiotic... kena makan sampai abis...antibiotic doc bagi tue kira kuat sb boleh makan 12 jam sekali..
ReplyDeleteKes suami puan sama kes saya hadapi.. asal demam bila pergi sel darah putih lebih banyak dari sel darah merah.. doc suruh makan antibiotic sampai selama 12 hari dengan ubat control darah(tidak spekasi ubat tue) selama 28 hari...
ReplyDeleteaslm..puan, hubby sy skrg nie pon skjp demam..skjp kebah..gigil sejuk...b'selimut...da 2 kali test darah br doktor ckp sel darah putih tinggi. Sblm tu pegi klinik biasa doktor bg antibiotik tp t'lalu kuat so hubby mual & muntah smpi lembik...pegi hospital br ok...now da msk 3 hari kt wad...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMoga segera sembuh hubby sis tu yer?
ReplyDeleteWife sya skrg ni sel darah putih..doktor bg antibiotik sruh mkn bg habis..sebelom ni ada jangkitan kt paru2..tdi g cek jangkitan dh xde..tp sel darah putih makin tinggi..suami puan dh ok ke?mcm mn cara nk buat bg sel darah tu normal?
ReplyDelete
ReplyDeleteArtikel yang menarik mengenai demam. Memang demam harus diberi perhatian yang sewajarnya. Namun demam juga boleh mendatangkan kebaikan. Antara kebaikan demam ialah ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan.
masalah sel darah putih lebih bnyk ni normal ke sis.ank saya pun batuk demam berulang smp 12 hari naik lembik dia kesian tgk.lepas bwk p pakar doc ckp sel drh putih tinggi tp lepas doc bg anyibiotic ok da.slrg to risau jgk la..walau pun da ok bap sel darah putih tu yg merungsingkan tu.klu demam da ok maksudnye sel darah putih tu kembali normal ke..nak tanya doc pun xdpt sbp my hubby yg bwk ank masa hari tu.my hubby ni berat mulut..klau doc ckp tu t je la yg dia iye kan..
ReplyDeleteKalau bacaan ms cek darah..darah putih 13.5 normal ke???
ReplyDeleteKalau bacaan ms cek darah..darah putih 13.5 normal ke???
ReplyDeletekalau sdh kekurangan sel darah putih pun bisa berbahaya juga bagi tubuh... jadi harus seimabng lah ...
ReplyDeleteSalam sis boleh sy tau berapa lama masa diambil utk suami puan sembuh dari demam tersebut?
ReplyDeleteTo find a higher publicity to your facebook account, Persons spend dollars to Buy Facebook Followers to easily get hype online. buy real followers for facebook
ReplyDelete