As salam senin uols. Lewat bersiaran. Kebizian pepagi ni. Dapat tugas baru. Benda yang aku tak pernah buat. Strees jer rasa. Tak suka betul main ngan nombor² ni. Ok...tak nak strese², meh jamu mata cheesecake iols ni.
Amacam. Ada rupa Blueberry Cheesecake Secret Recipe tak...hahaha...ferasan jer ko jemah. Macam biasa. Bila kerajinan dan semangat waja datang membuak², main bakar² lah kan. Maka inilah jadinya. Sebiji kek. Kali ni aku buat malam². Nak tunggu anak² beradu, memang tak lah kan. Silap² aku yang beradu dulu. Jadi nya kita buat dalam keadaan sedikit huru hara.
Antara bahan² yang diperlukan. Dah lama betul aku peram resipi ni. Bertahun gak lah. Tapi skang baru nak buat. Resipi memang simple. Macam biasa, aku kan suka yang simple..haha..Kali ni tak der pakai tepung yang ready made yerp. Sendiri buat. Alaaaaa...cheesecake, setakat pakai tepung 2 sudu jer. Ni resipinya:
Base:
1 paket biskut oreo (hancurkan)
2 sudu butter (yang telah dicairkan)
1
- campurkan / gaulkan butter dan biskut (sampai boleh dikepal)
- masukkan dalam loyang
- tekan² sampai padat (gunakan bontot gelas)
Filling:
500g cream cheese (philadelphia brand)
100g gula
100ml sour cream (pauls brand)
1 sudu tepung gandum
2 biji telur
sikit esen vanilla
- pukul satu persatu (mula dengan cheese cream diikiuti dgn bhn lain)
- Tuangkan filling ke atas base tadi
- Bakar pada suhu 150°C selama 25 - 40 minit
- Biar kek seketika dalam oven supaya kek tak terkejut dan merekah secara mendadak. Hamik ko, ko ingat orang jer bley terkejut. Kek pon bley terkejut gak tau,,,ahaks....
- kemudian, simpan dalam peti sejuk selama 4 jam
Simple jer kan resipinya. Biskut oreo tu aku hancurkan dengan intinya skali. Tak kosa aku nak asingkan. Buang masa dan tenaga jer. Campur jer lah. Keju tu plak aku pakai brand lain. Philadelphia cheese dah habis. Memandangkan aku buat kek memalam. Semalamam aku letak kek tu dalam freezer. Bangun pagi tu baru letak blueberry jam.
Alhamdulillah. Tercapai gak hasrat nak buat cheesecake. Lpas ni bley lah buat kek sendiri. Gigih tak gigih lah aku hari sabtu tu. Sanggup gi YUMMIE BAKERY ngan QahirahQhalif semata² nak beli loyang kek. Ramai plak tu orang. Memasing dah start membeli untuk buat kuih raya kot. Dapat jugak lah bekalkan blueberry cheesecake ni untuk mertua dan mak. Next time nak buat lagi. Ada balance bahan² tu.
Note: Bila skolah dah start, jalan pon start sesak.