'Selesai SOLAT, duduklah dulu.....'
Friday, February 28, 2014
Salam pagi jumaat yang penuh barokah. Semoga solat kita diterima olehNYA. Sama² lah kita perbaiki mana yang kurang. Especially bab kusyuk dalam solat.
Ni ada tips dari Ustaz Nor Amin untuk khusyuk dalam solat:
- Faktor pemakanan, jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui, contohnya makanan yang bertanda halal semata-mata. Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa. Sunnah nabi, berenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar. Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita. dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.
- Ambil wuduk dengan sempurna jangan ambil wuduk seperti batuk ditangga, kerana wuduk yang baik akan membuatkan solat menjadi baik, menentukan solat itu diterima ataupun tidak ialah berasal dari wuduknya.
- Sebelum memulakan solat disunnatkan kita membaca istiqfar, 3 khul iaitu Surah An-Nas, Surah Al-Falak, Surah Al-Ikhlas. fadhilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat.
- Semasa solat hadirkan diri kita seolahnya sedang berhadapan dengan Allah, rasa kehinaan kita kepada Allah, rasa taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan, sesungguhnya diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala siksaan Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.
- Ketika solat perlu kita mentadabbur makna bacaan kita dalam solat, untuk memelihara hati kita supaya ia khusyuk dalam solat. Jika tidak tahu mentadabbur makna bacaan dalam solat maka boleh kita membayangkan segala perkataan dalam solat kita.
- Kalau boleh dirikanlah solat secara berjamaah kerana berjamaah pahalanya 28 pahala, jika hati kita tidak khusyuk masih ada pahala lagi. Lagipun solat berjamaah ini susah untuk diganggu syaitan. Hal ini berbeza dengan solat berseorangan kerana solat berseorangan pahalanya 1 sahaja jika tidak khusyuk habis ditolak oleh Allah. Sesiapa yang solat berseorangan diibaratkan sepertimana kambing yang berpisah dari kumpulannya dan mudah menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mengintainya.
27 komen
selamat pagi salam jumaat
ReplyDeleteinfo berguna ni..tq kak
ReplyDeleteselalu diingatkan..bersolat seolah itu solat terakhir kita...
ReplyDeletemmg mengaku sangat susah utk khusyuk dan 'hadir' dlm solat. setiap kali fikiran melayang, cuba utk fokus semula, 30 saat lepas tu melayang balik. mmg dugaan yg sgt berat. terima kasih ye mengingatkan sesama kita.
ReplyDeletealhamdulillah.. thx sharing babe..
ReplyDeleteaku rasa haritu aku ada share gambar tu kat dayre kannn..
marilah kita sama2 amalkan :)
Salam Jumaat Fiza.. terima kasih info ini, moga dpt dimanfaatkan kita bersama...
ReplyDeletebagus solat berjemaah ni kan
ReplyDeletemoga ada kesempatan lagi
untuk memperbaiki amalan
nice sharing :)
salam jumaat...terima kasih perkongsiannya sangat bermenafaat...
ReplyDeletePerkongsian yang sangat berguna......tq sharing :D
ReplyDeleteAssalamualaikum kak fiza. nice sharing sis. terima kasih.. semoga Allah memberkati dan menerima solat kita. in shaa Allah
ReplyDeleteSemoga amalan kita diterima Allah SWT.
ReplyDeletesatu input yang menarik yang mama dapat, terima kasih, mari kita bersama khusyuk dalam solat.. jangan tinggal solat, itu perkara pertama akan ditanya di akhirat kelak..
ReplyDeleteTq sharing this fiza
ReplyDeletemoga ibadah solat kita diterimaNya..,..aminn
ReplyDeleteNice sharing dan salam jumaat akak..=D
ReplyDeleteitulah kdg dlm solat pun x kusyukkan.. kene bnyk perbaiki diri..
ReplyDeleteSemoga amalan solat kita diterima oleh Allah kan.
ReplyDeletepetang baru dapat singgah fiza! aq jawab selamat petang jer ye hehe :)
ReplyDeletesatu perkongsian yg baik umpama takzirah di hari jumaat yg baroka ni, semoga atas perkongsian fiza ni, mendapat syafaat dari NYA amin..
dan jugak pada yg mengamalkan kan tips untuk mendapat kan solat yg khusyuk..
thank u fiza :)
Tazkirah jumaat yang sangat bermanfaat utk dijadikan ingatan dan amalan. Terima kasih berkongsi :)
ReplyDeleteIn shaa Allah.. akan diingat dlm amalan. T kasih diatas perkongsian ye.. Salam Jumaat.. :)
ReplyDeletenice share..
ReplyDeleteTerima kasih untuk entry ni. Boleh cuba untuk praktiskan. =)
ReplyDeleteZH Blogger
thanks sharing fiza... mmg banyak yg perlu diperbaiki...
ReplyDeletesalam ukhuwah . semoga tips itu menjadi panduan yg memberi manfaat kepada ibadah kita . done follow back (1070) .
ReplyDeleteyup.. biasanya duduk dulu, deqla doakan buat kedua ibu bapa deqla yg telah tiada..
ReplyDeletesalam k .fiza..
ReplyDeletealhamdulillah.... dulu2 selalu nk cepat jer.. tak sempat nk berzikir walau seayat dua. sekarang ni,,alhamdulillah..cuma nk istiqamahkan lagi..
tenkiu for sharing:)
peringatan bersam.terima kasih kak
ReplyDelete