Misteri | Bunyi Guli Jatuh & Bunyi Perabot Di seret Di Tengah Malam!!!!
Thursday, January 30, 2014
Jeng...jeng...jeng...Uols klo citer² macam ni memang suka baca khenn...khenn..Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri sejak duduk kat rumah Apartment nih. Saja nak bagi ulos seram di hari Khamis malam Jumaat ni. Dah besedia nak merasai pengalaman seram bersama aku ni? Tak der lah seram sangat kot...hehehe...Ok...meh baca ni.
Benda ni dah lama sebenarnya. Biasalah kan klo dah duduk apartment ni. Macam² bunyi ko dengar. Bunyi kucing bergaduh, bunyi budak menangis, bunyi orang memasak. Ni perkara biasa. Tapi bila tengah² malam ko dengar bunyi guli jatuh, bunyi kerusi/perabot di seret...macam orang tengah mengemas, bunyi ketuk² lantai/dinding dan juga bunyi orang berjalan macam hentak² kaki tu tak ker pelik. Kalau bunyi ni datangnya waktu tengah hari atau pon malam, tak der lah kisah sangat. Tapi ni time tengah² malam time orang nak tidur. Tambah lagi misteri nusantara, bila jiran atas tu tak der rumah pon bunyi² tu tetap ada. APakah???
Memang agak mengganggu juga bunyi² nih. Sejak duduk rumah tu, Ada beberapa perkara seram yang aku dah lalui...[IMAN HAKIMI KATA DIA NAMPAK HANTU] dan juga [SLIDING DOOR TETIBA BERGEGAR]. Kekadang anak dara aku tu pon bikin aku meremang juga. Pernah dalam bilik dorang tetiba dia cakap 'ibu...tu...ada hantu' sambil tunjuk kat tingkap bilik. Suruh aku halau hantu tu. Tak ke tegak segala bulu yg ada bila dengar anak cakap macam tu. Nak² plak tinggal ko anak beranak dalam umah tu.
Sebagai pendinding, ayat² al-quran jer lah ubatnya. Kekadang baca yasin. Pasang ayat² Ruqyah sebelum tidur sampai lah ke subuh ulangannya.
TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH
Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-
1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."
2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.
3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.
Sumber: FB
Note: Tak boleh nak takut sangat dengan benda² macam ni. Lagi kita takut, lagi dia suka. Allah adalah sebaik² pelindung.
36 komen
tips menarik, tq berkongsi.. KA sendiri kdg2 rasa takut juga, tpi malangnya selalu sgt berhadapan dgn perkara2 mcm ni !
ReplyDeleteDia pun makhluk Allah. Ketakutan kita sepatutnya kepada Allah semata-mata.
ReplyDelete(tapi, kadangkala seram juga)
Wallahhuaklam. :)
bagus entry nie
ReplyDeleteSeram noks baca entri ko ni...nak2 lagi bila anak cakap ada hantu kat situ....huhu
ReplyDeleteBunyi2 tu memang biase kak.....
ReplyDeleteTapi tak nampak takpe lagi..
Kalau nampak?
Mau haru biru...
Salam K.FIza..
ReplyDeleteantara ganguan jin yg sahih mmg salah satunye spt yg akak katekan tu..
samelah umah flat cma ni..umah atas takde org..tp mlm2 selalu dgr bunyi guli jatuh berguling2..
ok, siyes dah meremang bulu roma...tp rumah sy xde laa terok sgt...sometimes akan terdengar bunyi org atas seret kusi...guli blom penah lg...tp masa kat kuarters jln duta dulu, memg giler terok dia punya gangguan...sampaikan sy menangis sebab takot sgt...dah la masa tuh dok dgn anak jee...kol adik jantan soh blk cpt, dia blk terus bunyi tuh hilang...mungkin sbb masa tuh blk air kat umah kena pecah....diorg repair, tu yg menjadi² gangguan..alhamdulillah, umah skang nie xde gangguan lg..cuma masa memula kawen dolu (12/2013) shuben kena kaco....ada yg menindih & memegang tgn dia ke kepala katil...walhal selama sy dok umah tu x penah jd apa²...lepas ubah katil, xde dah gangguan tu...
ReplyDeletepernah dgr bunyi cmtu jugak. memula dulu seram tp skang mcm biasa je. sbb kita niat kita xkacau dia n mintak dia xkacau kita.
ReplyDeletePercaya akan kewujudan benda2 halus.. tapi tak boleh lemah semangat sgt..sbb lagi suka di kacau bila kita lemah semangat.. klu keja hospital lagi mcm2 perkara pelik berlaku Fiza...:)
ReplyDeleteya allah meremang bulu roma baca entri ni, amalkan doa dan ayat al quran tu fiza, adik aju dh buat kat rumah dia dan alhamdulillah ada perubahan
ReplyDeletewehh serius fiza..aku slalu dengar guli jatuh & seret kusi atas umah...aku anggap ank ko main..kimi + qahirah kan tgh mlasak nk membesar..diorg main ke?? pintu grill pun slalu tendang2...aku anggap ank ko nak kuar ;?"
ReplyDeleteseram jugak mula2 nak membaca citer seterusnya..almaklumlah kamis malam jumaat hehe..sy tak penah lagi mendengar bunyi pelik2 kat rumah..Alhamdulilah :) tapi mendengar jiran2 dok bercerita bunyi pelik2 ada jugak..:)
ReplyDeleteterimakasih fiza for this info ..banyak memfaatnya jika diamalkan..
Pernah juga dengar dari kawan2 yang ada pengalaman macam ni...
ReplyDeleteada sorang kawan bunda tu duduk umah flat...tingkat atas umah dia tu dah lama tak berpenghuni..
.tapi tiap malam ada jer dengar bunyi macam2...orang tumbuk samballah, bunyi macam guli meleretlah...orang bertukang...
lama2 dia sekeluarga dah lali dah..
bunyi main guli dgn seret perabot tu sekarang hampir tak kira masa ada..
ReplyDeleteseram jugak tu
ReplyDeleteakak start duk mimpi seram dulu2
akak cuba amalkan baca surah al mulk
tiap2 lepas isya'..
insha Allah, akan rasa tenang dari gangguan..
Huh bab bab jin ni sebenarnya aku paling takut! tapi betul cakap awak kita tak boleh takut sangat, makin kita takut maikin seronoklah dia kacau kita kan..apa pun terima kasih sudi berkongsi info ini..sukaaa!
ReplyDeletebagusla ko tak takut sgt...kdng2 memang kita rasa semacammmm je. mcm ada benda lain je kan...takpe, kena amalkan bacaan al quran
ReplyDeletengeri lak saya...dulu time umah lama selalu gak dengo guli jatuh tak memasal tak leh tdo terus kejut husband...hehari kul 2 pagi jek bunyi...bila di check umah atas negro yang duduk...tak tau la dia buat aper...
ReplyDeletetq share fiza...tip ni moga kita sama2 dapat manfaatnya....
teringat filem Poltergeist :)
ReplyDeleteBiasa juga gguan gtu..tpi mlas nk pikir sbb yakin bhwa kita mmg beekongsi alam dgn jin dan iblis ni..
ReplyDeleteseramnya baca malam2 macam ni.. dulu pernah dgr org main guli.. seret perabot smpai skrg tp yg pelik tu atas rumah nina ada orang. ermm takkan india tu bela jin plak..
ReplyDeletekalau saya pun seram dgr anak dara solehah fiza tu cakap camtu..
ReplyDeleteanak anak kecik mmg boleh nmpk kan.
ReplyDeleteingt lg masa dok jb. anak member siap cakap nak main dgn kawan dia. bila tya dia ckp kwn dia tu rambut pnjng.. seram giler..
baca explaination sini
ReplyDeletehttp://spi.com.sg/spi-contributions/case-of-marbles-dropping/
Kat rumah saya dah tak dgr pasal bunyi guli dan kerusi kat syiling rumah lagi semenjak pasang cd pembakar jin (ustaz sharhan).
ReplyDeleteTapi, dalam simen depan pintu masuk rumah saya tiba2 pecah. Bila nak tampal simen balik ada jumpa botol kecik. Dalam tilam ada pulak jumpa spen.........3 helai. Allah bg petunjuk.
Bunyi seret perabot rumah saya bukan dari syiling rasanya. Rasa macam dari ruang tamu(Meja makan). Malam buta pulak tu bunyi. Nak tidur pun payah.
ReplyDeletePetua saya - tiap2 malam selepas azan maghrib berkumandang di radio, saya akan mainkan CD surah al baqarah sampai habis, ia itu lebih kurang 2 jam. Kadangkala saya akan replay CD itu. Saya amalkan ini lebih kurang 7 tahun. Dan pada tiap2 malam juga masa nak tidur juga saya akan mainkan CD surah al baqarah sampai ke waktu suboh dengan volume yg agak perlahan. Dengan izin Allah, saya dapat tidur dengan lena. kalau tidak, masa tidur selalu kena tindih gitu, seram juga. Saya syorkan pada yang ada masalah seperti saya, beli CD al quran 30 juzu mp3 format. Kalau dimainkan sampai habis, makan masa lebih kurang 22 jam. Jin, syaitan dan mahluk halus tak berani dan tinggal dalam rumah kita yang sentiasa ada kedengaran surah al baqarah.
ReplyDeleteDie bunyi lagiiiiiii...
ReplyDeleteSaya baru jer terbaca tentang misteri bunyi guli n alih perabut nih...dulu sy pun tinggal d apt..mmg boleh dikatakan akan dengar bunyi mcm manik2 jatuh dr rumah atas dan bunyi org alih perabut..tp rumah atas tak ada org..lepas tu sy berpindah ke apt d pj sblm tu ampang..peristiwa yg sama sy alami..tp tak nampak apa2 la...
ReplyDeleteSaya baru jer terbaca tentang misteri bunyi guli n alih perabut nih...dulu sy pun tinggal d apt..mmg boleh dikatakan akan dengar bunyi mcm manik2 jatuh dr rumah atas dan bunyi org alih perabut..tp rumah atas tak ada org..lepas tu sy berpindah ke apt d pj sblm tu ampang..peristiwa yg sama sy alami..tp tak nampak apa2 la...
ReplyDeleteSaya baru jer terbaca tentang misteri bunyi guli n alih perabut nih...dulu sy pun tinggal d apt..mmg boleh dikatakan akan dengar bunyi mcm manik2 jatuh dr rumah atas dan bunyi org alih perabut..tp rumah atas tak ada org..lepas tu sy berpindah ke apt d pj sblm tu ampang..peristiwa yg sama sy alami..tp tak nampak apa2 la...
ReplyDeleteKejadian seperti ini pernah saya alami,bukan main gili tapi golek bola bowling n gergaji kayu kt tingkat atas,semua orang dengar bunyi tersebut,rupanya ada penyewa(jiran)tumpang tinggal belaannya kt tingkat atas dan ada belaan yg x bertuan jugak,mujur jiran tersebut ambil semula belaannya,belaan yg x bertuan pn keluar sbb dh xde geng nk main bowling lg,hingga skrg dh x dgr lg gangguan tersebut
ReplyDeleteKejadian seperti ini pernah saya alami,bukan main gili tapi golek bola bowling n gergaji kayu kt tingkat atas,semua orang dengar bunyi tersebut,rupanya ada penyewa(jiran)tumpang tinggal belaannya kt tingkat atas dan ada belaan yg x bertuan jugak,mujur jiran tersebut ambil semula belaannya,belaan yg x bertuan pn keluar sbb dh xde geng nk main bowling lg,hingga skrg dh x dgr lg gangguan tersebut
ReplyDeleteSy dh nampak merangkak nk naik atas katil yang kami tido...
ReplyDeletehahahaha
ReplyDeleteSemalam baru je kena kacau...lepas tutup lampu je , terus dgr benda tu alih kerusi....last2 tdo dgn mkcik gk..😧
ReplyDelete