Budak 2 PUSAR dan Budak 5 BULAN
Wednesday, January 22, 2014
Dua pusar sebab dalam adik beradik, dia sorang jer yang ada 2 pusar. Dan budak 5 Bulan sebab tau² dah nak masuk 5 bulan dak tecik ni duduk dalam perut ibu dia tanpa sedar.
Inilah budaknya...Iman Qhalif yang soleh, yang bijak dan banyak akal. Pernah terdengar, orang yang ada dua pusar ni kalau bela binatang ternakan memang menjadi. Dan ada juga yang kata budak dua pusar ni degil dan nakal. Tak tau lah sejauh mana kesahihannya. Qhalif pon kecik lagi. Budak kecik...biasalah kan. Ada jer benda yang dorang nak explore. Baik satu pusar atau dua pusar, sama jer tingkah lakunya.
Budak dua pusar in action
Tapi kan, menurut Dato' Fadzilah Kamsah. Sifat individu yang mempunyai dua pusar ni sebenarnya banyak akal, banyak idea dan juga bijak. Kita tengoklah perkembangannya nanti. Baik satu pusar atau dua pusar, kamu tetap anak² yang bijak.
Anak² uols ada berapa pusar. Share sket tentang tingkah laku dorang. Tengok si Qhalif pon boleh tahan juga nih. High 5 lah kalau ada anak yang dua pusar tu yer ☺☺
Note: Tengah panas hati. Ada orang menyalahgunakan nama dan no HP aku kat tweeter untuk service Seks. Aku tak tau apa tujuan dia. Smoga ALLAH jer yang dapat membalas perbuatan buruk dia tu.
31 komen
Insyaallah anak2 kita nnt akan jd anak yg baik..dorang suka explore tu kn..:)
ReplyDeleteBb sy pon dua pusar..:)
Miss nak ada baby lah pulak..ahaks :)
ReplyDeleteanak2 akak satu pusar jek..tp sama jugak aktifnya...
ReplyDeletetengok gaya qhalif nih mmg byk akalnya tu...
Sy pun 2 pusar :)
ReplyDeleteOhhh Iman Qalif ada dua pusar ye?? jarang kan jumpa budak 2 pusar ni fiza... InsyaAllah Iman akan membesar spt yg diharapkan... amin!
ReplyDeleteerm! sabor je lah org yg guna no Fiza tu.. harapnya dia bertaubat lah ya..
pernah juga ttg yg nakal tu fiza, tapi anak aju yg 1 pusar ni pun boleh tahan nakalnya hehe biasalah bebudak
ReplyDeleteEhem... ehem.... patut le saya ni suka dan animal friendly. Heheh.. Tapi tak kretif pun. Luth ada 1 je pusar.
ReplyDeletehmmm betul.. org kata yg lebih dari 1 pusarnya lebih la akalnya... hahahahha.. sabor je ler.. sementara nak boleh fikir sendiri kan..
ReplyDeletememang ada dengar budak 2 pusar aktif lain macam..anak Che Mid sepusar sepusat je.. he he
ReplyDeleteDanish ada 1 pusar je.. tapi kenakalan & kedegilan buat aku selalu jadi singa noqs.. hahaha.. tp budak lelaki mmg mcm tu kann.. nak kata hyperactive pn ye jg.. super active pn yer jg.. pitammm! hahaha
ReplyDeleteLahai sape lah yang gunakan nama dan no phone akak tu.. tak baik sungguh!
ReplyDeletesy pon penah dengar fakta mengatakan..kepala yg ada 2 pusar ni bila berniaga or apa jua jenis perniagaan yg dilakukan mendatangkan hasil yg baik..terjadi kat suami sy yg brpusar 2 dikepala..Alhamdulilah pernigaan nya berhasil atas usaha dan keizinan dari NYA
ReplyDeletetulah skrg ni kan macam2 je teknik orang nak kena kan kita kan ! ermm grrr...
Buat report je pasal orang yang guna tu. Apa pun comel la budak kecil ni. =)
ReplyDeleteZH Blogger
Zakwan 2 pusar. Part bela haiwan ternakan tu selalu dh dgr. Tp part degil & nakal tu xpenah. Masa opah wan kite jumpa zakwan dulu, dia tegur.." O ada 2 pusar budak ni.. Baik budak ni"
ReplyDeleteTu opah wan yg ckp =)
hehehe ada gak orang kata dua pusar ni nnt bini 2.
ReplyDeleteapa2 pun doakan yang baik2 ...yang negatif tu kita buang ketepi...
ReplyDeleteDULU MASA SEKOLAH MENENGAH ADA SEORANG KAWAN.. DIA ADA 2 PUSAR.. USTAZ DEKAT SEKOLAH GELARKAN DIA PUSAU.. SAMPAI SEKARANG NAMA TU LEKAT KAT DIA.. SAYA YANG DAH LAMA TAK JUMPA DIA, TERJUMPA SEMULA DAN PANGGIL DIA PUSAU. PASAL NAMA DIA PON SAYA TAK INGAT.. DIA KATA DIA TAK SUKA NAMANYA DIGELAR PUSAU.. DIA PON CAKAP DIA TAK MAAFKAN USTAZ YANG GELARKAN NAMANYA PUSAU HINGGA SEKARANG NAMANYA DIA LEKAT. TAPI KESIAN JUGAK, USTAZ TU DAH MENINGGAL. TAPI KAWAN SAYA TU BERIYA-IYA CAKAP SAMPAI MATI TAKKAN MAAFKAN USTAZ TU.. MASHA ALLAH.. HANYA KERANA PUSAR..
ReplyDeletehehehe..sama jugaklah ngan anak2 saya kak. tunggu je la bobot zayyan tu besar sikit nnt..mmg berkungfu je la mummy ni
ReplyDeletesuka lah baca pengalaman mengandungkan Qhalif tuh.
ReplyDeletepertama kali tau baca pengalaman cam nih.
kalo zura berada di situasi tuh. mau fengsan sbb terkejut.
hehehehe
2 pusar mmg orng tua2 kata serasi kalau membela haiwan2 ternakan ni mmg jadi... tntang kes salah guna tu napa x wat lapuran Fiza..
ReplyDeletegrrrrr geram tgk anak2 akak hehehe comel2
ReplyDeleteSamalah Damia dengan Qhalif noks, dia pun ada dua pusar. Payah aku nak menyikat rambutnya sebab tak tahu nak sikat sebelah mana..hehe
ReplyDeleteHm, anak sy satu pusar jak kak. Tp masih kecik so mcm akak ckp tu la, at this stage of exploration satu atau dua pusar sama jak gayanya. Kuat panjat sana sini, pegang itu ini. Hehe..
ReplyDeletenice
ReplyDeletesinggah...follow
si darwisy tu dua pusar jgk. nakal tu tk tp kdg kala tu kalo dia kata itu, itu lah kita kna bt.. ada angin dia.. tp betui kot kata dato fazilah kamsah tu mmg nmpk cerdik dia tu.. ada je bnda dia nk reka.
ReplyDeleteanak saya uwais 2 pusar...memang panjang akai...orang kata kalo 2 pusar ni degil sikit...tapi abang uwais ok jek...qaysara pusar satu...behave jek dia...suka tolong orang...rajin...tapi kuat bebel...hehe..
ReplyDeleteuish takutnyer...biar betul kena buat report tu...
adik yg dua orang last tu pun ada dua pusar
ReplyDeleteyg no 2 pempuan ade 2 pusar
ReplyDeletebapok beso pusar
klu a, a la
takleh tukar2 dh
yg abag satu, tpi pusar dia dlm gak..
tu lagi pnjng akal..
hohohoh
mcm2 dh dia buatnya
Anak sedara 2 pusar...tapi dgr² mmg mcm tu spt dato' Fadzilah Kamsah cakap.....yg penting satu pusar ke dua pusar...membesar dengan sihat...
ReplyDeletesalam k.fiza..
ReplyDeleteanak cma pusar 1 .tapi letaknye nun kat ubun2.. susah nk sisir rambut..
melasak jgk budak berdua tu..
semoga mmbesar dgn sihat yer qhalif :)
suami saya ada 2 pusar.. bab nakal tu, ikut kata MIL saya, suami saya ni masa kecik xnakal tp sennag diurus...
ReplyDelete