1 FEBRUARY | Hari HIJAB SEDUNIA
Friday, January 31, 2014
Tak tau pon pasal kewujudan hari Hijab Sedunia nih. Buat yang tak der aktiviti weekend ni, bolehlah terjah Hijab Event kat Taman Tasik Titiwangsa nih. Mungkin ni sempena hari Hijab Sedunia ni kot.
Ok...meh kita baca tentang sejarah Hari Hijab Sedunia plak erk:
Di Malaysia, 1 Februari diingati sebagai sambutan Hari Wilayah. Biasanya pada tarikh tersebut pelbagai program diadakan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kahwin ataupun bercuti bersama keluarga.
Namun, tidak ramai yang menyedari bahawa pada peringkat dunia, pada tarikh yang sama, wanita di seluruh dunia menyambutnya sebagai Hari Hijab Sedunia.
Kempen memakai tudung ini bermula pada tahun pada 2012 oleh Nazma Khan, dari New York, Amerika Syarikat. Beliau yang berasal dari Bangladesh melalui pengalaman perit sebagai remaja yang berhijab di kota raya Amerika Syarikat itu.
Atas pengalaman itulah, timbul idea untuk mengajak wanita di seluruh dunia sama ada Muslim atau tidak untuk melalui pengalaman berhijab. Inisiatif yang dimulakan oleh beliau kini mendapat sambutan daripada wanita di seluruh dunia – Muslim dan bukan Muslim.
Tujuan kempen ini antara lain ialah untuk memberi penghormatan yang sewajarnya kepada pemakai hijab dan menghormati agama anutan mereka.
Oleh hal yang demikian, rakyat Malaysia turut digalakkan menjadikan hari tersebut sebagai suatu usaha menyedarkan masyarakat tentang kebaikan berhijab di samping menghormati mereka yang berhijab. Di samping menyedarkan masyarakat tentang syariat Islam akan kewajipan berhijab.
Jika ini berjaya dilaksanakan, tidak timbullah isu majikan yang enggan mengambil pekerja yang berhijab - wal hal agama rasmi Malaysia ialah agama Islam. Kerajaan patut menyiasat perkara tersebut dan lesen perniagaan mereka wajar di tarik balik.
Pelbagai cara digunakan untuk menggerakkan kempen Hari Hijab Sedunia ini termasuklah di laman web dan facebook. Yang berikut ialah antara komen dan nukilan yang diambil daripada World Hijab Day di facebook.
“Hijab freed me from my fickle and narcissistic addiction with fashion trends. It also freed me from the catish, negative, and competitive nature that hurts our sisterhood between sisters of all faiths. Hijab restored my ability as a woman with intellect, wisdom, and a good brain rather than being viewed as simply being an object of desire. World Hijab Day is a beautiful, safe, and loving way to share my choices with women everywhere.”
– Fatima Omar aka Spiritual Biz Mom (respected speaker and author)
"I work in a the Emergency Medical Service as an ambulance nurse-medic. When I reverted to Islam in the year 2009, my colleagues laugh at me because of my Hijab. They thought that one day I will remove it. But little did they knew I love the sense of it. My mom who is not a Muslim but she feels women should cover as it is ordered even in the Bible that is why she wears Hijab, how much more we Muslims? On Feb. 1; we will show the world that Hijab is not just a cover. It is where you can define modesty, and chastity, and righteousness."
-Maryam Shila (Dubai)
“This video actually brought tears to my eyes. Im a non-Muslim women planning on participating in February. I greatly admire Hijabi women for their commitment to their faith.”
- Kacie Brunette comment on video STRANGERS TRYING THE HIJAB!
Anda juga boleh berkongsi banyak kisah lain di worldhijabday.com. Moga wanita di Malaysia tidak ketinggalan menjayakan program dan kempen ini.
Sumber: Harakah Daily
Note: Selamat hari Hijab Sedunia uols.
13 komen
Owhh sy baru tahu
ReplyDeletebaru tahu ttg ni fiza tq for sharing
ReplyDeletetengs sharing... nina pun baru tau pasal ni. wahh hari hijab sedunia tu. memang best kalau dpt join
ReplyDeleteSalam ukhuwah.. Jemput follow blog saya di http://www.themagicgarden.blogspot.com.
ReplyDeleteTq :)
assalam,
ReplyDeleteinfo yang sangat menarik...bunda pun baru tahu, bagus juga kalau ramai2 kita sambut kempen nikan..
ohh.. ada ye HAri Hijab ni Fiza?? baru plak tau...hehe
ReplyDeletebagus juga dpt menggalakkan pemakaian hijab...
wah hari hijabb sedunia..kan sejuk mdengarnya..ni bru je tahu 11 feb tu hr hijab sdunia..
ReplyDeleteoooo...baru tauuuu...ada hari hijab
ReplyDeletecuba berhijab penuh dengan sebaik2nya !
ReplyDeletenampaknya saya ketinggalan ni.. saya baru tahu pasal kempen ni..
ReplyDeletesalam K.FIza..
ReplyDeleteoo...cma pun baru tau pasal hari hijab sedunia ni..
tq info
baru tahu
ReplyDeletebaru juga tahu pasal ni... melalui FB pada 1 Feb lalu...
ReplyDelete