EXCLUSIVE BREASTFEEDING | Apa Maksudnya?
Wednesday, December 18, 2013
Nak citer pasal breastfeeding. Masih ada lagi ker yang belum tau apa maksud 'Exclusive Breastfeeding'? Mungkin ada lagi yang masih salah faham apa maksud Exclusive Breastfeeding ni kan. Dan aku salah sorang daripadanya. Pada tafsiran dan pemahaman aku, Exclusive Breastfeeding ni bila baby yang di beri minum Susu Ibu selama 2 tahun tanpa sebarang makanan dan minuman lain. Tafsiran ini adalah salah. Aku yang dapat ajaran sesat ker atau aku yang salah faham...ahaksss...Tapi ni dulu lah. Skang dah faham. Itu pon lepas jumpa info dari blog UmmuSaif.com
Bayangkan lah selama ni aku ingatkan Exclusive Breastfeeding ni hanya susu ibu semata² selama 2 tahun. Kagum betul aku bila ibu² menyusu di luar sana dapat exclusive breastfeed sampai 2 tahun tanpa makanan lain...haishhhh...Naik jeles tau. Meh baca apa maksud sebenarnya:
Istilah “Exclusive Breastfeeding” ini telah diperkenalkan oleh WHO. “Exclusive” bermaksud seratus peratus susu ibu tanpa makanan atau minuman lain termasuk air kosong. Dan ia hanyalah terhad kepada tempoh enam bulan pertama usia bayi. Selepas umur enam bulan, makanan seperti bubur boleh diperkenalkan secara perlahan-perlahan kepada bayi. Pada masa yang sama, pemberian susu ibu boleh diteruskan sehingga umur yang disarankan oleh Islam iaitu dua tahun.
Dah faham? Bagus. Maksudnya 'Exclusive Breastfeeding' ni bayi yang menyusu ibu sepenuhnya selama 6 bulan tanpa air kosong dan minuman yang lain.
Hasil pumping petang semalam. Alhamdulillah...Hasil tenusu ibu untuk budak 1 tahun 8 bulan 5 hari masih meriah lagi. Rahsianya? SHAKLEE dan Air masak 3 liter sehari itu harus yer. Hasil pon ikut mood juga. Kekadang banyak kekadang sikit. Tapi tetap bersyukur. Supplement tu hanya tambahan untuk menambah kesihatan diri. Kalau makan supplement, tapi minum air tak cukup, think negative, malas pump...maka jangan haraplah nak dapat hasil susu yang meriah yer. Ingat tu. Peringatan buat diri sendiri juga nih.
Buat ibu² yang berhasrat nak fully breastfeed anak², di nasihatkan menimba ilmu, banyakkan membaca dan jangan malu bertanya pada orang yang berpengalaman pasal breastfeeding ni. Malu bertanya sesat jalan. Bukan senang nak fully breastfeed ni tau. Semangat yang kental dan tinggi perlu ada.
Note: Haku klo bab² BF ni memang hover.
26 komen
Yeay! Hi-5! :)
ReplyDeleteIn shaa Allah, kalau Allah izinkan 25/12 ni genap la nayli 2 thn 'syuma' ngan mama dia.. :)
susu ibu mmg terbaiklah !
ReplyDeleteAlhamdulillah..anak-anak setakat ni semua dpt exclusive dulu...dan bakal bersambung pada si adik till umur dia 2 thn kalau diizinkan Allah SWT
ReplyDeletemasa anak nombor dua...ema menyusukan hingga dua tahun lebih....
ReplyDeletetahniah atas rezeki Allah... dh x lma dh nk smp 2 tahun 2...
ReplyDeletewow hebat info ni. aku yang tak ada anak kecik ni pun rasa teruja macam nak ada anak kecik sorang lagi hehe..
ReplyDeleteMemang kagum dgn ibu2 yg bagi BF sepenuhnya pada anak2 ni..dulu2 ilmu tak banyak, Pae hanya sempat 2 bulan BF..pastu dah kena bagi susu formula...uwaa! sedih!
ReplyDeleteAlhamdulillah..masih byk rezeki utk anak fiza kan...:)
huhuhu...kalaula exclusive bf smp 2 thn...perghh..
ReplyDeletesalam kenal..nice info psl breastfeed..saye pon tgh brusaha susukan anak,,harapnya dapat bf smpai 2 tahun la..
ReplyDeletesaya follow blog ni ye..sudi2 la jenguk blog saya jugak..thanx
http://cikanem.blogspot.com/2013/12/hadiah-semua-orang-nak.html
pemahaman saya exclusive breastfeeding adalah minum susu ibu tanpa makan dan minum benda lain..takde tempoh masa.. cuma WHO recommend start introduce makanan selepas 6 bulan..
ReplyDeletedan saya rasa tak salah jugak pemahaman asal exclusive breastfeeding selama dua tahun tu.. sbb bayi lelaki yg tak makan minum benda lain selain dari susu ibunya selama dua tahun kan air kencing nya najis mukhaffafah kan..
takmakan papa sampai 2 thn...sian budak tu...hheee
ReplyDeletealhamdulillah masih diberi rezeki direct bf ariq smpai skang. anak paling jimat. xde botol ape ntah lg pump :)
ReplyDeletetahniah... byk tuh hasilnnya... rezeki anak namanya... hihi
ReplyDeletebetul kak...memg perlu smgt yg kental utk bf nie...
ReplyDeletekalo x memg separuh jalan je la jwbnya..
sy pun riso gak...alhamdulillah qisya till bf now..
itu pun jenuh membaca...itu ini..
tp syg bila org xfhm konsep bf mula nk persoalkan org lain yg bf heheheh..
aduhai..rugi kalo xdpt bg makanan yg terbaik pd anak..
Owh.. Mieza pun dah fikir macam Fiza gak.. Rupa2nya salah sudah.. Huhu.. In Shaa Allah nak fully bf anak kalau ada rezeki nanti.. Exclusive bf of course.. =)
ReplyDeletehttp://miezashaklee.blogspot.com
yg takda pengalaman nie pun gigih belajar psl ilmu BF.... basic konsepnya 'demand vs supply'... makanlah set lengkap BF shaklee tapi klu mls nak pump, tak cukup minum air, fikir -ve tak jadi gak.... eh, ai pun over gak klu bab BF.. hahaha.... :D
ReplyDeleteSO, DUA-DUA ANAK SAYA TELAH PUN DIBERI SUSU IBU SECARA EKSLUSIF.. :)
ReplyDeletememang kagum pada ibu-ibu yang berjaya bf. bukan mudah kan dan bukan semua diberikan rezeki sedemikan..
ReplyDeletetak pe sesekali over...kasi semangat kat kengkawann baca kan..
ReplyDeleteyeahhh ..morning u :)
ReplyDeletealahai kita pun baru tau..hehehe. Apa pun terima kasih sudi berkongsi rahsia dan tips tips untuk kekalkan susu sentiasa meriah. sayang awak..muahh hehehe
ReplyDeletegud info for me even im not married yet ngeeh ;)
ReplyDeletebetul tu fiza, kdg2 emosi mak pun kena stabil klu tak pengeluaran susu kurg memberansangkan...akak pun bersemangat juga,nak2 klu sekali pump tu penuh sebotol.. bersyukur sgt2
ReplyDeletethanks kak atas perkongsian ni.
ReplyDeletein shaa Allah akan semat di minda kemas kemas.
doakan sy ye kak :-)
nice sharing.. berguna buat bakal2 ibu. susu badan memang paling bagus buat bayi :)
ReplyDeletesalam k.fiza..
ReplyDeletethanks for sharing..
cma dulu tak fully BF.. dua2 anak, umo 6 bulan dah tak mau BF..
huhu.. tapi cma support BF!