Big Bad Wolf Kami Datang!!!

Monday, December 16, 2013



Alhamdulillah...berjaya juga menjejakkan kaki ker Big Bad Wolf Book Sale 2013 jumaat aritu. Plan asalnya nak gi pepagi sabtu tu. Kononnya lah kan. Sekali plan bertukar. Dari nak bawak QahirahQhalif gi jumpa paed kat Az-zahrah jumaat malam tu, kita gi BBW dulu lah. Esoknya baru gi Az-Zahrah.


On the way nak masuk MIECC tu dah berderet² keta. Tapi bila masuk dalam banyak lagi parking nya. Letih juga nak naik tangga. Nasib tak bawak stroller. Sampai² jer dah teruja tengok buku² yang berlambak tu. Orang pon boleh tahan ramai juga. Sebelum membeli buku, kita isi perut dulu. Kat atas tu ada di sediakan gerai² makan. Harga pon boleh tahan mahal. Nasi lemak seciput harganya dua hinggit.


Hajat di hati nak letak si abah dan anak² kat playground ni jer. Erkkk..abah tukang jaga jer...ahaks...Boleh lah si ibu membelek dan memilih buku dengan amannya tanpa gangguan. Sekali fees mahal lah. RM10.00 untuk sejam. Socks plak RM2.00, anak aku 3 orang. Total RM36.00. Sejam tu belum tentu cukup untuk aku khennn. DI sinilah fasa kesediham bermula sebab terpaksa angkut askar² ku. Faham² lah bila dgn anak² ni kan. Macam² karenah.


Apa² hal, kita babywearing dulu. Si qhalif plak buat perangai. Merengek nak tido gamaknya. Letak dalam Boba 3G nih, tak sampai 10 minit dah lelap. Tapi kan, frust sebab tak dapat nak pilih² buku anak² dan novel. Iyerlah...nak membeli kena lah baca juga sket² jalan ceritanya kan. Si dia plak jenis tak suka crowded² nih dan bukan jenis kaki buku.. Aku rembat mana yang sempat jer...huhuhu...


Yang paling frust, ada bahagian buku kanak² yang aku tak gi. Aku masuk ikut pintu lain. Section buku kanak² ni ada dekat main entrance depan. Masa nak bayar baru perasan sebab kluar ikut situ...uuwwaaaaaa...nak nangis rasanya sebab banyak buku² yang menarik dan murah. Macam buku smurf tu. Nak juga membelek buku anak² kat situ, tapi kang ada yang pandang² jeling², naya haku. Aku suka beli buku anak² nih. 

Nak tunjuk hasil rembatan pon malu ko. Sebab tak banyak sangat pon yang dirembat. Tak sempat nak memilih dan membelek sebab ada orang dah rimas dan penat dengan crowded dalam tu. Pengajarannay...next time kalau ada lagi aku nak gi sorang². Suruh si dia hantar jer. Aman sket kan. Harap² ada lagi lah tahun depan. 

Note: Tak terfikir plak nak amik cuti on weekday gi BBW....haishhhh...


You Might Also Like

40 komen

  1. wau...banyak nya...mesti fiza banyak beli nie..especially buku anak2 kan

    ReplyDelete
  2. Kalau tempat sesak gitu confirm tak best bawak anak. Nanti dorang meragam... Sudahnya tak dpt nak memilih. Fiza pun pernah gitu jugak dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah fiza. Klo tak bawa nak letak mana plak bebudak tu...huhuhu...

      Delete
  3. wah..meriahnya..tak pernah gie pun....

    ReplyDelete
  4. Ai is jeles bila ada yg sempat p bbw. Dh dok jauh ni kene pk byk kali huhu.
    Hrp thn dpn ada lg..Nak terjah jugak!

    ReplyDelete
  5. sayangnya kan...patutnya jemah nak G sabtu pagi..sekali prob pulok...air takda kat umah hampir dua hari..adoii payah tu last2 duduk je la kat umah...en asbeen kata payah nak kuar, tak bersih gini kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiii...siannya jemah. Tak per, tahun dpan klo ada blh gi.

      Delete
  6. saya tak pergi pun..encik suami pun tak teruja nak pegi..sobss..

    ReplyDelete
  7. Assalam ...seronok kan berjalan2 bawa anak2...memang banyak tempat dan mall sekarang adakan jualan buku murah2...

    ReplyDelete
  8. share la hasil rembatan mu itu.. nak gak tgk. Saya pulak tak pegi sebab saya yang tak suka gi tempat crowded. Heheh. Lagi pun nak pilih bila dah banyak mcm tu pilihannya mau migrain otak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa...malu lah lyd. Tak banyak pon hasil rembatan. Memang migrain nak memilih.

      Delete
  9. shopping ngan bby ni susah sket... bila diorg dah penat mulalah meragam...

    ReplyDelete
  10. wah seronoknyer fiza, KA x smpt lagi.. done nuffngx2 yer

    ReplyDelete
  11. ema pun pergi ke sana..tp pergi event blogrrr kat level 2..hanya suami yg masuk ke dalam tu...alih2 dua buah buku jer dia rembat....bila tanya utk anak-anak ada tak..dia cakap ada...frustlah juga tak beli utk anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...2 buku pon jadi lah. Tapi memang rambang lah tgk buku bebudak ema.

      Delete
  12. dee tak pernah lagi pegi..takut beli tp tak baca2..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, saya sempat rembat 2 buku utk diri sendiri.

      Delete
  13. best...best...bestnyerrrr....asyik xsempat je nk gi...mr hubby kata sesak ramai org...dia sian ke baby..huhu...pendam je la bila dia xnk bwk ke sini...huhu...

    ReplyDelete
  14. Dah beruntung benar tu Fiza dapat membeli banyak. Diskaun tip-top lagi..

    ReplyDelete
  15. Tahun ni nampaknya terlepas peluang nak pergi memborong buku di BBW tu... Buku beli tahun lepas pun tak habis baca...

    ReplyDelete
  16. a'ahlah, sama entry kita.. saya pergi time pagi buta , mmg tak ramai org. dapat tolak dua stroller dengan lenggang kangkung... tapi masa dah nak balik tu mmg dah mula ramai org. betul betul, kat luar tu mmg lagi byk buku/cloth book utk baby. saya beli juga. next time kena terjah area situ dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah idazs. Kat situ yg saya terlepas pandang. Memang rugi rasanya.

      Delete
  17. belum pernah ke event mcm ni lagi, tapi klu dpt pergi memang best ;)

    ReplyDelete
  18. Wahh bestlah.. mmg berbaloi. Sayangnya sbb x kesempatan utk sy pergi.. mmg beruntung.. :)

    ReplyDelete
  19. bca kat blog mana ntah. katanya elok pergi tgh tgh malam .x ramai org.

    ReplyDelete
  20. salam k.fiza..

    cma tak pernh lagi pegi pesta2 buku mcm ni.. mesti tambang biji mata tgk novel n buku anak2 yg murah.. :)

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive