Bagaimana Mencukupkan GAJI??
Friday, December 20, 2013Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:
1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
2. Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rizki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!
7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sadaqah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja keluarga dll.
Note: Jom amalkan. Smoga rezeki kita bertambah murah.
33 komen
Gaji....oh gaji
ReplyDeletebetul tu...kongsi dengan ibu bapa lebih berkat kan sis..insyaallah....
ReplyDeleteSalam fiza...terima kasih share entry n
ReplyDeletesokong dengan semua tips2 ni...jom amalkan
ReplyDeleteALHAMDULILLAH.. SAYA FAHAM.. INSHA ALLAH AKAN CUBA MEMPRAKTIKANNYA YANG MANA SAYA MAMPU..
ReplyDeleteaduh..banyak lagi nak kene cehck diri nie..
ReplyDeleteAlhamdulillah,, yang sikit kita buat cara sikit yg banyak cara banyak.. bila dah saling tolong bantu membantu In Syaa Allah berkat dan diredhoi... aminn
ReplyDeletesy buat pemotongan gaji tiap bln ke TH... nak sgt pegi sana
ReplyDeletemoning sis
ReplyDeleteThanks for sharing
ReplyDeleteSetel semua itu barulah berkat dan pasti gaji akan cukup punya kan Fiza...
ReplyDeleteinsyaAllahhhh diamalkan..semoga ckup rezeki kita...
ReplyDeleteperkongsian yang sgt bagus nok...
ReplyDeletesama2 kita amalkan...
tengs sharing...
orang takut nak sedekah sebab takut tak cukup..sebenarnya sebab mereka kedekut mereka tak cukup..
ReplyDeleteTQ sharing fiza...sgt2 bermanfaat N3 ni, tambahan plak dgn pelbagai kenaikan skrg ni..erm! apa pun kena pndai save budjet skrg ni...huhu
ReplyDeleteitu kalau yg takde hutang. kalau yang hutang dengan bank pasal loan rumah, loan keta, study loan, personal loan, computer loan... haihhh... tu yang pening skit nak allocate tu. Tapi part yg bagi kat org tua tu betul la.
ReplyDeleteinsha Allah jika bersedekah Allah akan tambah lagi
ReplyDeleteinsyaallah... nak sgt hati nih selalu redha.. huhu
ReplyDeletesangat setuju
ReplyDeletesetuju sgt... kalau kita bg duit kita kat orang, rezeki kita makin bertambah sbnarnya
ReplyDeletegood tips..yup..bila kita memberi pada orang..Allah akan memberi kita lebih lagi..
ReplyDeletethanks for sharing. tanggungjawab kepada ibu bapa itulah yang wajib kita sempurnakan. sikit atau banyak tak penting. yang penting keikhlasan kita..
ReplyDeleteBetul betul.. setuju sangat. Lagi2 yang no 1 tu.. mak ayah jangan lupa. :)
ReplyDeleteThanks for sharing fiza
ReplyDeleteBykkn sedekah kpd yg memerlukn..moga rezki bertmbh murah :)
ReplyDeletealhamdulillah.. boleh la beri sikit duit gaji kt mak ayah
ReplyDelete
ReplyDeleteya betul tu..
even doa pon... ada ustaz ckp, antara doa yg cepat dimakbulkan kalau dlm doa tu kita turut berdoa utk ibu bapa kita.
ReplyDeletesetuju sangat fiza, insha allah jika amalan begini diteruskan kehidupan sejahtera dn diberkati Allah
ReplyDeletesalam k.fiza..
ReplyDeletehehe..ade yg terkene kat btg idung sendiri pulak.. :p
terima kasih sharing..insyaAllah.. mudah2an gaji kita itu berkat :)
Setuju sgt dgn apa yg akak share.. baru la berkat duit gaji yg kita terima setiap bulan.. =D
ReplyDeleteAlhamdulillah ingatan yg baik.
ReplyDeletebetul tu fiza..tq share
ReplyDelete