JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG MENANGIS

Friday, November 01, 2013


Budak ni nangis bukan sbb kena pukul tau. Tapi tengah merajuk sebab ibu dia tak layan...hehe..

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ). 

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya. 

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. : 

Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ~* ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)


Note: Bertabah dan Bersabarlah dalam mendidik dan menagani kerenah anak² kita. Peringatan buat semua dan buat diri sendiri juga ni.

Extra Note: Selamat datang November. Kejap jer kan.





You Might Also Like

26 komen

  1. terdapat ibu bapa yang psiko sanggup memukul dan mendera anak yang masih kecil..

    ReplyDelete
  2. yer..kdg2 hilang sabar sampai terpukul..sian anak2..huhu..

    ReplyDelete
  3. itulah dia anak...
    menangis terus kita pujuk...

    ReplyDelete
  4. cabaran menguji kesabaran ibu nak membesar anak² ni.. bukan bulan baru jer.. jumaat terakhir 1434 hijrahkan..

    ReplyDelete
  5. nice share.. mmg geram je kan kalau anak tgh nangis tu.. mmg kena sabar byk2

    ReplyDelete
  6. Tapi kakak dgn abang tak kiralah Fiza anak kecik ke anak besar kami memang tak pukul anak sebab kena marah pun mereka dah kecut... sakit tau kena pukul. N3 ini bagus - kakak suka.

    ReplyDelete
  7. lahai..comel lak bila tengok qhalif tensen cenggitu..hihi...ciannn dia

    ReplyDelete
  8. Walau mcm ne pun Fiza, bdk yg nanges tu comel sgt2 tau. Hahahahaha!

    ReplyDelete
  9. Memang mencabar jadi ibu bapa ni.....kena banyak bersabar dalam mendidik anak.

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yg menarik buat ibu bapa semua.tq

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum fiza....sokong tu...;)

    ReplyDelete
  12. as-salam
    betul tu kak.thanks share ye.
    *tima kasih sbb bg semangt

    ReplyDelete
  13. MEMANG PERNAH TERBACA MAKLUMAN SEPERTI NI..

    ReplyDelete
  14. peringatan yang baik untuk semua :)

    ReplyDelete
  15. sedih tgk video budak kene pukul di taska tu, siannya diperlakukan mcm tu, eiii geram tgk yg memukul tu moga dpt hukuman setimpal

    ReplyDelete
  16. betul tu..pujuk la anak tu kalau mngis jgn pukul kesian kat dorang

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing kak..peringatan buat saya juga..mmg cabaran ibu2 muda mcm kita ni dlm nk besarkan anak2..

    ReplyDelete
  18. tq atas ingatan..kdang2 kita mudah alpa dn lupa kan..I sayang anak2 I...:)))

    ReplyDelete
  19. Hebat kan Rasulullah kita. Kalau dipikirkan logik akal, takkan la Baginda tau bab2 didik anak ni. Dah la yatim piatu, adik beradik pon xde. X penah plak dengar Baginda tolong jaga anak sedara ke apa. Tapi cemana Rasullullah bleh kluar sabda camtu. Allah punya kuasa.

    ReplyDelete
  20. selalunya kalau budak2 nangis mesti rasa nk pujuk. nice entri :)

    ReplyDelete
  21. Huhu.. Nasibla belum ada anak.. Mieza ni baran sikit, lepas tu tak tahan dengar bunyi bising..Rasa bingit telinga.. Pastu mulalah nak mengutil jer keje.. Anak buah dulu selalu gak kena kejar ngan batang penyapu.. Tapi takdela pukul pun.. Acah jer.. Ngeeee~
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  22. Betul tu... Dalam mendidik anak2. Kesabaran kenalah tinggi :)

    ReplyDelete
  23. kdg2 dgn anak2 kecik mmg teruji betul kesabaran kan !

    ReplyDelete
  24. anak2 anugerah yg terindah..kena bnyak bersabar hadapi karenah dia orang..

    ReplyDelete
  25. Perkongsian yg sgt bermanfaat.. t kasih.. :)

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive