STRATA TITLE Dan MAKSUDNYA

Tuesday, October 22, 2013


Ok...Strata Title for my Home Sweet Home Apartment dah siap. Gulpppp...telan air liur jap bila tengok fees. Nasib tak fengsan. Mari kita mengumpul duit dari skang. Harap2 dapat bonus sebelum due date nak kena bayat Strata Title ni.

Apa itu Strata Title? Meh nak explain sket pada yang belum tahu. Ok murid2, Strata Title adalah Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah bermilik yang dipegang sebagai satu lot dimana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan (Seksyen 6 AHS). Contohnya rumah Pangsa, Pangsapuri, Condominium, Penthouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai. Kalau rumah bawah atau landed house, ianya dipanggil Individual Title.

Ok, tempoh yang diberi untuk settle kan bayaran Strata Title ini adalan 12 bulan bermula dari tarikh surat yang dihantar oleh Lawyer pada kita. Dan kena make sura semua fees seperti maintenance, cukai tanah dan apa² jenis cukai kena clear. Then baru bley bayar Strata Title ni. Kalau lewat bayar dari tempoh yang telah ditetapkan, kena penalty babe. Tapi kan, expenses charged dari lawyer ni mahal tau. Travelling Expenses jer sampai RM300.

Antara lain yang perlu anda tahu mengenai Strata Title.

S: Bilakah Hakmilik Strata perlu dipohon?

J: Permohonan boleh dibuat oleh pemaju/pemilik tanah walaupun bangunan yang telah siap dibina itu belum dikeluarkan Sijil Menduduki (C.F.). Permohonan sedemikian hanya akan diluluskan oleh PTG setelah hakmilik tetap dan Sijil Menduduki penuh diperolehi.

S: Bagaimanakah caranya memohon Hakmilik Strata?

J: Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan bayaran dan lain keperluan seperti dalam senarai semak.

S: Mengapakah Hakmilik Strata perlu dipohon dan didaftarkan?

J: Ia bertujuan untuk menjamin kepentingan pembeli rumah berbilang tingkat sebagai pemilik berdaftar dari segi pegangan hakmilik strata. Faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh pemilik petak berdaftar seperti berikut :-
  • Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer setiap petak. 
  • Hak ke atas keuntungan dari hasil jualan tanah sekiranya pecah bahagi bangunan ditamatkan atau tanah dijual. 
  • Hak ke atas pampasan insuran akibat dari bencana alam.
  • Hak mendapat sokongan, perkhidmatan dan perlindungan bagi petaknya. 
  • Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik berhubung dengan petaknya seperti membuat urusniaga (pindahmilik, memajak, menggadai dan sebagainya).
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Petak? 

J: Di dalam skim strata, unit strata dikenali sebagai ‘petak’.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan Petak Aksesori? 

J: Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.

Sumber: SINI

Note: Nama jer kerja bahagian Property Development. Tapi Strata Title pon baru nak amik tahu...ahaks...

posted from Bloggeroid



You Might Also Like

38 komen

  1. bab belu ngumah aku mmg pening

    ReplyDelete
  2. Rumah bru ke Fiza? Kemain fees die ye?

    ReplyDelete
  3. tu diakan.. dulu masa rumah akak sri damansaratu gituler... jangan pandang mudah yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Klo nak beli umah, kena spare duit utk strata title ni.

      Delete
  4. bertabah la noks...nak duduk rumah sendiri mmg mcm2 kena keluarkan duit dulu utk permulaan...mmg sakit sikit tapi penghujungnya kita akan hepi sbb kita dpt rumah sendiri...


    semoga semuanya dipermudahkan ye dear...

    ReplyDelete
  5. Berpinar jugak otak nak faham ni.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Memang fengsan bitt. Nasib tak fengsan betul2 ☺

      Delete
  7. Apakan daya kena bayarlah juga FIza demi harta itu pun milik kita juga..

    ReplyDelete
  8. Charging lawyer mmg saya takut tengok...hahahaha...Travel guna apa sampai RM300 tu...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khenn dr. Memang cekik darah betul. Manyak untung tu.

      Delete
  9. tq berkongsi sama yer !

    ReplyDelete
  10. tq share info.. semoga dipermudahkan semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...in shaa allah. Info yg baik haruslah di kongsi bersama.

      Delete
  11. selalu memang mcm tu fiza, bila kita alami situasi mcm ni automatik kita akan tahu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah aju. Pernah juga gi briefing pasal ST ni, tapi tak amik port. Bila dah kena, baru tau ☺

      Delete
  12. Bagus perkongsian ni.. informatif. T kasih :)

    ReplyDelete
  13. OOO... SEDIKIT SEBANYAK SAYA FAHAM.. TQ

    ReplyDelete
  14. Ok tu. .. pasni dok rumah sendiri. Investment yang baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah duduk umah sendiri MA. 4 tahun dah ☺

      Delete
  15. ooo saya baru pertma kali dgr.. hiihii

    ReplyDelete
  16. Apa hal mahal sangat nak dapat strata title ni. Bulan free ke? Sejak dulu takde pun strata title, takde apa2 pun jadi kat rumah flat aku. Siap dah jual dah pun.

    ReplyDelete
  17. Assalam puan. Nk tanye tempoh proses strata siap.
    Berapa bulan/tahun ye puan kite kena tunggu sampai siap? Harap puan sudi balas pertanyaan saya ini.
    Tq in advance.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive