QADA' dan QADAR yang perlu diketahui dengan JELAS Maksudnya!!!

Friday, September 13, 2013


Terdapat dua jenis takdir yang kita sedia maklum iaitu QADA' dan QADAR. Tapi jelas ker kita dengan maksud QADA' dan QADAR ni? Meh nak kongsikan supaya uols jelas dengan maksudnya.

QADA' dan QADAR

Takdir Qada' (kehendak Allah) boleh diubah melalui berdoa, melakukan amalan soleh, ataupun berusaha.

Contoh Takdir Qada' adalah berkenaan dengan rezeki (duit), jodoh (perkahwinan - pemilihan, kebahagiaan), tarikh kita mati (sama ada panjang ataupun pendek, itu sebab ada doa supaya memohon panjang umur dan sebagainya, menyambung silaturahim. 

Takdir Qadar adalah berkenaan ketentuan Allah (tidak boleh diubah sampai bila-bila)

Contoh Takdir Qadar adalah mati, (setiap yang hidup pasti akan mati), jantina (kita boleh ubah, tetapi itu dilaknat, tetapi ianya hanya usaha yang palsu dan tidak berhasil secara sempurnanya), Setiap orang yang panjang umur pasti menjadi tua (tidak boleh ubah yang sudah tua hendak jadi muda). 

Kedua-dua jenis Takdir ini perlu diketahui dengan jelas, supaya seseorang itu tidak menyalahkan takdir, apabila pendapatannya sedikit, ataupun jodohnya tidak panjang, kerana perkara seperti ini termasuk di dalam Qada' Allah iaitu Takdir yang kita boleh ubah dengan mengamalkan 3 kaedah mengubahnya termasuk berdoa. 

Malam Lailatur Qadar itu adalah masa yang antara terbaik bagi mendoakan supaya Qada' kita berubah dari yang baik kepada lebih baik. Sekiranya sekarang kurang baik, supaya menjadi baik.

Sumber: FB Shamsuddin Kadir

So...dah jelas kan apa maksudnya. Jangan sedap mulut jer nak cakap "owh...dah takdir aku hidup miskin"..."owh...dah ditakdirkan jodoh aku dengan si dia"...bla,,bla...bla.... Pada hal kita boleh jer ubah nasib kita. Pokok pangkal nya diri sendiri....NAK atau TAK NAK. SANGGUP atau TAK RANGGUP.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” - Ar-Ra’d : 11

Tersenyumlah ketika kita kehilangan sesuatu kerana ALLAH telah menyediakan yg terbaik untuk kita
Tersenyumlah ketika kita bersedih kerana ALLAH akan menghilangkan kesedihan kita kepada kebahagiaan
Tersenyumlah ketika kita disakiti kerana ALLAH akan mengubah kesakitan kepada ketenangan
Tersenyumlah dan terus tersenyum kerana pertolongan ALLAH sudah hampir

Note: Wanita yang kuat/tabah  adalah wanita yang mampu tersenyum di waktu pagi seperti dia tidak menangis semalam. 

Extra Note: People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget HOW YOU MADE THEM FEEL





You Might Also Like

20 komen

  1. Dah takdirnya minyak naik harga ustaz fathul bari kata.

    ReplyDelete
  2. ermm bukan tak paham atau tak tahu psl ni tapi terleka terlupa dan terhanyut dalam mengenang nasib diri..sekurang kurangnya ada yang mengingatkan...terima kasih akak..entry yang sgt bermakna

    ReplyDelete
  3. Ha perkataan yang orang selalu misuse kan, sikit2 letak pada takdir. Harap ramai yang baca ni dan jelas akan maksud nya.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, dapat ilmu lagi hari ni.. Thanks Fiza atas perkongsian ilmu ni.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  5. saya suka entry ini. memang kena dengan jiwa sekarang. allahuakbar. suke suke suke.

    ReplyDelete
  6. nice info kak fiza. TQ for sharing. peringatan untuk saya yg kadang2 "terlupa"..

    TQ again.

    ReplyDelete
  7. Salam K.FIza...

    uhuhu..tau ape maksudnya..tp lepas baca perkongsian ni,lebih memahami..
    thanks sharing..

    ReplyDelete
  8. so, kalau org ckp dh mmg jodoh aku ngan laki org...salahlah kan..kan..kan...

    ReplyDelete
  9. Betul tu setuju dengan pendapat fiza..

    ReplyDelete
  10. nice sharing kak...jelas maksud qada dan qadar

    ReplyDelete
  11. thanks sharing...
    insyaallah mudahan qada dan qadar kita adalah terbaik dalam hidup kita kan.kena banyak doa..

    ReplyDelete
  12. • Definisi oleh Imam Al-Asy'ari
    Qadha' : penentuan atau penetapan yang telah sedia dibuat oleh Allah SWT
    diazali bagi segala-galanya.
    Qadar : perlaksanaan Qadha' itu, iaitu segala-galanya yang telah ditentukan oleh
    Allah SWT diazali itu pasti akan berlaku dan tidak boleh tidak.

    ReplyDelete
  13. • Definisi oleh Imam Al-Asy'ari
    Qadha' : penentuan atau penetapan yang telah sedia dibuat oleh Allah SWT
    diazali bagi segala-galanya.
    Qadar : perlaksanaan Qadha' itu, iaitu segala-galanya yang telah ditentukan oleh
    Allah SWT diazali itu pasti akan berlaku dan tidak boleh tidak.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive