Marah Seorang SUAMI dan ISTERI!!!

Friday, August 02, 2013


Marahnya seorang Isteri:

"Ustaz...isteri saya bila marah suka jelign saya dengan ekor mata.Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pon ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum Sundal Malam lah pulak "

Marah Seorang Suami:

Sifat amarah sifat Iblis. Pandang wajah isteri ketika marah. Renung matanya. Mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasa lah...isteri bila dimarah atau di herdik akan mudah menangis.

Apa kata, ketika marahkan suami, cepat² pandang pokok² yang hijau atau warna² lembut. Jangan sesekali tengok warna² yang garang. Warna memainkan peranan ketika marah. Ulama' kata kalau di rumah ada naskhah Al-Quran, pandang sahaja Al-Quran dan istighfar. Ambil wudhu', nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.

Suami yang sedang marah, cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya. Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika anda memarahinya. Sesungguhnya  air mata itulah juga yang berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk anda. Pandang pada tangannya...tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk anda. 

Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita, bukan emosi

Sekadar peringatan buat para suami dan isteri. Terimalah kelebihan dan kekurangan suami dan isteri kita seadanya.

Note: Biasalah ni...marah² sayang ☺☺



You Might Also Like

19 komen

  1. tu la kak..tapi kadang2 tu terlepas jugak..dah lumrah kan..hihi

    ReplyDelete
  2. betul..belajar terima segala kekurangan pasangan kita seadanya..

    untung bila dpt suami-isteri yg really understanding each other..

    ReplyDelete
  3. tq for sharing. somi saya diam je kalau marah, saya pulak kalau marah kuat membebel hehe

    ReplyDelete
  4. SAYA KALAU BEBETUL MARAH, SAYA KELUAR RUMAH.. MINUM TEH DULU PASTU BALIK.. BIASANYA BALIK JE SAYA DAH REDA.. :)

    ReplyDelete
  5. biasa dalam hubungan suami isteri..tak boleh nak lari...
    barulah meriah,..hehe

    ReplyDelete
  6. saperlar X sayang isteri, tapi ada mak kann.,kannnns eEeehHHe

    ReplyDelete
  7. Dah marah mana ada nak tengok mata Fiza hihii.. tapi kalau tengok quran tu oklah juga sebab nak bagi redakan rasa marah kan..

    ReplyDelete
  8. Betulx3. Terima sahaja kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing

    ReplyDelete
  9. betul tu fiza, klu diikutkan mmg ada je yg tak kene kan, tapi semua tu mengeratkan lagi hubungan sesama pasangan ;)

    ReplyDelete
  10. ooo buat gitu yea masa marah..emm boleh di praktikkan nanti..InsyAllah..

    ReplyDelete
  11. ingatan untuk diri sendiri juga !

    ReplyDelete
  12. alhamdulilah thanks kak peringatannye

    ReplyDelete
  13. kena belajar control marah. hehehe... diri sendiri pun takut nak marah sebab konfem la yang kena marah tu sedih giler jadinya nanti.

    ReplyDelete
  14. kalau marah kira suka diamkan dlu. nt bila marah dah reda baru ckap kt suami apa yg dok tak puas hati. tapi tetap kena cakap klu tak terbuku dalam hati susah pulak hihi

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive