Siapalah Kita untuk Menghukum...
Monday, July 22, 2013
Sebab kita bukan tuhan. Semuanya sudah tertulis. Sangat sedih bila membacanya. Tak kan ada seorang ibu yang sanggup tinggalkan anaknya dengan sengaja dalam kereta. Kecuali kalau ibu itu memang mental. 5 jam terperangkan dalam kereta dengan keadaan cuaca yang panas. Dah tertulis ajal si anak pergi dengan cara begitu. Kalau bukan dengan cara itu pon, barangkali dengan cara yang lain.
Kita yang membaca pon rasa sedih apatah lagi si ibu yang kehilangan anak buat selama² nya. Rasa trauma, kesal dan rasa bersalah mungkin akan menghantui si ibu seumur hidup. Tapi yang paling sedih bila ada yang menghentam si ibu ini. Iyer...memang betul dia cuai. Si ibu dalam situasi yang kelam kabut dan tergesa². Bila seseorang dalam keadaan yang macam ni, ianya boleh menjadikan kita seorang yang pelupa dan careless. Kita sendiri pon tak terkecuali dengan situasi yang macam ni. Tapi takkan anak pon boleh lupa kan? Itu semua percaturan allah...kun faya kun - 'jadilah', maka jadilah ia. Kita tak berada di tempat si ibu. Boleh lah kita mengutuk, mengeji dgn komen² yang kejam. Cuba kena kat batang hidung sendiri? Bersyukurlah kerana ianya tak terjadi pada kita.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Jangan lah ditambah lagi luka si ibu kerana dia dah cukup terluka kerana kehilangan anak. Yang pasti, si anak dah menunggu ibu bapanya di SANA nanti. Kita ada ker? Jadikanlah ianya sebagai satu pengajaran dan peringatan buat kita supaya lebih berhati². Semoga parents ini tabah.
Note: Ini hanya pendapat aku. Terpulang pada pandangan masing² nak menilainya.
34 komen
Ini semua takdir yang dah tertulis sejak dari azali.. harap parent arwah adik tu tabah menghadapi dugaan yang kuat ni... InshaAllah.. sedih =(
ReplyDeletesetuju tu..
ReplyDeletekesian... tak tau nak cakap apa.. sbb kita pun ada anak..
ReplyDeletesedih kan...kesian sgt. harap keluarga terutama ibunya tabah. mesti trauma sampai bila2
ReplyDeletememang tak boleh tgk muka arwah, semoga ibunya tabah mengahadapi, ini semua sudah ketentuannya
ReplyDeletemmg sedih sgt baca...org ni tak kena kat diri sendiri x tau..tahu mencemuh aja. yg pasti arwah adik ni ahli syurga..
ReplyDeletepengajaran buat kita semua..
ReplyDeletebetul lah.. siapa yg inginkan semua ni berlakukan !.. ketentuan allah swt tu !
ReplyDeletetakkan nak salahkan ibu cuai...
ReplyDeletekadang aku pun cuai..terlupa...
berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul...sesal seumur hidup tuuu
Betul tu Fiza.. Segala yang berlaku ni dah ketentuan dariNYA.. Mungkin juga ada kesilapan dari si ibu tu snediri. Tapi kita sebagai sesama manusia tak berhak nak menghukumnya.. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Kita yang di luar ni pun dapat pengajaran supaya lebih berhati2 lepas ni..
ReplyDeletesedih bila baca kisah ni..tak tau camner ngan ibu dier..mesti trauma..
ReplyDeleteMemang dah namanya ajal. Tapi sangat tak patut dengan kecuaian sebegitu. Kalau di luar negara dah kena ambil tindakan dah.
ReplyDeleteYerlah anak itu anugerah. Anugerah kena di jaga. Pelik takkan dia tak sedar anak dia baring di seat belakang. Kereta apa dia pakai sampai tak perasan? Pakai kereta Vellfire ke alphard ke. Besar jauh kebelakang.
Kecuaian ini sangat membuatkan ibu-ibu lain hampa. Kecuaian yang tidak dapat dimaafkan sebenarnya.
jemah sokong ngan pendapat mung...siapa kiter untuk menghukum dier kan..dah tertulis ajal arwah pergi cara tu, kiter sebagai hamba redha je la...tadi kat opis pon dorang dok bising..bila jemah kata...takda ibu yang sanggup buat gitoo...ni semua ajal dier..nak salahkan ibu tu nape...kalo ibu tu mental ye la...
ReplyDeleteBaru aja berbincang dgn kawan2 soal ni. Sama yg dibincgkan. Geram dgn komen yg menghentam si ibu. Mungkin mereka terlupa pada qada dan qadar yg telah ditetapkan oleh Allah.
ReplyDeleteSetuju... kesian ibu yang baru kehilangan , ditambah dengan pelbagai tohmahan masyarakat. Kadang2 diorang ni cakap tak pakai otak, hati. Pakai sedap mulut je kannnn.
ReplyDeletesbg ibu mesti dah cube yang terbaik utk anak..oh..tacing...
ReplyDeletebetul tu... tak jadi kat kitew boleh la cakap mcm2... kesian kat mak budak tu... dah terjadi... sape la kitew utk menghukum
ReplyDeleteTadi CM terbaca entri Wardina Saffiya ttg ini. Memang sangat baik dibaca.. ttg anak itu masuk syurga dan menanti ibunya di sana..it can happen to anyone though.. jadi takde ruang utk kita saling menyalahkan hanya kerana ia tidak berlaku pada diri sendiri..
ReplyDeletebetoiler akakpun tak setuju orang nak salahkan si ibu.. bayangkan kita yang berada dalam keadaan dia .. dahler hilang anak, di kutuuk orang lagi... tak baik tau.. kitani hanya diberikan oleh ALLLAH peluang.. kadang2 kita pun terleka... tapi Allah berikan kita peluang dengan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman seolah2 semua kejadian tidak baik berlaku kepada kitakan...
ReplyDeletelagi satu yang surat khabartu pun satu semuapun letakkan kat mukasurat depan ... macam ada agenda jer...
semoga ianya menjadi pengajaran kita semua.
ReplyDeleteSedihnya Fiza hanya Allah yg tahu. Kalau boleh masa diputar kembali pasti ibu itu tak mahu melakukan begitu..
ReplyDeleteHuhu.. Sedey
ReplyDeleteBerat mata memandang berat lagi bahu yg pikul
Jadikan pengajaran bila ada kes kes camni
Jangan ambil mudah jek
Kang dah kene baru nak nyesal huhu
Ps: kakak ipar dok seksyen 1 bangi :)
salam..sy juga sedih dgn nasib keluarga itu.ramai sgt menghentam.Jika Allah sudah mengkehendaki sesuatu..maka ia akan tetap jadi.Allah pilih si ibu itu untuk terima ujian yg maha dasyat ini.pasti ade hikmahnye..semoga dia tetap tabah.klu saya ditempatnye,xtaulah mcm mane.hanya Allah sahaja sahabat saya untuk selama2 nya.Ya Allah yg maha mengetahui, hindarkanlah aku dari kecuaian dlm menjaga anak2 ku.Ya Allah..kau hembuslah ketenangan pada ahli keluarga mangsa..Ya Allah..sesungguhnya engkau yg teragung.tiada lain selainmu..amin
ReplyDeletebetul kak...tak payah nk menamvah dosa sendiri dan menambah duka di hati ibu dan keluarga arwah.cuma kita ja perlu jd kn pengajaran dan beringat...
ReplyDeleteAJAL MAUT DATANGNYA DARI ALLAH.. MATI LEMAS DALAM KERETA CUBA SEBAB MUSABABNYA SAHAJA.. APA-APAPUN, KITA PERLU LEBIH BERHATI-HATI DAN SENTIASA PEKA..
ReplyDeletesama-sama kita jadikan ia satu pengajaran.. buat semua ibu bapa di malaysia
ReplyDeleteassalamualaikum fiza...betul tu siapala kita utk menghukum...;)
ReplyDeleteSetuju dengan awak Fiza..... semuanya dah tertulis.... benda dah nak jadi
ReplyDeleteMemang kalau kita tgh rush macam tu boleh jadi lupa segala-galanya
MOGA INI MNJD PGJRAN.
ReplyDeletesesuatu yg terjadi itu adalah pengajaran buat kita, dan ketentuan dari Allah.
ReplyDeletebetul tu Fiza..memang itulah yg tertulis..sedih juga baca berita ini
ReplyDeleteInnalillahiwa innaillaihirojiun... moga kita sbg parents akan lbh berhati2... sedih :(
ReplyDeletebetul fiza..
ReplyDeletesedang allah sendiri memaafkan kita yang terlupa.inikan manusia pula nak menghukum menghina mencaci..
semua nya ada hikmah.anak inilah yang akan menanti kedua ibu bapanya di pintu syurga...insyaallah
betul tue sis. takkan la ibu dia sengaja2 buat cam tue. kadang bila terlampau banyak perkara yg perlu difikir pun boleh jadi punca jugak,
ReplyDelete