Bersedekah Di bulan Ramadhan - Jom Sertai Projek IQRA'

Friday, July 12, 2013



Tertarik dengan entry kak KUJIE mengenai projek Iqra' ni. Apa yang menariknya, projek Iqra' ni adalah untuk menaja Anak Yatim Shopping Raya 2013. Kalau tahun lepas mereka menaja dua buah rumah anak yatim. Tapi untuk tahun ini, mereka menaja empat buah rumah anak yatim di empat buah negeri. Ianya melibatkan anak yatim, anak yatim piatu, anak fakir miskin, ibu tunggal dan anak OKU

Antara rumah anak yatim yang terlibat untuk tahun ini adalah:
  1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur) – 27 Julai 2013
  2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor) – 27 Julai 2013
  3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan) – 27 Julai 2013
  4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah) – 20 Julai 2013
Ada 3 cara untuk menjayakan projek ni.
  1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang - Yang ni kita boleh berkongsi dengan kawan², adik beradik, kawan blog, kawan sepejabat atau nak persendirian pon boleh. Cari lah 4 atau 8 orang rakan untuk berkongsi.
  2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang dinyatakan. - Kalau ada yang suka dengan aktiviti macam ni, bley juga jadi volunteer.  
  3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya. - Kalau tak dapat nak buat yang nombor 1 dan 2 tu, kita sebarkan maklumat ini pon dah bagus. Sekurang² ada juga yang tahu mengenai projek Iqra' ni kan. 
Untuk pembayaran, boleh dermakan terus ke:

AKAUN: MAYBANK NAMA AKAUN: PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (jika isu cheque, jangan lupa tanda ‘ pada perkataan Iqra’)
NO AKAUN: 5648-1050-4003
EMAIL: info@projekiqra.com
NO TEL: 019-2175597 (SUHAIMI – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari blog kak KUJIE, blog Projek Iqra' dan juga Facebook Page Projek Iqra'

Apa lagi, jom bersedekah. Banyak ganjarannya bila kita bersedekah di bulan Ramadhan ni kan. Tak kira lah sedekah pada masjid, surau, anak yatim mahu pon fakir miskin kerana ini adalah amalan sunah Rasulullah S.A.W. Baginda akan menggandakan amalan bersedekah kerana baginda tahu akan ganjaran yang amat besar semasa bulan Ramadhan. Kalau kita nak murah rezeki, kita kena murahkan rezeki orang lain. Antara cara paling senang nak murah rezeki. *tu dia ustazah fiza dah berceramah...hehehe*

Note: Sedih bila tengok keadaam anak² yatim ni. Serba kekurangan. Especially kekurangan kasih sayang dari ayah dan ibu kan. Kita tolong sekadar yang mampu.



You Might Also Like

16 komen

  1. bagus projek ni... done sedekah by clik2 nuffng juga !

    ReplyDelete
  2. syahmi dah start belajar iqra kat taska dah :)

    ReplyDelete
  3. Menarik jugak projek ni...moga dapat sambutan..pasti ramai nak buat amal jariah di bln Ramadhan ni kan

    ReplyDelete
  4. wah.. aktiviti yang sangat bagus ni..

    ReplyDelete
  5. Bagus projek ni.. Nak try gi ushar blog KUJIE dululah.. Thanks Fieza for the info ^_~

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... seronok sangat dapat ajak kawan-kawan berkongsi... yang ringan dijinjing, yang berat dipikul. semalam dah dpt kumpul 16 blogger dan dptg taja 2 orang anak yatim. tak sabar nak tunggu hari bershopping... kak jie bawa anak-anak

    terima kasih kerana ambil bahagian

    ReplyDelete
  7. Menarik jugak program ni. Alhamdulillah, ramai yang sudi menggembirakan anak2 yatim ni.

    ReplyDelete
  8. thanks sharing fiza.
    bestnye..insyaallah nak join..

    i wasap u eh.hehehe

    ReplyDelete
  9. Inyaallah..tq for sharing the info Fiza..semoga kita sama-sama mendapat pahala di bulan mulia ini... :0

    ReplyDelete
  10. tumpang share dalam blog jugak boleh fiza?

    ReplyDelete
  11. Kalau nak sedekah tapi tak cukup 188 boleh ke..masuk dalam akaun tu.

    ReplyDelete
  12. tak boleh nak join KBU join projek iqra' nie minggu depan. sayang sgt rasanya. tapi priority family tetap kena diutamakan kan? huuuu

    ReplyDelete
  13. bersama-sama lah kita tambah ganjaran pahala di bulan ramadhan ni..insha Allah

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive